Autogate Kelana Jaya – Arm Autogate Rosak Akibat Dilanggar
Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Ini adalah job autogate sabtu lepas untuk tukar 1 unit arm autogate lama. Hari jumaat petang customer hubungi kami dimana ada masalah sebelah autogate arm tak boleh tutup. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas anaknya tidak sengaja melanggar autogate arm tersebut. Dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta, lepas kena langgar tu autogate arm lagi berfungsi cuma ada arm autogate bunyi kuat dan setelah beberapa hari, autogate arm jam dan tak boleh bergerak. Pada mulanya customer suspect hanya wiring arm autogate rosak.
Untuk mengetahuan semua, customer menggunakan FBM arm autogate yang kami pernah tukar dalam 5 tahun lepas. Masa itu kami tukar autogate arm sahaja, kiri dan kanan. Kemudian 2 tahun lepas kami pernah gantikan autogate motherboard dan autogate remote set, tukar sekali autogate remote receiver dan customer inginkan 5 pcs remote control autogate pada masa itu.
Apabila ada masalah autogate arm tu, customer terus beritahu kami dan ceritakan apa yang berlaku. Customer nak tahu estimate kos berapa untuk baiki masalah autogate arm tersebut. Kami akan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Jika betul auto gate arm wiring putus, kami berikan harga untuk sambung semula arm autogate wiring. Tetapi jika autogate arm tu rosak, kami akan tukar satu batang arm autogate baru. Kami akan gantikan dengan autogate arm design baru iaitu Tronica® -929 Arm Autogate dan kami berikan Tronica® arm autogate replacement price.

Kami Tukar 1 Batang Arm Lama Dengan Tronica® 929 Arm Autogate
Customer terus setuju kerana percaya servis autogate kami dari dulu lagi, itu yang minta kami datang secepat mungkin. Oleh kerana customer hubungi kami jumaat lewat petang, tak sempat nak kerumah customer. Itu yang kami datang pada hari esoknya sabut pagi. Kami datang bawa autogate spare parts seperti autogate arm Tronica®, autogate motherboard, autogate transformer, remote autogate, battery autogate, autogate box dan banyak lagi.
Kami sampai terus lakukan pemeriksaan dan telah sahkan yang autogate arm tu telah rosak. Wiring autogate yang customer sangkakan putus, tak ada. Memang autogate arm telah jam, hanya bergerak sikit dan berhenti. Kami sendiri tengok apa technician lakukan. Jadi kami terus kan satu batang Tronica®-929 Arm Autogate kanan. Lepas siap tukar dan testing, autogate berfungsi semula dengan baik. Kami nasihatkan supaya customer lebih berhati-hati untuk elakkan kerosakan autogate arm tu lagi.

Autogate Rosak? Kami Sedia Baiki Pelbagai Jenis Jenama Autogate
Di EE Automation, kami sangat menitikberatkan kualiti setiap sistem autogate yang kami gunakan. Sebab itu kami hanya memilih produk autogate yang tahan lasak, berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Antara jenama autogate yang biasa kami gunakan termasuk Tronica®, KRON Autogate, FBM, OAE Autogate, Mexigate, DNOR 712, DNOR 212, DNOR 212K, E8, Victor, MAG, Digicraft dan banyak lagi. Untuk semua jenama ini, kami juga sentiasa menyimpan spare parts autogate supaya lebih mudah untuk melakukan pembaikan jika berlaku masalah. Bila ada spare parts, kebanyakan kerosakan autogate sebenarnya boleh dibaiki dengan hanya menukar bahagian yang rosak sahaja. Jadi customer tak perlu tukar keseluruhan sistem autogate yang baru setiap kali ada masalah. Ini lebih jimat kos dan lebih cepat untuk selesaikan masalah.
Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai servis baiki autogate untuk membantu customer yang menghadapi masalah autogate di rumah. Antara servis yang kami buat termasuk autogate general repair, tukar bateri autogate, autogate bunyi, autogate pelahan, repair remote autogate, suis autogate tak boleh guna, baiki motherboard autogate, tukar roda autogate, tukar bearing pagar, welding bracket autogate tercabut, pasang semula penyambung autogate, dan juga pemasangan autogate baru dengan jenama yang berkualiti seperti Tronica® Autogate System. EE Automation sudah hampir 30 tahun beroperasi dalam industri autogate, jadi kami memang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis masalah autogate. Kami juga mempunyai bengkel dan showroom sendiri di sekitar Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Jika anda ingin datang berjumpa atau buat pemeriksaan autogate, boleh hubungi kami dahulu untuk buat temujanji. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi atau WhatsApp Sam di 012 – 405 8791, dan untuk lihat lebih banyak info serta video berkaitan autogate, boleh juga lawati channel YouTube EE Automation.







