G-Force Sliding Autogate Rosak – Autogate Panel Terbakar
Bila hujan lebat turun bersama kilat, memang kerap berlaku masalah autogate rosak, terutamanya di kawasan Lembah Klang. Kami sendiri dah terima banyak panggilan daripada customer yang autogate tiba-tiba tak boleh buka lepas hujan malam. Biasanya kerosakan berlaku pada bahagian penting seperti control panel autogate, transformer atau receiver remote. Ada juga kes yang bila diperiksa, memang jelas nampak kesan terbakar atau bau hangit, jadi besar kemungkinan autogate tu terkena lonjakan elektrik akibat kilat.
Kalau anda hadapi situasi macam ni, tak perlu panik atau risau sangat. Team kami akan datang buat pemeriksaan dulu untuk kenalpasti punca sebenar masalah. Lepas tu kami akan terangkan dengan jelas bahagian mana yang rosak dan apa yang perlu diganti, siap dengan anggaran kos supaya anda boleh buat keputusan dengan tenang. Kelebihannya, kami memang bawa pelbagai spare part autogate, jadi kalau anda setuju, kebanyakan kes boleh terus baiki pada hari yang sama tanpa perlu tunggu lama.
Selepas kerja pembaikan siap, kami tak terus balik begitu saja. Team kami akan buat testing penuh untuk pastikan autogate boleh buka dan tutup dengan lancar seperti biasa. Tak kisah jenama atau model autogate anda, kami dah biasa handle pelbagai jenis sistem. Jadi kalau lepas hujan lebat autogate anda tiba-tiba buat hal, jangan tunggu sampai rosak jadi lebih teruk. Lagi cepat dibaiki, lagi jimat kos dan kurang sakit kepala. Hubungi kami bila-bila masa untuk servis autogate yang cepat, mudah dan boleh dipercayai.

Kilat Punca Autogate Board Rosak – Nampak Kesan Hitam
Macam kes yang berlaku pada customer kami di Batu Caves ni, G-Force AC sliding autogate rumahnya tiba-tiba tak boleh berfungsi langsung. Bila jadi macam tu, customer terus hubungi installer asal autogate di kawasan Gombak, tapi malangnya mereka tak dapat datang sebab outstation dan minta tunggu sampai minggu depan. Customer memang tak boleh tunggu lama sebab autogate tak boleh buka, susah nak keluar masuk rumah, tambahan pula cuaca sekarang asyik hujan. Nasib baik abang kepada customer ada simpan nombor kami sebab kami pernah datang baiki autogate rumah dia beberapa bulan lepas, jadi terus hubungi kami untuk bantuan segera.
Bila team kami sampai dan buka kotak autogate, kami nampak jelas ada kesan terbakar pada sliding autogate control board. Dari keadaan tu memang kuat kemungkinan kerosakan berpunca daripada kilat. Lepas kami terangkan pada customer, dengan persetujuan dia kami terus gantikan F5 G-Force sliding autogate board yang baru. Menariknya, jiran sebelah pun alami masalah yang sama dengan sliding autogate G-Force, installer asal pun tak boleh datang hari tu, jadi dia pun minta kami bantu sekali. Lepas tukar motherboard F5, kedua-dua autogate kini boleh berfungsi semula dengan lancar seperti biasa. Customer dan jiran sama-sama lega sebab masalah dapat diselesaikan pada hari yang sama tanpa perlu tunggu lama.

Kami Tawarkan Servis Autogate Cepat Dan Berkesan
Kami mengutamakan kecepatan dan kecekapan dalam servis kami. Kami tahu bahawa masalah dengan autogate boleh menyusahkan, dan oleh itu, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa masalah tersebut diselesaikan dengan segera apabila kami tiba. Anda tidak perlu menunggu berhari-hari atau minggu untuk mendapatkan servis autogate yang diperlukan. Apa yang membezakan kami adalah bahawa kami sentiasa membawa bersama kami semua jenis auto gate spare parts untuk pelbagai jenis autogate dan jenama autogate. Ini membolehkan kami menyelesaikan masalah autogate anda pada masa yang sama ketika kami datang untuk servis autogate anda.
Kami dengan bangganya menjadi pengedar dan pemasang G-force sliding autogate motor. G-force mempunyai sejarah yang panjang dalam pasaran dan merupakan pilihan popular untuk kediaman dan kilang. G-force mempunyai rekod prestasi yang terbukti boleh dipercayai. Pada masa dahulu, tidak terdapat banyak pilihan motor autogate tempatan dalam pasaran. Pilihan terhad kepada G-force, KRON, FBM, Valet, DEA, BSM, FAAC dan Celmar. Oleh itu, banyak orang memilih G-force atau Tronica® untuk sliding autogate mereka.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation





