Nak Pasang Autogate Untuk Kali Pertama? Sila Hantarkan Gambar Pagar Anda
Mencari sistem autogate untuk rumah baru anda? Memang sangat penting untuk pilih yang betul-betul berkualiti, tahan lasak dan tak menyusahkan kemudian hari. Di sini lah kami nak perkenalkan Tronica® Arm Autogate System, salah satu jenama autogate terbaik yang kami sangat syorkan kepada customer kami. Sistem ini memang jenis heavy duty, lengkap dengan semua komponen yang berkualiti tinggi termasuk motor, control panel, remote dan bracket yang kukuh sesuai untuk semua jenis pagar swing. Yang paling menarik, sekarang kami tengah buat promosi harga autogate siap pasang untuk anda yang nak jimat lebih tanpa kompromi dari segi kualiti. Jadi kalau anda nak sistem autogate yang tahan lama, kuat dan nampak profesional ini masa terbaik untuk pasang Tronica® Autogate System!
Untuk memulakan, kami minta anda berkongsikan gambar nampak keseluruhan pintu pagar, termasuk tiang sebelah kiri dengan nampak wayar dan tiang sebelah kanan dengan nampar wayar juga. Lebih banyak gambar yang anda berikan, lebih baik kami boleh membantu anda. Kami perlu memeriksa jenis pagar anda untuk memastikan ia serasi dengan sistem autogate. Jika anda mempunyai pintu pagar swing atau folding, ingin kami pastikan bahawa dinding tiang mempunyai ruang yang mencukupi untuk pemasangan bracket arm autogate. Jika tidak ada tiang cukup ruang, anda perlu buat box up.
Apa itu box up? Ia seperti tambah satu kotak conreate konkrit pada pillar sebagai ruang tambahan untuk pasang bracket autogate. Ianya satu alternatif yang berkesan. Anda boleh minta wet contractor untuk lakukannya. Pastikan ianya dibuatkan dari concreate bukan batu semata mata untuk pastikan ianya kukuh.

Pillar Kecil Untuk Pasang Bracket Autogate – Box Up Perlu Dilakukan
Seperti customer daripada Jalan SS15/7 Subang Jaya yang menghubungi kami untuk lakukan pemasangan swing autogate buat kali pertama untuk rumahnya. dari apa yang customer beritahu dia sudah survey beberapa syarikat autogate Subang Jaya dan yakin untuk dapatkan autogate dari kami. Seperti biasa kami akan minta untuk send gambar pagar, pillar dan wiring autogate. Kami dapati pillar pagar customer kecil dan tidak cukup ruang untuk pasang bracket autogate, walaupun boleh pasang tapi tak akan kuat nanti, bracket autogate akan mudah tercabut. Untuk penyelesaian jangka masa yang panjang, kami minta customer untuk buat concrete box up untuk support pillar bagi pasang bracket autogate. Kami terangkan dengan details dan customer telah panggil kontraktor renovation untuk lakukannya.
Setelah hampir seminggu, customer hubungi kami semula dengan conrete box up telah siap di lakukan dan bersedia untuk pemasangan Tronica®-828 Arm Autogate System. Kami telah datang dan siapkan pemasangan, Tronica® Arm Autogate System pun berfungsi dengan baik dan customer pun berpuas hati.

Pemasangan Tronica® Arm Autogate System
Hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami telah melalui pelbagai fasa dan penyelesaian masalah. Jadi kami akan berikan yang terbaik untuk pastikan autogate yang kami pasang berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Kami juga hanya menggunakan jenama dan model autogate terbaik.
Memang kami sangat recommend Tronica® Arm Autogate System direka untuk autogate folding door atau autogate swing door. Ia merupakan reliable autogate system dan low maintenance autogate system, boleh tahan bertahun lamanya dan Tronica® auto gate spare parts pun senang dapat, andai kata 10 tahun anda guna ada masalah autogate, boleh tukar autogate parts yang rosak sahaja, tak perlu tukar autogate set baru.
Anda boleh dapatkan servis autogate kami, sama ada pemasangan autogate atau baiki autogate di Lembah Klang, macam-macam masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan mudah. Pemasangan autogate memang kepakaran kami dan kami juga pakar dalam servis baiki autogate jenama autogate dan tidak kira masalah autogate apa yang anda hadapi. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 atau oleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






