Servis Tukar Swing Auto Gate Bearing – Selesaikan Masalah Pagar Senget
Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Jika pintu pagar rumah anda menggunakan swing autogate dan anda perasan pagar sudah tidak sama level, sebelah pagar jatuh sedikit, autogate tak boleh tutup rapat atau keluar bunyi bising semasa buka dan tutup, kemungkinan besar masalah datang daripada gate bearing yang sudah haus atau rosak. Gate bearing memainkan peranan penting untuk memastikan pintu pagar bergerak dengan lancar dan seimbang. Bila bearing sudah rosak, pintu pagar senget dan jika dibiarkan lama ia boleh menyebabkan pagar autogate jatuh sepenuhnya.
Proses gate bearing replacement bukan kerja yang mudah kerana ia perlukan kepakaran, pengalaman dan juga peralatan yang sesuai. Banyak installer autogate biasa tidak melakukan kerja ini kerana memerlukan tenaga kerja yang cukup serta teknik yang betul untuk membuka dan memasang semula pagar dengan selamat. Sebab itu penting untuk menggunakan servis yang memang biasa melakukan kerja tukar bearing pintu pagar supaya masalah dapat diselesaikan dengan betul dan tahan lama.
Kami menyediakan service replace swing auto gate bearing dengan pelbagai jenis dan saiz bearing mengikut keperluan pintu pagar anda. Selain itu, kami juga pakar membaiki pelbagai masalah lain berkaitan autogate seperti motor autogate rosak, PCB board problem, remote autogate tidak berfungsi, roda autogate rosak, bracket autogate patah, pintu pagar tercabut dan banyak lagi. Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami sudah biasa berhadapan dengan pelbagai jenis masalah autogate dan sentiasa berusaha memberikan penyelesaian yang cepat, kemas dan tahan lama untuk pelanggan. Jika anda ada masalah dengan pintu pagar atau autogate di rumah, jangan tunggu sampai rosak teruk hubungi kami dan kami sedia membantu.

Tidak Semua Kontraktor Autogate Boleh Tukar Bearing Pagar
Servis auto gate bearing replacement kami diperlukan di Jalan Flora 3F/3, Bandar Rimbayu, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Dari apa yang customer beritahu, pintu pagar swing autogate sebelah kanan tak boleh tutup dengan rapat, tidak sama level dan tidak boleh tutup sepenuhnya. Customer sendiri suspect yang bearing engsel pagar bermasalah. Dari apa yang customer beritahu dia ada hubungi autogate installer Rimbayu yang pernah pasang autogate untuknya sebelum ini, tetapi mereka tak buat service gate bearing replacement. Itu yang customer tanya pada kenalan lain, ada mereka telah syorkan kami. Sebelum datang kami berikan cost replace gate bearing untuk pagar sebelah kiri untuk dua biji bearing atas bawah dan csutomer telah setuju.
Kami menggantikan auto gate bearing untuk pagar sebelah kanan atas dan bawah. Keluarkan kedua-dua bearing autogate lama bermasalah dan welding/ pasang bearing gate baru. Sepanjang proses pintu pagar perlu dipegang, terdapat 2 technician yang pegang pagar dan seorang technician keluarkan dan pasang bearing gate tersebut. Kemudian kena pastikan level kedua-dua belah pagar adalah sama. Sekarang swing autogate ini berfungsi semula dengan lancar. Ohh servis tambahan, customer juga minta kami gantikan battery autogate, katanya beberapa hari lepas ada berlaku trip dan autogate tak boleh buka.

Penyelesaian Autogate Terbaik Dari EE Automation
Cara yang efektif untuk cara baiki autogate dan betul kami gunakan untuk menyelesaikan masalah gate dan elakkan ia berulang kembali, kami hanya menggunakan high quality auto gate bearing wheels dimana ia merupakan buatan Malaysia. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.
Kami adalah pakar dalam bidang autogate dan berkomitmen untuk memberikan penyelesaian yang lengkap untuk semua masalah berkaitan autogate. Customer kami tidak perlu bimbang lagi kerana dengan kami, semua masalah autogate mereka akan diselesaikan dalam satu masa. Kami tawarkan penyelesaian autogate yang cukup termasuk pasang Tronica® autogate, baiki autogate control panel, autogate remote control repair, autogate arm repair, auto gate motor repair, gate bearing replacement, auto gate roller replacement, gate track replacement dan autogate welding services. Hubungi kami harini di 012 – 405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp juga dan boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






