Arm Autogate Services Shah Alam – Repair And Install Arm Autogate

Repair And Install Arm Autogate

Setiap hari kami memang banyak terima panggilan berkaitan masalah arm autogate rosak. Nasib baik kami ada team yang memang berpengalaman, alat cukup dan yang paling penting semua spare parts autogate ada ready. Tak kira jenama apa pun; Tronica, KRON, FBM, E8, OAE, Dnor folding atau swing, sampai ke heavy duty system semua kami dah biasa servis. Sebab itu, kami boleh datang dan terus baiki dalam masa yang singkat tanpa perlu tunggu hari lain.

Kalau arm autogate tu masih boleh dibaiki, kami akan baiki. Tapi kalau dah teruk sangat atau part dalam dah haus, kami boleh terus ganti dengan arm autogate baru. Yang bestnya, kami bukan jenis paksa tukar satu set baru terus. Kalau yang rosak tu cuma sebelah arm saja, kami boleh tukar sebelah sahaja, asalkan compatible dengan sistem sedia ada. Banyak customer lega bila tahu mereka tak perlu keluar kos besar untuk tukar semua.

Ada juga kes arm autogate model lama yang spare parts dah tak keluar dekat pasaran. Jangan risau, kami boleh cari alternatif arm yang lebih kurang design dan function sama, jadi tak perlu tukar control panel atau semua sistem. Jimat masa, jimat duit, dan autogate anda tetap boleh berfungsi dengan baik macam biasa. Kalau ada masalah dengan arm autogate anda sekarang, boleh terus hubungi kami dan kami akan datang dan selesaikan!

Folding Arm Autogate Services Shah Alam
Folding Arm Autogate Services Shah Alam

We Replaced a Faulty Arm Autogate One Side With Tronica® Arm

Tapi apa yang terjadi kepada customer dari U15 Shah Alam ini dimana arm autogate stuck sebelah tak berfungsi selepas kena langgar dan sebenarnya ini adalah customer yang kami pasang autogate untuknya dulu dalam 6 tahun lepas tetapi masa itu kami deal dengan kontraktor renovation customer. Pada mulanya customer telah hubungi kontraktor autogate lain sebab masa itu taktahu yang syarikat autogate kami yang pasang autogate untuknya. Kontraktor tersebut tak datang periksa lagi dan terus cakap ini autogate lama, tak ada spare parts dan minta customer untuk pasang autogate baru, set autogate baru. Akhirnya customer dapat mencari semula syarikat kami.

Memandangkan sistem autogate yang kami pasang sudah agak lama dan tiada keluar lagi untuk autogate model lama tersebut, kami telah syorkan arm autogate model lain iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Different model, after tukar mungkin nanti speed tak sama, tak synchronize. Kami terangkan pada customer dan customer setuju, baginya janji autogate berfungsi semula dan boleh buka tutup seperti biasa. Customer juga minta kami gantikan backup battery autogate kerana sudah kong, apabila tiada elektrik autogae tak boleh buka. Sekarang swing autogate customer bergerak dengan sangat lancar.

Arm Autogate Repair Shah Alam
Arm Autogate Repair Shah Alam

Call Us Now For Your Autogate – Tronica Autogate

Semakin ramai customer yang memilih untuk menggantikan autogate arm lama mereka dengan Tronica® Arm Autogate. Ini disebabkan kebanyakan customer tidak mahu terus menggunakan jenama arm autogate asal kerana ketahanan yang kurang memuaskan. Mereka lebih memilih untuk menukar kepada arm autogate yang lebih berkualiti seperti Tronica®. Jika anda menghadapi masalah dengan arm autogate anda, jangan ragu untuk menghubungi Encik Sam di talian 012 – 405 8791 untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Shah Alam dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk, folding arm autogare repair, swing arm autogate replacement, baiki autogate remote, baiki autogate tak boleh buka, tukar autogate motherboard, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali. EE Automation autogate repair specialist dan auto gate repair expert. Kami tiada masalah untuk selesaikan autogate anda on the spot sebab semua spare parts dalam van service kami. Hubungi kami hari ini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation