Baiki Pagar KL & Selangor – Pagar Jatuh Disebabkan Besi dan Bearing Berkarat

Baiki Pagar KL & Selangor – Pagar Jatuh Disebabkan Besi dan Bearing Berkarat

Beberapa bulan yang lepas, customer ini mula perasan keadaan pagar utama rumahnya semakin teruk. Gate tersebut sudah digunakan selama bertahun-tahun dan beberapa bahagian besi mula berkarat serta menjadi semakin lemah. Pada awalnya, masalah ini nampak macam tidak terlalu serius. Customer juga tidak mahu tukar keseluruhan gate baru kerana masih mahu cuba repair gate yang sedia ada.

Lama-kelamaan, keadaan gate semakin teruk. Bahagian engsel bearing mula turun sedikit demi sedikit dan menyebabkan gate semakin jatuh daripada kedudukan asal. Gate masih boleh dibuka dan ditutup, tetapi semakin lama semakin susah untuk digunakan. Customer tahu masalah ini perlu dibaiki, tetapi dia lebih memilih untuk repair gate yang ada daripada mengeluarkan kos untuk buat gate baru sepenuhnya.

Pagar Jatuh dan Perlukan Baiki Autogate Dengan Segera

Selepas beberapa bulan, keadaan gate semakin teruk. Besi di bahagian sekitar engsel bearing sudah semakin lemah dan engsel pun tidak lagi mampu menampung berat gate dengan baik. Sampai satu hari, gate tersebut akhirnya jatuh.

Customer kemudian mula mencari orang yang boleh repair gate tersebut. Dia menghubungi beberapa syarikat dan kontraktor, tetapi bukan semua kontraktor mahu ambil kerja repair gate seperti ini. Ada yang beritahu gate perlu dibawa ke bengkel besi untuk kerja welding. Ada juga yang beri harga repair yang agak tinggi. Sesetengah kontraktor pula cadangkan supaya gate ditukar baru.

Tetapi customer masih mahu kekalkan gate yang sedia ada jika masih boleh dibaiki dengan selamat. Dari situlah dia jumpa EE Automation & Technology Sdn Bhd.

Gate Fall Repair
Gate Fall Repair

Kami Datang Dengan Lori dan Spare Parts Gate

Selepas kami periksa keadaan gate, kami dapati masalah bukan pada bahagian engsel bearing sahaja. Besi di bahagian hujung gate utama juga sudah tidak dalam keadaan baik dan bengkok. Bahagian ini penting sebab ia membantu menampung berat gate dan juga engsel hinges bearing. Jika kami hanya tukar engsel bearing tanpa repair besi yang sudah rosak, masalah yang sama mungkin akan berlaku lagi. Jadi, kami sediakan peralatan, besi dan spare parts yang diperlukan sebelum datang ke rumah customer dengan lori.

Team kami buat kerja repair terus di rumah customer. Kami buka bahagian besi yang sudah rosak dan tukar besi yang bengkok di hujung gate utama. Engsel hinges bearing gate lama juga kami tukar dan kerja-kerja welding yang diperlukan turut dibuat.

Selepas semua kerja siap, kami adjust semula kedudukan gate supaya kembali betul. Kami juga check beberapa kali untuk pastikan gate boleh dibuka dan ditutup dengan baik.

Pagar Telah Dibaiki Dan Disiapkan Di Rumah Customer

Antara soalan yang selalu pelanggan tanya ialah, adakah gate perlu dibawa keluar dari rumah untuk dibuat repair? Untuk sesetengah kerja, memang ada yang perlu dibuat di bengkel. Tetapi untuk gate ini, kami boleh buat kerja repair terus di rumah customer.

Ini lebih mudah untuk customer sebab gate tak perlu dibuka dan dibawa ke bengkel besi. Kami datang dengan lori, peralatan dan spare parts yang diperlukan, kemudian buat kerja repair terus di rumahnya.

Selepas kerja repair siap, kami check gate beberapa kali untuk pastikan kedudukannya sudah betul dan boleh dibuka serta ditutup dengan lancar. Gate juga sudah tidak tergantung rendah seperti sebelum ini. Bearing hinges baru dan besi yang telah dibaiki dapat menampung gate dengan lebih baik.

Tak Semestinya Perlu Buat Pagar Baru

Ramai pemilik rumah fikir bila gate sudah lama, berkarat atau mula jatuh, satu-satunya cara ialah tukar keseluruhan gate dengan yang baru. Sebenarnya, tak semestinya macam tu. Bergantung pada keadaan gate, mungkin masih boleh repair besi yang berkarat atau rosak, tukar engsel bearing dan buat kerja welding tanpa perlu buat gate baru sepenuhnya.

Setiap gate memang berbeza, jadi kami perlu check keadaan gate terlebih dahulu. Jika rangka utama gate masih dalam keadaan yang baik, kerja repair mungkin masih boleh dibuat. Untuk customer ini, dia memang mahu kekalkan gate yang sedia ada. Selepas kami periksa, bahagian yang rosak masih boleh dibaiki. Jadi, kami repair bahagian tersebut dan buat semula gate supaya boleh digunakan seperti biasa.

Jangan Tunggu Sampai Pagar Jatuh Sepenuhnya

Sekiranya anda perasan gate semakin lama semakin rendah, engsel bearing mula turun, gate semakin susah untuk dibuka atau besi di sekitar engsel bearing mula berkarat, lebih baik check masalah tersebut dari awal.

Masalah engsel bearing yang nampak kecil boleh jadi lebih besar apabila gate berat dan besi yang menampung gate sudah mula lemah. Jika dibiarkan terlalu lama, gate boleh jatuh dan kerosakan mungkin jadi lebih teruk.

Dalam kes pelanggan ini, dia sudah perasan gate semakin rendah selama beberapa bulan sebelum gate tersebut akhirnya jatuh. Jika masalah itu dibaiki lebih awal, mungkin kerja repair yang diperlukan lebih mudah dan tidak terlalu banyak.

Perlukan Servis Baiki Pagar Anda?

Jika gate anda sudah jatuh, engsel bearing rosak, besi berkarat atau perlukan kerja welding, boleh hubungi kami. Mr Sam dari EE Automation & Technology Sdn Bhd boleh bantu untuk:

  • Repair gate
  • Welding gate
  • Tukar engsel gate
  • Tukar gate bearing
  • Tukar roller gate
  • Repair gate yang berkarat atau rosak
  • Betulkan kedudukan dan alignment gate
  • Maintenance gate

Untuk kerja repair yang sesuai, kami boleh datang terus ke lokasi anda dengan lori, peralatan dan spare parts yang diperlukan. Kerja repair boleh dibuat terus di rumah tanpa perlu bawa gate ke bengkel, bergantung pada keadaan gate.

Tak semestinya perlu tukar keseluruhan gate baru. Kadang-kadang, bahagian besi, bearing, engsel atau roller yang rosak masih boleh dibaiki supaya gate lama boleh digunakan semula dengan baik.

Call Mr Sam untuk gate repair & welding: 012 – 405 8791
WhatsApp Mr Sam: 012 – 405 8791

EE Automation & Technology Sdn Bhd – Gate Repair, Gate Welding & Gate Services