Sedang Cari Sistem Autogate untuk Rumah Anda?

Sedang Cari Sistem Autogate untuk Rumah Anda?

Anda memang di tempat yang betul kalau sedang cari autogate yang tahan lama dan tak banyak masalah. Di EE Autogate, kami adalah pengedar sah dan pemasang autogate profesional untuk pelbagai jenama autogate yang terkenal. Kami sediakan sistem autogate yang boleh digunakan untuk rumah teres, kilang, kedai dan juga premis perniagaan. Sebelum cadangkan sistem yang sesuai, kami akan periksa keadaan gate anda, kekerapan penggunaan dan juga aspek keselamatan. Dengan cara ini, kami pastikan autogate anda bergerak dengan lancar, tahan lama dan boleh digunakan dengan baik untuk jangka masa yang panjang tanpa risau.

Tronica 828 Arm Autogate KL
Tronica 828 Arm Autogate KL

Perlukan Autogate yang Boleh Dipercayai? Kami Cadangkan “TRONICA®”

Kami cadangkan autogate Tronica sebab reka bentuknya cantik, prestasi yang stabil dan dibuat daripada stainless steel yang berkualiti tinggi. Ia sangat sesuai untuk rumah, kedai, kilang dan juga premis perniagaan.

Autogate Tronica direka khas untuk tahan cuaca di Malaysia dan penggunaan harian yang kerap. Bila anda pilih Tronica, anda akan dapat sistem autogate yang berkualiti, nampak moden dan dipasang oleh pasukan kami yang berpengalaman, lengkap dengan servis yang boleh dipercayai.

Tronica® 828 untuk Sistem Autogate Swing / Folding Arm

Tronica® 828 ialah autogate jenis upgraded electro-mechanical arm-type autogate opener, direka khas untuk rumah dan premis perniagaan ringan. Ia menawarkan pergerakan yang lancar, kuasa yang kuat dan ketahanan untuk jangka masa panjang.

Ciri-ciri utama:

  • Upgraded mini DC motor – kuat, lancar dan stabil
  • Tahan lasak & tahan cuaca – sesuai dipasang diluar
  • Mekanisme berprestasi tinggi – sesuai untuk penggunaan harian yang kerap
  • Stainless steel housing yang tebal – kukuh, tak mudah berkarat dan tahan lama

Tronica 828 menggunakan gear besi, ball spindle berprestasi tinggi dan ball screw nut khas untuk pergerakan gate yang lebih tepat dan konsisten. Semua mekanisme ini dilindungi dalam stainless steel housing yang tebal.

Di dalam arm pula, ia dilengkapi motor mini DC versi terbaru yang berkuasa dan stabil, memudahkan gate dibuka dan ditutup walaupun saiz gate berbeza. Direka khas untuk tahan cuaca Malaysia dan penggunaan berat setiap hari, Tronica 828 adalah pilihan autogate yang berkualiti, bergaya dan berprestasi tinggi untuk rumah, kedai, kilang dan premis perniagaan.

Swing Autogate Installation Setapak
Swing Autogate Installation Setapak

Kenapa Pilih Tronica® & EE Autogate

EE Autogate telah berkhidmat lebih 30 tahun. Dengan pengalaman yang lama dan nama yang kukuh di pasaran Malaysia, kami telah mendapat kepercayaan ramai pemilik rumah. Banyak rumah di seluruh Malaysia menggunakan Tronica®, jenama autogate yang memang dikenali dan dipercayai.

Sebab kenapa pilih kami:

  1. Produk 100% original
  2. Barang 100% baru
  3. Direka khas untuk cuaca Malaysia
  4. Syarikat berdaftar & ada pejabat sebenar (bukan bisnes dari rumah)
  5. Pemasangan profesional oleh teknisyen yang berpengalaman
Best Autogate KL
Best Autogate KL

Apa Kata Pelanggan Kami

“Tronica 828 memang bergerak dengan lancar setiap hari, walaupun hujan lebat. Memang boleh diharap!”
– Ahmad, Shah Alam

“Saya risau pasal pemasangan, tapi EE Autogate uruskan semuanya dengan sangat profesional. Autogate saya dipasang oleh dua orang technician Cina. Memang sangat puas hati, memang recommend!”
– Kumar, Cheras

“Pemasangan sangat profesional oleh EE Autogate. Team mereka peramah, cepat dan buat kerja dengan sangat teliti.”
– Lim, Damansara

“Saya suka stainless steel material dia. Rasa sangat kukuh dan tahan lasak. Memang nampak autogate ni dibuat untuk tahan lama!”
– Azman, Kajang

Dapatkan Autogate Tronica Anda Sekarang!

Sekarang adalah masa terbaik untuk pasang sistem Autogate Tronica di rumah atau premis anda.
Kami sedang tawarkan pakej promosi istimewa untuk tempoh terhad.

Hubungi 012-405 8791 (Sam) sekarang untuk maklumat lanjut.