Subang Jaya Autogate – Betulkan Autogate Arm Bracket Tercabut

Subang Jaya Autogate – Betulkan Autogate Arm Bracket Tercabut

Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Baru-baru ini kami banyak baiki masalah bracket autogate tercabut, salah satunya semalam di SS17 Subang Jaya. Customer whatsapp kami “I punya autogate arm, tempat welding patah la, boleh tolong repair?” Seperti biasa kami terus minta gambar masalah autogate tersebut untuk kami kenalpasti bahagian bracket autogate mana patah tercabut.

Untuk autogate ada beberapa bracket, antaranya bracket arm autogate yang penyambungkan pagar dengan autogate arm. Release bracket autogate arm akan dilekatkan, di welding pada pagar kemudian pasangkan arm autogate. Lagi satu kami panggil mounting bracket dimana bracket ini dipasang pada tiang dinding pagar dan ada bracket lain iaitu kami panggil bracket pisau dicamtumkan, kemudian disambungkan pada autogate arm.

Seperti customer ini, yang ada masalah adalah release bracket autogate arm, yang dipasang pagar telah tercabut, customer tak sengaja terlanggar. Itu yang minta bantuan kami untuk pasangkan semula autogate arm bracket tersebut.

Sebenarnya ini adalah customer yang kami tukar 2 unit arm autogate Tronica 828 stainless steel arm autogate dalam tahun lepas. Customer kata autogate arm masih berfungsi dengan baik, cuma bracket autogate saja tercabut.

Semalam selepas kami lakukan service autogate arm replacement di Puchong, kami tukar satu unit arm autogate lama dengan Tronica® 929 Arm Autogate. Kami terus ke rumah customer bracket ini, kami welding autogate arm bracket tercabut, tak lama pun masa yang diambil. Kemudian pasang semua autogate arm dan testing autogate swing tersebut berfungsi dengan baik.

Repair Autogate Bracket Subang Jaya
Repair Autogate Bracket Subang Jaya

Kami Tawarkan Welding Autogate Services – Kemas dan Kukuh

Kami boleh buat dan akan buat apa sahaja berkenaan autogate termasuk baiki autogate bracket patah/ tercabut, repair auto gate bracket broken/ damaged yang memerlukan autogate welding servives. Tak banyak auto gate installer atau auto gate repairer akan buat job seperti ini. Sebabnya satu mungkin mereka tiada pengalaman dan keduanya tiada peralatan ataupun auto gate repair cost mereka rasa tak berbaloi, tidak tahu macam mana yang quote customer. Kalau mereka tak mahu buat, siapa lagi yang boleh kalau bukan team EE Automation kami.

Antara yang menyebabkan bracket arm autogate tersebut, termasuk cara pemasangan arm autogate yang tidak betul, kekurangan kekuatan welding, kena langgar kereta atau pintu pagar yang berkarat. Jika masalah berkaitan dengan bracket di dinding, mungkin disebabkan oleh dinding yang tidak cukup kuat, struktur kosong, atau penggunaan bahan seperti batu pasir dan batu merah. Masalah lain mungkin termasuk skru yang longgar. Kami di sini untuk membantu menyelesaikan semua masalah ini. Kami akan memastikan bahawa autogate bracket anda dipasang dengan kukuh dan berfungsi seperti biasa.

Autogate Welding Services Subang Jaya
Autogate Welding Services Subang Jaya

Pelbagai Servis Autogate Yang Ditawarkan

Kami boleh selesaikan semua jenis masalah autogate, kami ada team autogate expert, juruteknik/ jurutera dalaman kami sendiri sangat mahir, berpengalaman dan pakar dalam menyelesaikan masalah. Mereka mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dan mempunyai latar belakang yang baik. Kenderaan kami penuh dengan semua spare parts autogate. Tidak perlu minta claim daripada pembekal. Kami boleh terus menggantikan autogate parts yang bermasalah. Kami boleh baiki pelbagai jenama autogate antaranya Tronica®, KRON, FBM, Dnor 212, Dnor 712, Dnor Turbo 880, OAE 333a, E8, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate G force, Pintu autogate Celmer, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin lakukan pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan Tronica® Arm Autogate System.

EE Automation yang sudah hampir 30 tahun dalam industri, kami ada pengalaman luas dan rekod kerja yang terbukti. Operasi kami meliputi kawasan Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami ada bengkel dan showroom sendiri untuk customer yang nak tengok produk atau bincang lebih lanjut, tapi lawatan adalah melalui temujanji sahaja untuk pastikan servis lebih teratur. Kalau autogate anda bermasalah atau nak pasang sistem baru, boleh terus hubungi Sam di 012-405 8791 atau 03-8062 5891, dan juga boleh WhatsApp untuk respon lebih cepat. Untuk lebih info dan video berkaitan servis kami, boleh lawati saluran YouTube rasmi di https://www.youtube.com/@Eeautomation