Klang Autogate – Baiki Autogate Rumah Sewa

Klang Autogate – Baiki Autogate Rumah Sewa

Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Ini job hari sabtu lepas, salah satunya di Klang yang kami folding autogate tak boleh berfungsi dengan baik. Sebenarnya customer dah appointment dengan kami dari hari rabu, cuma hari sabtu sahaja dia free. Ceritanya, owner rumah hubungi kami dimana ada salah satu rumah sewanya ada masalah autogate tak boleh tutup habis dan autogate bergerak pelahan. Untuk tanya lebih info dan gambar autogate kami minta tuan rumah untuk bagi contact number tenant, senang kami tanya direct dengan tenant sebab dia yang duduk dekat rumah itu.

Tenant beritahu, dalam beberapa hari ini ada berlalu trip tiga kali dirumah tersebut sebab ada construction jalan korek sana sini. Selepas berlakunya trip kali ketiga, autogate dah tak berfungsi dengan baik, tak boleh tutup habis dan bergerak sangat pelahan. Walaupun dah try reset masalah masih sama.

Daripada pengalaman kami kes macam ini boleh jadi sama ada autogate control board ataupun masalah roda autogate. Kami beritahu owner, kami juga berikan estimate harga baiki autogate tersebut berapa. Dan owner setuju.

Untuk tanya masalah autogate sebenarnya berlaku dan dapatkan appointment kami kena tanya pada tenant dan mengenai pembayaran, kami kena direct dengan owner. Jadi kena deal dengan kedua-dua pihak. Memang banyak kes macam ini kami selesaikan.

Folding Auto Gate Repair Klang
Folding Auto Gate Repair Klang

Kami Bawa Spare Parts Autogate Bersama

Sebelum kerumah customer kami akan bawa semua autogate spare parts seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver autogate arm serta auto gate roller.

Selepas kami lakukan pemeriksaan, autogate parts yang rosak adalah autogate motherboard. Kami call owner dulu beritahu apa yang berlaku dan apa yang perlu ditukar. Dengan persetujuan owner, kami terus gantikan motherboard autogate baru dan original. Autogate folding tersebut kembali berfungsi dengan baik. Cuma roda pagar autogate tu dah lama, kami minta tenant untuk spray wd40, supaya bergerakkan pagar lebih lancar.

Motherboard Autogate Repair Klang
Motherboard Autogate Repair Klang

Autogate Anda Dapat Dibaiki Dengan Cepat dan Berkesan

Sekiranya anda sedang mencari penyelesaian autogate yang cepat, mudah, dan berkesan, pastikan anda mendapatkan khidmat daripada mereka yang berpengalaman. Kami di EE Automation adalah pakar dalam bidang autogate dan telah lama beroperasi dalam industri ini. Dengan pengalaman yang luas, kami mampu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah autogate dengan tepat dan efisien. Semua spare parts autogate yang diperlukan juga tersedia di tempat kami, jadi tiada lagi masalah menunggu lama untuk mendapatkan komponen yang diperlukan. Kami tahu betul apa yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem autogate anda berfungsi semula dengan lancar.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation