Autogate Tak Buka Guna Remote? Ini Yang Mungkin Rosak
Masalah remote autogate tak berfungsi memang selalu jadi dekat ramai pengguna. Selalunya punca paling biasa adalah bateri remote dah lemah atau habis, jadi isyarat tak sampai ke sistem autogate. Kadang-kadang juga remote tu sendiri rosak dekat dalam, contohnya komponen dah rosak, kadang remote keyfob autogate itu banyak kali jatuh atau terkena air. Bila jadi macam ni, tekan banyak kali autogate remote pun gate tetap tak buka, memang boleh buat stres terutamanya bila nak keluar cepat.
Selain tu, ada juga kes di mana masalah bukan datang dari remote autogate, tapi dari bahagian receiver autogate. Tanda paling senang nak kenal ialah bila kunci remote autogate tak boleh guna, tapi gate masih boleh buka tutup guna suis dalam rumah. Ini biasanya bermaksud receiver dah tak dapat tangkap signal dari remote. Kalau biar lama, memang langsung tak boleh guna remote, dan kena bergantung sepenuhnya pada manual switch, memang tak praktikal.
Untuk pastikan punca sebenar, memang kena buat pemeriksaan penuh satu sistem. Bukan setakat check remote je, tapi kena tengok juga receiver, motherboard, transformer, wiring dan arm autogate. Kami sediakan servis check terus ke rumah dengan semua spare part siap bawa sekali. Jadi kalau ada komponen rosak, boleh terus tukar on the spot tanpa tunggu lama. Senang, cepat, dan autogate anda boleh guna macam biasa balik tanpa pening kepala.

Autogate Remote Receiver Rosak – Tak Dapat Signal
Kali ini servis autogate kami di Jalan Seri Mersing 30, Taman Sri Andalas Klang yang ada masalah autogate tak boleh menggunakan remote control tetapi menggunakan switch autogate dalam rumah boleh, tiada masalah. Customer sudah cuba tukar battery remote autogate tersebut tetapi masih tidak boleh. Dari apa yang customer beritahu, tidak dapat hubungi original autogate installer, cuma ada satu nombor sahaja untuk hubungi mereka dan autogate company mereka pun customer tidak tahu. Kemudian ada jiran yang kongsi contact number kami, dimana kami pernah repair autogate nya minggu lepas.
Kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati folding auto gate ada masalah dengan autogate remote receiver. Kami sudah buka kotak autogate dan buat masa sekarang hanya autogate remote receiver yang rosak dan autogate parts lain seperti autogate control board serta transformer masih lagi berfungsi. Satu lagi, battery autogate pun sudah kong. Jadi sekarang menggantikan 433mhz autogate remote set yang didatang 1 unit receiver dan 3 pcs remote control baru, customer juga minta kami tukar bateri autogate. Semuanya dilakukan pada waktu yang sama, sebab technician kami pakar dan spare parts autogate dibawa bersama.

Autogate Specialist – Pasang Dan Baiki Autogate
Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu. Kami hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama.
EE Automation mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki autogate Tronica®, KRON, FBM, Dnor 212, Dnor 712, Dnor Turbo 880, OAE 333a, E8, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate G force, Pintu autogate Celmer, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation





