Servis Baiki Dan Tukar Arm Autogate Sahaja
Selamat pagi, Good morning, 你好! Hampir setiap hari kami dijemput untuk servis, baiki dan tukar arm autogate yang rosak. Ada pelanggan yang hanya perlukan ganti satu arm, dan ada juga yang perlu tukar kedua-duanya sekali. Selalunya, kami cuma tukar bahagian arm autogate sahaja sebab komponen lain seperti autogate control board, transformer dan remote autogate masih boleh digunakan semula. Banyak faktor yang buat arm autogate cepat rosak, terutama jika sistem tu dah lama digunakan atau selalu terdedah pada cuaca dan penggunaan berat.
Salah satu punca paling biasa ialah autogate kena langgar. Sama ada masa mengundur atau masa nak masuk rumah, kadang-kadang kereta tersilap anggar dan terkena arm autogate sampaikan ianya rosak. Bila dah kena hentam macam tu, memang tak boleh dibaiki dan perlu diganti baru. Sebab tu penting untuk lebih berhati-hati bila masuk atau keluar rumah, terutama kalau pagar anda jenis sempit. Silap sedikit pun boleh menyebabkan kerosakan besar pada arm autogate.
Kalau anda hadapi masalah macam ni arm tak bergerak, satu sisi rosak, atau autogate langsung tak berfungsi anda boleh hubungi EE Automation. Kami akan datang periksa dan cadangkan penyelesaian paling sesuai ikut keadaan sistem autogate anda. Sama ada perlu baiki, ganti arm autogate baru atau buat pelarasan, kami sedia bantu untuk pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan selamat.

Punca Arm Autogate Rosak Akibat Dilanggar
Ini adalah customer kami daripada Keramat KL yang kami pasang full set autogate dalam 6 tahun lepas dan sekarang ada masalah autogate arm sebelah kanan tidak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas arm autogate ini kena langgar, tapi selepas itu masih berfungsi cuma ada arm autogate bunyi kuat dan sekarang langsung tidak berfungsi. Customer terus hubungi kami minta kami ajar cara untuk release arm autogate supaya boleh buka pagar manual terlebih dahulu sebab ada pergi ke perak ada kenduri. Dulu pun kami pernah ajar, tapi customer terlupa. Tunggu customer balik rumahnya baru kami datang lakukan pemeriksaan.
Hari ini kami datang lakukan pemeriksaan dan sahkan yang autogate arm sebelah kanan itu motornya telah rosak dan ada arm autogate gear telah pecah. Untuk gantikan arm autogate tersebut kami syorkan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate untuk latest autogate design 2025 dan customer terus setuju. Customer juga minta kami tukar battery autogate baru, katanya dua hari lepas ada berlakunya trip dan autogate tak boleh buka oleh kerana bateri autogate dah kong. Customer beritahu, dia mempercayai kami, autogate sebelum ini guna tak pernah ada masalah, cuma rosak akibat terlanggar. Walaupun sudah pasang lama, customer dapat hubungi kami.

Servis Autogate Yang Dipercayai
Kami sentiasa bersedia sekiranya ada customer yang kami pasang autogate untuk mereka dulu atau pernah baiki autogate untuk mereka yang hubungi kami memerlukan autogate repair service. Semua customer lama kami, tidak pernah gagal hubungi kami kerana kami adalah syarikat autogate stabil sejak dari 1996 lagi. Kami menggunakan contract number yang sama dari dulu sehinggalah sekarang.
Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Keramat dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk baiki arm autogate, arm autogate replacement, pemasangan zkron autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 atau https://www.youtube.com/@Eeautomation






