Dalam Sehari Banyak Servis Autogate Yang Kami Lakukan

Dalam Sehari Banyak Servis Autogate Yang Kami Lakukan

Hubungi EE Automation di 012 – 405 8791 untuk mendapatkan servis autogate yang pantas, cekap dan dipercayai di Lembah Klang. Dalam sehari, team kami mampu bergerak ke pelbagai lokasi untuk melakukan kerja pemasangan autogate baru seperti Tronica® autogate atau menjalankan kerja-kerja servis baiki sistem autogate yang rosak dan fix auto gate roller. Dengan pasukan teknikal yang profesional dan berpengalaman, kami lengkap dengan peralatan serta stok spare parts autogate untuk hampir semua model termasuk Tronica®, Kron, FBM, OAE arm autogate system, Dnor (swing dan folding), serta pelbagai jenama lain. Disebabkan itulah, servis yang kami berikan bukan sahaja cepat, malah hasil kerja juga kemas dan tahan lama.

Setiap customer yang hubungi kami pasti ingin masalah autogate mereka selesai secepat yang mungkin, begitu juga dengan kami, inginkan autogate customer berfungsi semula seperti biasa dengan cepat.

Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam industri autogate, EE Automation telah berkembang menjadi salah satu syarikat autogate teratas di Malaysia. Kami amat mementingkan kualiti kerja dan kepuasan customer. Ramai customer tetap kami masih terus menggunakan servis kami hingga ke hari ini, malah turut menyarankan EE Automation kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Kepakaran kami, ditambah pula dengan kepercayaan pelanggan, menjadikan kami pilihan utama dalam bidang pemasangan dan baiki autogate di Malaysia.

Replace Autogate Arm Kota Kemuning
Replace Autogate Arm Kota Kemuning

Saat Akhir 2 Unit Tronica® 828 Arm Autogate Diperlukan

Minggu lepas memang banyak job untuk servis baiki dan tukar autogate arm. Ramai yang memilih untuk gantikan autogate arm lama mereka dengan Tronica® 828 arm autogate.

Salah satunya customer daripada Jalan Anggerik Tainia 31/121, Seksyen 31 Kota Kemuning, 40460 Shah Alam Selangor yang ada masalah dengan sebelah kiri arm autogate stuck tak boleh tutup dan perlukan service untuk tukar arm autogate yang sama, kalau boleh ingin gunakan jenama autogate yang lain, yang lebih bagus. Kami syorkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate, send catalog dan bagi harga arm autogate tersebut.

Kami datang pada waktu yang ditetap dan lakukan pemeriksaan pada folding arm autogate terlebih dahulu untuk pastikan jika ia benar rosak. Kami telah sahkan dan maklumkan pada customer yang autogate arm sebelah kiri telah rosak. Pada awalnya iaitu sebelum kami datang, customer telah confirm untuk satu unit arm autogate. Tapi sekarang customer ingin gantikan kedua-dua unit arm autogate lama dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate.

Ia kami boleh lakukannya on the spot sebab spare parts arm autogate banyak serta autogate spare parts lain kami bawa bersama untuk setiap tempat service autogate yang kami pergi, jika ada masalah autogate lain atau customer ingin tukar part autogate tambahan, kami boleh terus lakukannya.

Tronica Arm Autogate Kota Kemuning
Tronica Arm Autogate Kota Kemuning

Arm Autogate Spare Parts Tersedia Di Shah Alam

Kami menawarkan servis menggantikan arm autogate sahaja, ini bermakna kami dapat menyediakan arm autogate yang baru jika arm autogate sedia ada perlu diganti. Jika arm autogate sudah lama dan sukar didapati spare partsnya, boleh sahaja menggunakan jenama autogate yang lain, cuma ia kan berbeza dari segi design tetapi fungsinya sama. Dengan technician autogate kami yang pakar serta autogate spare parts yang tersedia, anda tidak perlu risau.

Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai servis baiki autogate untuk membantu customer yang menghadapi masalah autogate di rumah. Antara servis yang kami buat termasuk autogate general repair, tukar bateri autogate, repair remote autogate, baiki motherboard autogate, tukar roda autogate, tukar bearing pagar dan juga pemasangan autogate baru dengan jenama yang berkualiti seperti Tronica® Autogate System. EE Automation sudah hampir 30 tahun beroperasi dalam industri autogate, jadi kami memang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis masalah autogate. Kami juga mempunyai bengkel dan showroom sendiri di sekitar Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Jika anda ingin datang berjumpa atau buat pemeriksaan autogate, boleh hubungi kami dahulu untuk buat temujanji kerana kami hanya menerima pelanggan berdasarkan appointment sahaja. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi atau WhatsApp Sam di 012-405 8791, dan untuk lihat lebih banyak info serta video berkaitan autogate, boleh juga lawati channel YouTube EE Automation.