Masalah OAE Autogate Lama: Kenapa Customer Pilih Pasang Tronica® 828 Baru

Masalah OAE Autogate Lama: Kenapa Customer Pilih Pasang Tronica® 828 Baru

Selamat pagi, Good morning, 你好! Baru-baru ini kami ke Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta, Kuala Lumpur untuk bantu seorang customer lama. Ini adalah antara customer yang kami pernah pasang OAE 333A autogate system kira-kira 9 tahun lepas. Selama tempoh tu, autogate mereka memang jarang buat hal. Hanya sekali je, sekitar 4 tahun lalu, control panel terbakar akibat masalah wiring lama dan masa tu kami dah buat wiring baru terus. Selain daripada itu, sistem OAE yang kami pasang memang berjalan elok tanpa sebarang gangguan.

Kali ini customer hubungi kami sebab autogate motor tak bergerak seperti biasa. Dia syak arm autogate kanan dah rosak dan siap minta kami bawa sekali satu set autogate baru, kalau-kalau dia nak tukar terus. Bila kami sampai, kami buat checking dan troubleshooting. Dari pemeriksaan, kami dapati masalah sebenar ialah DC motor pada OAE arm yang dah lemah dan tak mampu bergerak lancar macam dulu.

Swing Autogate Baru Taman Duta
Swing Autogate Baru Taman Duta

Kami Bawa Spare Parts Termasuk Set Tronica® Baru

Nasib baik kami memang sentiasa bawa dan simpan spare parts OAE original, jadi kalau customer nak repair dan kekalkan sistem lama pun tiada masalah. Kami boleh tukar motor tu terus pada hari yang sama. Tapi selepas kami explain keadaan sistem dan jangka hayat komponen yang dah 9 tahun digunakan, customer mula fikir semula tentang pilihan terbaik untuk jangka panjang.

Customer kemudian buat keputusan untuk pasang sistem autogate baru. Katanya, dia tak nak ambil risiko sebab minggu depan dia akan outstation ke luar negara, dan dia takut kalau autogate tiba-tiba rosak masa dia tak ada di rumah. Lagipun bila satu bahagian sistem lama dah mula rosak, biasanya akan ada komponen lain yang akan mula ikut rosak sedikit demi sedikit. Jadi dia rasa lebih selamat untuk tukar keseluruhan sistem.

Hari yang sama juga kami terus lakukan pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System menggantikan OAE lama. Selepas siap pasang, kami buat testing penuh untuk pastikan setiap pergerakan smooth, sensor berfungsi, dan tiada bunyi pelik. Bila customer puas hati dan semuanya berjalan lancar, barulah kami bergerak ke lokasi servis seterusnya. Customer pun lega sebab semuanya siap sebelum dia berangkat ke luar negara.

Pasang Autogate Baru Taman Duta KL
Pasang Autogate Baru Taman Duta KL

Kenapa Tronica® Autogate System?

Kami telah mengesyorkan agar mereka mempertimbangkan sistem autogate Tronica®, khususnya jenis swing arm, kerana ia sesuai dengan pintu swing mereka. Tronica® adalah jenama autogate yang terkenal dan popular di Malaysia untuk tahun 2025. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk autogate dc motor, autogate control panel, 12v transformer autogate, 433mhz autogate remote control, 12ah autogate battery dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia. Kami hanya menggunakan produk autogate terbaik serta tahan lama dan memberi ketenangan kepada penggunanya.

Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Ampang dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan Tronica® autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 atau dan https://www.youtube.com/@Eeautomation