Baiki Autogate Di Ampang – Autogate Spare Parts Tersedia

Autogate Spare Parts Tersedia – Servis Baiki Autogate Cepat

Bila autogate rumah tiba-tiba rosak, memang boleh buat kita stres. Kadang-kadang nak keluar pergi kerja pun jadi lambat sebab pagar tak boleh buka. Sebab itu pentingnya dapatkan servis autogate yang pantas dan berkesan. Di EE Automation, kami faham situasi macam ni. Jadi, setiap kali kami datang ke lokasi pelanggan, kami akan mulakan dengan pemeriksaan menyeluruh untuk cari punca masalah. Selepas itu, kami akan terangkan kepada pelanggan tentang apa yang rosak, cadangkan penyelesaian yang sesuai dan beritahu anggaran kos. Kalau pelanggan setuju, kami terus jalankan kerja baiki atau tukar komponen yang bermasalah hari itu juga.

Ramai tak tahu, salah satu sebab kenapa servis autogate lambat siap adalah kerana technician tak bawa spare parts yang cukup. Jadi bila dah tahu komponen mana rosak, mereka terpaksa keluar cari barang dulu, dan kadang kena datang semula esok atau lusa. Ini buang masa dan menyusahkan pelanggan. Di pihak kami, kami memang dah siapkan semua jenis autogate spare parts dalam kenderaan servis kami, tak kiralah arm autogate, motor, transformer, PCB board atau bateri. Sebab itu, bila ada masalah, kami boleh terus tukar on the spot tanpa perlu tunggu.

Dengan cara ni, pelanggan tak perlu risau autogate akan rosak terlalu lama. Kami jimatkan masa pelanggan, elakkan kerja dua kali dan pastikan autogate boleh digunakan semula secepat mungkin. Ramai pelanggan kami berpuas hati sebab tak perlu tunggu lama dan kerja kami siap dalam satu lawatan sahaja. Jadi kalau anda perlukan servis autogate yang cepat, cekap dan lengkap dengan spare parts, terus hubungi EE Automation. Kami sedia bantu selesaikan masalah autogate anda dengan segera.

Dnor Autogate Repair Ampang
Dnor Autogate Repair Ampang

Autogate Berfungsi Semula – Kami Menggantikan Beberapa Autogate Part

Baru-baru ni kami dapat panggilan daripada seorang customer di Ampang yang sangat perlukan bantuan segera sebab autogate Dnor 712 di rumahnya langsung tak berfungsi. Katanya dia tak dapat keluar rumah sebab pagar tak boleh dibuka. Customer dah cuba buka secara manual dengan cabut arm autogate, tapi tak berjaya sebab skru dah berkarat dan tak cukup peralatan. Dia juga ada cuba hubungi beberapa autogate repairer di kawasan Ampang, tapi kebanyakannya tak boleh datang segera dan ada juga yang tak ada spare parts untuk autogate Dnor 712. Dalam keadaan terdesak tu, customer akhirnya jumpa kami di EE Automation dan terus hubungi untuk minta bantuan.

Kami datang secepat mungkin dan buat pemeriksaan. Memang betul, ada dua komponen utama yang rosak iaitu autogate PCB board dan remote receiver. Selain tu, bateri autogate pun dah terlalu lemah dan perlu ditukar. Nasib baik semua spare parts tu kami bawa bersama, jadi tak perlu tunggu lama-lama atau datang kali kedua. Kami terus gantikan ketiga-tiga komponen tu on the spot, dan selepas semua selesai, autogate tu boleh digunakan macam biasa semula. Customer pun lega sangat sebab boleh keluar masuk rumah tanpa perlu risau pasal pagar yang sangkut lagi. Inilah antara kelebihan bila dapatkan servis daripada kami cepat, lengkap dan terus siap hari yang sama.

Panel Autogate Repair Ampang
Panel Autogate Repair Ampang

Servis Autogate Cepat Dan Berkesan

Carilah reliable autogate company, reliable autogate installer atau reliable autogate repairer dimana untuk kesenangan anda dimasa akan datang. Jangan hanya pada mulanya mereka tawarkan harga autogate murah tapi tidak berbaloi, akan cepat bermasalah. Dan pastikan mereka mempunyai autogate spare parts baru dan original.

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Ampang dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate tak boleh buka, folding arm autogare repair, baiki autogate motherboard, repair autogate remote, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, pasang autogate baru dengan Tronica® Arm Autogate System, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak lagi. Hubungi kami harini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp https://wa.me/60124058791 atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation

Panel Autogate Repair Ampang
Panel Autogate Repair Ampang

EE Automation Ialah Syarikat Autogate Yang Bereputasi

EE Automation mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki autogate Tronica®, KRON, FBM, Dnor 212, Dnor 712, Dnor Turbo 880, OAE 333a, E8, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate G force, Pintu autogate Celmer, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi.

Jika anda memerlukan servis pasang autogate baru berhampiran anda, EE Automation sentiasa sedia untuk datang membantu.

EE Automation & Technology Sdn Bhd:
Hubungi: 03- 8062 5891? 03 – 8052 1200
WhatsApp: https://wa.me/60124058791
Showroom: 33, Jalan Puteri 1/8, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.