Autogate Rosak Berpunca Daripada Kemalangan
Jika sistem autogate anda rosak berpunca daripada dilanggar kereta, kami tahu ia boleh menjadi pengalaman yang sukar untuk anda. Anda mahu autogate anda diperbaiki dengan cepat.
Seringkali berlaku bahawa kereta secara tidak sengaja bergerak mundur sebelum autogate sepenuhnya terbuka, yang boleh menyebabkan kerosakan kepada autogate arm dimana arm autogate menjadi patah, arm autogate bengkok, bracket autogate tercabut atau patah, bracket dinding autogate rosak dan tercabut dari dinding atau lebih teruk sehingga pintu pagar itu sendiri boleh jatuh.
Kesannya, Arm Autogate Patah, Bracket Bengkok Atau Pintu Pagar Jatuh
Di sinilah kami berada. Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.
Bertindak Cepat Untuk Baiki Autogate Anda
Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem autogate terutamanya jika kereta secara tidak sengaja melanggar arm autogate semasa mengundur. Adalah penting untuk menangani isu ini dengan segera kerana jika kita mengabaikannya boleh menyebabkan kerosakan tambahan pada bahagian autgate yang lain. Contohnya, selepas dilanggar, pintu pagar agak sedikit jatuh dan anda tidak bertindak untuk membetulkannya dan kemudiannya, pintu pagar terus jatuh habis yang merosakan arm autogate dan bracket autogate. Pertama pagar kena naikkan semula, kedua arm autogate perlu diganti begitu jugak dengan bracket. Jadi untuk mengelakan masalah lebih teruk, lebih baik bertindak segera. Dalam kebanyakan kes, hanya bracket autogate perlu digantikan jika hanya pelanggaran kecil.
Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Seperti Biasa
Tidak kira masalah apa yang anda hadapi dengan autogate, kami disini ada untuk membantu. Hanya hubungi Mr Sam 012 – 405 8791 jika autogate anda rosak atau patah disebabkan kemalagan ataupun lain-lain punca. Kami akan bekerja dengan cepat dan cekap untuk menyelesaikan masalah autogate tersebut.
Pelbagai servis autogate yang kami tawarkan. Hubungi kami hari ini untuk info autogate percuma di 012 – 405 8791
Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini
Langkah 1: Hantarkan kepada kami gambar autogate anda serta masalah yang anda hadapi
Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Pasukan kami akan hubungi anda tetapkan temujanji untuk kami datang lakukan servis
Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.