Servis Ganti Swing Autogate Bearing – Cepat & Profesional
Ramai orang tak tahu, gate bearing memainkan peranan penting untuk pastikan pintu pagar automatik buka dan tutup dengan lancar. Kalau bearing dah haus, pecah atau tercabut, autogate akan jadi tak rata, berat bila nak bergerak dan kadang-kadang pagar tak rapat bila ditutup. Masalah ni tak boleh dibiarkan lama sebab lama-kelamaan ia akan rosakkan komponen lain pula. Di pihak kami, memang ada pelbagai jenis dan saiz bearing yang sesuai ikut keperluan pintu pagar anda. Jadi kalau autogate anda ada tanda-tanda bermasalah, jangan tunggu sampai makin teruk, terus hubungi kami.
Untuk kerja swing gate bearing replacement, ia bukan kerja mudah kerana memerlukan tenaga kerja mencukupi, kemahiran dan peralatan lengkap. Ramai installer autogate lain tak berani buat sebab mereka kurang pengalaman atau tak ada manpower untuk uruskan kerja berat ini. Tetapi team kami sudah biasa buat kerja ini dari buka bearing lama, pasang yang baru sampai pastikan alignment pintu betul-betul tepat. Kalau anda perasan pagar rumah dah tak sama level, pintu susah nak rapat atau bunyi kasar bila bergerak, itu tanda jelas bearing dah rosak. Bila kami datang, bukan saja tukar bearing, tapi juga akan buat pemeriksaan penuh untuk pastikan semuanya kembali smooth.
Selain ganti swing gate bearing, kami juga ada buat servis lain berkaitan pintu pagar seperti tukar bottom wheel, gate track, guide roller dan juga gate hinges. Ramai customer kami di KL dan Selangor dah gunakan servis ini, dan mereka lega bila masalah autogate bukan saja selesai di bahagian motor, tapi juga di bahagian mekanikal pagar itu sendiri. Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami tahu cara terbaik untuk selesaikan masalah dengan cepat dan hasil kerja yang tahan lama. Jadi kalau autogate anda dah mula buat hal, sama ada masalah motor atau bahagian pagar, hubungi kami segera – biar kami bantu bagi penyelesaian yang berkesan.

Kami Tukar 2 Unit Swing Gate Bearing
Servis auto gate bearing replacement kami diperlukan di jalan 2/151a, taman suria off jalan puchong, 58200 kl. Ceritanya customer ini, pada mulanya customer ada masalah dengan dnor swing autogate arm tak berfungsi baik, tak boleh tutup sepenuhnya, jadi customer ada panggil kontraktor autogate KL untuk datang tengok dan mereka periksa yang rosak bukanlah arm autogate dnor tetapi gate bearing yang bermasalah, tetapi kontraktor tersebut tak boleh buat, mereka tidak pengalaman untuk lakukannya.
Hari ini bearing pagar tercabut, itu yang customer urgent mencari kontraktor yang boleh replace gate bearing tersebut beberapa kontraktor autogate yang customer hubungi, hanya kami yang sediakan bearing autogate replacement.
Kami menggantikan auto gate bearing untuk pagar sebelah kanan atas dan bawah. Keluarkan kedua-dua bearing autogate lama bermasalah dan welding/ pasang bearing gate baru. Sepanjang proses pintu pagar perlu dipegang, terdapat 2 technician yang pegang pagar dan seorang technician keluarkan dan pasang bearing gate tersebut. Kemudian kena pastikan level kedua-dua belah pagar adalah sama.

Penyelesaian Autogate Terbaik Dari EE Automation
Cara yang efektif untuk cara baiki autogate dan betul kami gunakan untuk menyelesaikan masalah gate dan elakkan ia berulang kembali, kami hanya menggunakan high quality auto gate bearing wheels dimana ia merupakan buatan Malaysia. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.
Kami adalah pakar dalam bidang autogate dan berkomitmen untuk memberikan penyelesaian yang lengkap untuk semua masalah berkaitan autogate. Customer kami tidak perlu bimbang lagi kerana dengan kami, semua masalah autogate mereka akan diselesaikan dalam satu masa. Kami tawarkan penyelesaian autogate yang cukup termasuk pasang Tronica® autogate, baiki autogate control panel, autogate remote control repair, autogate arm repair, auto gate motor repair, gate bearing replacement, auto gate roller replacement, gate track replacement dan autogate welding services. Hubungi kami harini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp juga dan boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






