Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Autogate Yang Digunakan?
Kami sudah lama dalam industri autogate, sejak dari tahun 1996 lagi, macam-macam jenis masalah autogate telah kami hadapi, jadi kami tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik. Macam penggunaan autogate remote control dimana remote receiver terbina sekali. Apabila ada masalah kelak, baru customer tahu keburukannya yang mana autogate installer tidak terangkan pada awal pemasangan.
Menurut customer, dia tidak puas hati dengan sistem autogate yang dipakai sekarang ini. Customer syak autogate arm yang digunakan bukan baru sebab ada bunyi yang kuat apabila ditutup sejak awal pemasangan lagi. Pemasang autogate memberi jaminan kepada mereka bahawa bunyi ini adalah perkara biasa.
Tolong Elak Daripada Guna Autogate Control Terbina Sekali Dengan Receiver
Terdapat juga masalah dengan autogate remote control tidak berfungsi. Pemasang autogate menggunakan autogate motherboard yang terbina sekali dengan autogate remote receiver. Untuk membaikinya, mereka perlu menggantikan keseluruhan autogate board tersebut.
Sekarang, customer mempunyai dua pilihan. Mereka boleh menggantikannya dengan jenis autogate control board yang sama yang terbina atau memisahkannya dengan menggunakan autogate pcb board dan remote receiver yang berasingan.
Kami biasanya menasihati agar tidak menggunakan autogate motherboard jenis penerima yang terbina. Ini kerana jika autogate remote receiver berhenti berfungsi, anda perlu menggantikan keseluruhan control panel.
Ramai autogate repairer dan pemasang autogate tidak mengambil kira perkhidmatan masa depan atau masalah yang mungkin timbul. Mereka hanya memberi tumpuan kepada situasi semasa. Oleh itu, adalah penting untuk berhati-hati semasa memilih kontrkator autogate.
Beberapa orang baru mungkin tidak sedar tentang masalah yang mungkin mereka hadapi.
Pilih Syarikat Autogate Yang Boleh Dipercayai – Lakukan Penyelidikan
Sayangnya, sesetengah pemasang autogate mengetahui tentang masalah yang mungkin timbul. Tetapi mereka masih menggunakannya untuk customer mereka. Mereka melakukan ini untuk mendapatkan lebih banyak wang apabila customer mengalami masalah kemudian.
Apabila anda memilih syarikat pembaikan autogate atau pemasang autogate untuk membaiki atau memasang autogate anda, adalah penting untuk mengetahui rekod prestasi, latar belakang, dan pengalaman mereka. Elakkan memilih seseorang yang baru mula atau tidak mempunyai perniagaan yang betul, seperti bekerja dari rumah. Dengan cara ini, anda akan dapat mencari mereka kemudian jika anda menghadapi masalah autogate.
KRON Autogate System Menjadi Pilihan
Selepas berbincang dengan isterinya, customer memutuskan untuk memilih autogate KRON kami. Dia telah stress dengan pembaikan yang dilakukan oleh pembekal autogate lain. Dia memberitahu kami bahawa beliau telah mengira kos pembaikan, dan ia berjumlah hampir RM1.5k. Jadi, mengapa terus membaikinya? Lebih baik menggantikannya dengan sistem autogate baru daripada EE Automation. Mereka telah berada dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.
Jika anda mengalami masalah dengan autogate anda atau juruteknik pembaikan autogate, jangan risau, anda berada di tempat yang betul. Kami pakar dalam semua jenis perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk pembaikan papan kawalan autogate, pembaikan lengan autogate, pembaikan motor sliding autogate, pembaikan motor autogate, pembaikan roda autogate, dan pembaikan kawalan jauh autogate. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.
Perlukan servis baiki autogate, whatsapp details di 012 – 405 8791 https://wa.me/60124058791
Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini
Langkah 1: Tangkap gambar dan video (Ambil beberapa gambar dan video gate penuh serta kiri kanan gate)
Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 (Hantarkan gambar dan nyatakan masalah yang anda hadapi)
Langkah 3: Tetapkan temujanji (Selepas mengkaji masalah autogate anda, kami akan tetapkan temu janji)
Langkah 4: Baiki Autogate (Kami akan baiki autogate yang diperlukan dirumah anda)
Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.