Servis Repair Arm Autogate Cepat & Berkesan

Servis Repair Autogate Cepat & Berkesan – Kami Datang, Check & Siap Baiki Terus!

Bila customer hubungi kami untuk servis repair autogate, biasanya mesti ada masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Kebanyakan yang call kami beritahu autogate installer tidak dapat dihubungi, kontraktor asal tak dapat datang atau tiada spare parts autogate tersebut atau dah cuba baiki tapi masalah masih sama. Sebab itu mereka cari kami. Kami memang fokus pada servis autogate yang cepat, mudah dan berkesan supaya tak perlu tunggu lama dan tak ganggu rutin harian anda.

Setiap kali terima panggilan, kami akan datang buat pemeriksaan terus di rumah. Kami akan check satu per satu untuk kenal pasti punca sebenar autogate rosak, sama ada masalah arm autogate motor, autogate board, remote autogate, wiring autogateatau komponen lain. Kami juga memang siap bawa spare parts lengkap, jadi kalau ada bahagian yang perlu tukar, kami boleh terus buat di tempat yang sama tanpa perlu tunggu hari lain.

Walaupun autogate tersebut bukan kami yang pasang asalnya, kami tetap boleh bantu repair dan ambil alih penjagaan selepas itu. Kalau ada apa-apa masalah lagi pada masa akan datang, anda boleh terus hubungi kami. Kami bukan sekadar datang repair dan terus hilang, tapi kami sedia jadi team support autogate anda untuk jangka masa panjang.

Swing Arm Autogate Repair Shah Alam
Swing Arm Autogate Repair Shah Alam

Servis Dnor 212 Arm Autogate Kami Diperlukan Lagi

Kami hari ini lagi sekali ke rumah customer di Seksyen 6 Shah Alam, sebenarnya ini sudah kali ketiga servis autogate kami diperlukan sejak 2019. Ingat lagi masa kali pertama kami datang, tidak dapat cari original autogate installer walaupun masa itu masih baru lagi guna autogate tersebut. Dan yang syorkan servis autogate kami adalah abang customer. Kali pertama kami datang tukar autogate control board. Kali kedua kami datang tukar autogate arm sebelah kanan. Customer menggunakan Dnor 212 arm autogate, jadi kami memang ada autogate spare parts yang ready stock. Kali ketiga customer hubungi kami ada masalah autogate arm dnor 212 lagi, kali rosak akibat dilanggar. Selepas dilanggar ia masih berfungsi dalam beberapa hari dan sekarang terus autogate arm tersebut tak boleh tutup. Itu yang customer urgent minta kami datang secepat mungkin.

Setelah lakukan pemeriksaan, kami sahkan Dnor 212 arm autogate tersebut sudah rosak, kemungkinan besar arm autogate gearbox pecah dan arm autogate dc motor sudah tidak berfungsi. Kami juga ada syorkan untuk tukar dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate tetapi customer inginkan model arm autogate dnor yang sama, supaya design dan speed arm autogate nya synchronize. Dengan autogate spare parts yang bawa, boleh terus gantikan autogate tersebut.

Autogate Arm Spare Parts Shah Alam
Autogate Arm Spare Parts Shah Alam

Arm Autogate Untuk Semua Jenama Autogate

Spare parts untuk semua autogate model dan jenama yang terkenal dipasaran antaranya Tronica®, KRON, FBM, E8 Arm Autogate, RDS, OAE 333A, Dnor 712, Dnor 212 serta Wing arm autogate. Kami adalah autogate repair specialist dan auto gate repair expert, semua spareparts autogate kami, jadi anda tak perlu tunggu lama. Sekali kami datang, kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai. Pelbagai servis autogate yang kami tawarkan.

Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai servis baiki autogate, termasuk repair auto gate arm, baiki autogate remote, baiki autogate motherboard, tukar roda autogate, penggantian bateri autogate dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation