Kami Sedia Membantu Baiki Autogate Customer Lama Dan Baru
Bila autogate mula bermasalah, selalunya orang akan cari semula pemasang asal, sebab mereka lebih kenal sistem tersebut dan biasanya ada spare parts yang sesuai. Di EE Automation, kami memang sentiasa bersedia dengan pelbagai jenis alat ganti untuk banyak model autogate, termasuk model yang lama.
Tak kira masalah kecil seperti remote tak berfungsi, atau masalah besar seperti motor arm tak bergerak langsung – kami ada alat ganti dan team juruteknik berpengalaman untuk bantu anda dengan cepat dan berkesan.
Dengan hampir 30 tahun dalam industri, kami bukan sekadar pasang dan jual autogate, tapi juga beri servis selepas jualan yang terbaik. Customer lama atau baru, kami layan dengan penuh tanggungjawab dan profesional. Kami percaya hubungan jangka panjang dengan customer itulah yang buat kami terus maju sampai hari ini.
Masalah Autogate Lama? Kami Masih Ada Spare Parts!
Hari ini kami bantu seorang customer lama dari Kelana Jaya. Autogate Tronica®-828 Stainless Steel yang kami pasang lebih 10 tahun lalu tiba-tiba rosak – arm sebelah kanan tidak berfungsi dan terpaksa cabut untuk buka pagar secara manual. Customer terus cari balik nombor kami untuk dapatkan bantuan.
Setelah pemeriksaan, kami sahkan motor arm kanan sudah rosak – kemungkinan sebab selalu digunakan untuk keluar buang sampah atau ambil barang. Nasib baik kami masih ada spare parts original untuk model Tronica® lama ini. Kami cadangkan ganti dengan Tronica® 828 ArmAutogate versi terbaru 2025 – customer terus setuju sebab percaya dengan prestasi produk dan servis kami.
Sepanjang lebih 10 tahun guna, ini kali pertama autogate itu rosak. Customer sangat berpuas hati kerana walaupun dah lama dipasang, kami masih sedia bantu dan masih ada alat ganti untuk model lama.
Arm Autogate Specialist – Pasang Dan Baiki
Cepat dan berkesan servis autogate yang ditawarkan EE Automation. Cari sahaja auto gate near me untuk pasang dan baiki autogate anda. Kami sediakan membantu memberi penyelesaian untuk segala masalah autogate yang anda hadapi. Dengan team autogate specialist dan auto gate spare parts yang kami bawa, servis autogate terbaik sentiasa diberikan.
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.
Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Subang Jaya dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate remote, baiki autogate tak boleh buka, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, pasang autogate baru dengan Tronica® Arm Autogate System, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali.
Hubungi kami harini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp terus atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation untuk tengok kerja kami.