Autogate Rosak? Tak Perlu Tukar Baru Terus, Kami Boleh Baiki
Masalah autogate ni memang boleh buat stress, lagi-lagi bila tiba-tiba rosak dan installer lama pula dah tak dapat dihubungi. Ada yang dah tukar kerja, ada juga syarikat yang dah tutup. Dalam situasi macam ni, ramai pemilik rumah tak tahu nak hubungi siapa. Jangan risau, EE Automation masih aktif beroperasi dan dah hampir 30 tahun berpengalaman dalam bidang autogate. Kami dah biasa berdepan macam-macam jenis masalah, sama ada autogate tak boleh buka, berbunyi pelik, tersangkut, atau terus tak bergerak. Bila autogate buat hal, memang penting ada team yang boleh datang cepat dan tahu apa yang mereka buat.
Ramai orang sangka bila autogate rosak, kena tukar satu set baru terus. Sebenarnya, tak semua kerosakan perlu belanja besar. Ada kes cuma arm jem, motor lemah, board rosak, wiring bermasalah atau roda patah. Di Sam Autogate, kami lebih suka baiki dulu kalau masih boleh dibaiki. Kami simpan stok spare parts untuk jenama popular di Malaysia seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE, Dnor dan banyak lagi. Jadi bila kami datang, kebiasaannya kami boleh terus tukar bahagian yang rosak tanpa perlu tunggu lama atau suruh pelanggan cari barang sendiri. Ini bukan saja jimat kos, tapi juga jimat masa.
Pengalaman yang lama ajar kami satu benda penting punca sebenar masalah autogate kena dikenal pasti dengan betul. Ada kontraktor yang terus cadangkan tukar sistem baru walaupun masalahnya kecil saja. Kami tak buat macam tu. Kami akan periksa dulu, terangkan apa masalah sebenar, dan cadangkan penyelesaian yang paling berbaloi untuk anda. Kalau autogate rumah anda sedang bermasalah dan perlukan bantuan segera, anda boleh terus WhatsApp atau call Sam di 012-4058791. Kami boleh datang bantu, dan kami juga boleh beri anggaran kos awal supaya anda tahu apa yang perlu disediakan sebelum kerja dimulakan.

Tukar 1 Arm Autogate Dengan Tronica® Arm
Salah satu customer daripada Bukit Antarabangsa Ampang memerlukan servis baiki autogate arm sebelah kanan tidak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, pertama original autogate installer dulu memang sudah hilang, call tak dapat. Kedua customer call kontraktor autogate Ampang tapi mereka tak datang lagi, terus cakap tak ada spare parts untuk arm autogate yang customer gunakan dan tak boleh tukar satu batang autogate arm dan minta customer untuk pasang autogate set baru. Ketiga, customer hubungi kami EE Automation, kami beritahu akan datang lakukan arm autogate troubleshooting dengan bersama autogate spare parts. Kami juga beritahu yang kami tiada arm autogate spare parts untuk model/ jenama arm autogate sama customer gunakan, tapi boleh gunakan jenama autogate lain. Itu yang customer terus minta kami datang secepat mungkin.
Selepas troubleshooting, memang confirm arm autogate sebelah kanan telah rosak. Components lain seperti autogate motherboard, autogate transformer dan auto gate remote control masih lagi berfungsi. Kami akan gunakan jenama Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Jadi kami gantikan dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate untuk sebelah kanan. Nanti jika sebelah kanan pula rosak, akan hubungi kami untuk dapatkan arm autogate replacement.
Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate Anda
EE Automation gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Kami sentiasa pastikan masalah autogate setiap customer dapat dibetulkan pada masa kami datang. Sebab itu kami sentiasa membawa semua original dan high quality auto gate spare parts. Jadi selesai kami lakukan troubleshooting, sudah tahu punca masalah autogate yang berlaku dan dengan persetujuan customer dari segi alat ganti digunakan dan harga autogate parts tersebut, kami boleh terus menggantikannya.
Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica® Autogate customer akan segera hubungi kami.
Kami boleh selesaikan apa jua masalah autogate anda. Hubungi kami hari ini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 https://wa.me/60124058791 whatsapp atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






