Autogate Tak Boleh Buka Guna Remote Control
Boleh dikatakan hampir setiap hari kami berdepan dengan customer yang ada masalah dengan autogate tak boleh buka menggunakan remote control. Jika masalah autogate remote berlaku, boleh jadi berpunca dengan autogate remote receiver rosak, autogate remote control rosak, ataupun bateri remote control sudah kong dan boleh jadi juga autogate pcb board bermasalah. Apa-apa pun troubleshooting/ pemeriksaan/ diagnosis akan dilakukan terlebih dahulu mencari punca tepat bahagian autogate yang bermasalah. Sekiranya anda menghadapi autogate remote control tak boleh guna ataupun ada masalah autogate lain, carilah autogate installer, auto gate repairer atau autogate contractor yang berpengalaman. Atau boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 kami akan berikan penyelesaian terbaik dengan cepat dan berkesan.
Kebanyakan kes, selalu autogate tak boleh buka guna remote control tetapi guna switch autogate dalam rumah boleh. Jika begini, kemungkinan besar memang autogate remote receiver yang tak berfungsi. Apabila guna remote tak boleh tapi guna switch atau push button autogate boleh, maknannya, autogate motherboard masih lagi berfungsi, hanya parts berkenaan remote sahaja bermasalah, sama ada auto gate remote receiver ataupun autogate remote control.
Kami Yang Selesaikan Masalah Autogate Remote Receiver
Seperti customer daripada Shah Alam ini juga menghadapi masalah autogate tak boleh buka guna remote control. Daripada apa yang customer beritahu, dia ada hubungi syarikat servis autogate Shah Alam dan mereka hantar seorang bangla untuk datang lakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, bangla tersebut kata yang autogate control board/ autogate motherboard bermasalah. Tetapi customer tidak yakin dengannya dan ambil keputusan hubungi reliable autogate company shah alam yang lain iaitu EE Autogate.
Melalui telefon kami ajar customer untuk lakukan troubleshooting sendiri dengan buka kotak autogate terlebih dahulu, kemudian ambil gunting dan cucuk, sentuh bahagian tertulis “com” dan “2side”. Customer buat seperti yang disuruh dan autogate boleh terbuka dengan cara tersebut. Ini bermakna, autogate masih lagi berfungsi, hanya autogate remote receiver sahaja rosak. Customer seronok dengan pengalaman ini, tahu untuk troubleshooting autogate sendiri. Tetapi untuk gantikan autogate remote receiver tersebut, kami yang datang lakukannya. Kami gunakan autogate remote control dan remote receiver 433mhz yang berkualiti tinggi.
Pastikan Tiada Halangan Pada Kotak Autogate
Ada juga kes, kena tekan autogate remote control banyak kali baru autogate terbuka ataupun kena pergi dekat, baru boleh pintu pagar terbuka. Kadang-kadang bukan bahagian autogate seperti remote atau receiver yang bermasalah tetapi terdapat halangan. Halangan yang dimaksudkan, seperti terdapat pokok besar, pasu bunga atau apa juga barang besar yang menutupi kotak autogate, jadi apabila remote autogate ditekan, remote receiver tidak dapat menerima signal dengan baik. Jadi pastikan halangan pada kotak autogate supaya autogate remote receiver dapat signal.
KRON Autogate System Pilihan Terbaik Untuk Rumah Anda
Jika terdapat masalah autogate lagi, customer di Shah Alam tadi pertimbangkan untuk pasang autogate baru. Kami sangat syorkan jenama autogate terbaik iaitu KRON Autogate System dimana semua autogate components berkualiti tinggi. Untuk swing/ folding autogate terdapat KRON-929 Arm Autogate System and KRON-989 Stainless Steel Autogate System.
Perlukan servis baiki autogate, whatsapp details di 012 – 405 8791 https://wa.me/60124058791
Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini
Langkah 1: Tangkap gambar dan video (Ambil beberapa gambar dan video gate penuh serta kiri kanan gate)
Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 (Hantarkan gambar dan nyatakan masalah yang anda hadapi)
Langkah 3: Tetapkan temujanji (Selepas mengkaji masalah autogate anda, kami akan tetapkan temu janji)
Langkah 4: Baiki Autogate (Kami akan baiki autogate yang diperlukan dirumah anda)
Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.