Sesetengah Kes Pintu Pagar Kilang Tidak Boleh Pasang Autogate

Sesetengah Kes Pintu Pagar Kilang Tidak Boleh Pasang Autogate

Hampir 30 tahun kami mengendalikan sama ada sistem autogate untuk rumah atau kilang, kami di sini untuk membantu, tidak kira jenis sistem autogate yang anda miliki dan saiz pintu pagar yang besar dan berat. Kami mempunyai team juruteknik dan jurutera yang berpengalaman jadi boleh selesaikan masalah autogate anda dengan baik. Selain itu, kami sentiasa membawa bekalan bahagian autogate spare parts tersedia, memastikan bantuan segera apabila anda memerlukannya.

Untuk pemasangan autogate Kilang sebenarnya lebih rumit. Kerana industrial gate besar dan panjang serta mempunyai gate track dan roller. Untuk pastikan pemasangan autogate motor, perlu pastikan keadaan pintu pagar dalam keadaan baik, track roller bagus, barulah autogate motor nanti akan berfungsi serta bergerak dengan lancar. Tolak pintu pagar sliding manual berbeza, kerana apabila pagar auto, motor autogate yang menarik menolak pagar. Jadi bayangkan sekiranya sliding gate roller and track tidak dalam keadaan baik. Sebab itu kami tidak mahu ambil risiko untuk lakukan pemasang autogate motor sliding melainkan, anda telah betulkan roda dan track tersebut.

Tidak kira pintu pagar anda besar atau berat macam mana, kami boleh lakukan pemasangan sekiranya pintu pagar tersebut dalam keadaan baik. Kami mempunyai pelbagai jenis motor autogate sehingga ke 6 tan sliding autogate motor kami ada.

Sliding Auto Gtae Factory Klang
Sliding Auto Gtae Factory Klang

Kami Berpengalama 30 Tahun Dalam Insdustri Autogate

Dengan pengalaman yang kami ada, kami dapat menilai dan memberikan penyelesaian yang tepat mengikut keperluan pintu pagar anda. Kualiti pemasangan dan keselamatan adalah keutamaan kami, dan kami memastikan setiap langkah pemasangan dijalankan dengan teliti agar sistem autogate dapat berfungsi dengan lancar dan tahan lama.

Jadi, jika anda mempunyai pintu pagar industri yang besar atau berat, dan memerlukan pemasangan motor autogate, pastikan track dan roller berada dalam keadaan baik terlebih dahulu. Hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pemasangan yang berkualiti dan profesional, serta pastikan autogate anda beroperasi dengan efisien. Kami juga memberikan khidmat nasihat jika anda tidak pasti mengenai keadaan pintu pagar anda dan apa yang perlu diperbaiki sebelum pemasangan motor autogate. Kami di sini untuk membantu!

Pintu Pagar, Trek Serta Roda Di Kilang Ini Rosak

Seperti pintu pagar kilang di Klang yang memerlukan pemasangan autogate motor sliding untuk kali pertama. Seperti biasa, kami akan minta hantarkan gambar pintu pagar, gate track dan gate roller. Pintu pagar sliding tersebut memang besar tetapi itu bukan masalah kami. Apa yang kami dapati, gate track sudah kedalam, sudah mendap. Biasanya kawasan pagar ada tar, tetapi kawasan pagar kilang ini pasir sahaja. Alignment pintu pagar juga tidak betul, sudah senget, ada juga bahagian yang sudah kemek. Tambahan customer beritahu, tolak pagar manual juga terlalu berat.

Kami beritahu awal yang kami tidak dapat teruskan pemasangan sliding autogate motor untuk kilang ini oleh kerana keadaan pintu pagar, landasan dan roda. Kami tidak mahu ambil risiko, kami sudah berpengalaman lama, kami yakin nanti selepas pemasangan autogate motor, sliding auto gate roller akan terkeluar dari landasan serta motor sliding autogate akan tidak bergerak lancar. Lebih dirisaukan, pintu pagar sliding akan jatuh pada bila-bila masa. Ada sesetengah kontraktor yang taktahu, dia main pasang autogate sahaja, percayalah dimasa akan datang akan banyak masalah.

Apa yang kami boleh suggest, replace sliding gate track and roller terlebih dahulu. Kemudian kami akan lakukan pemasangan sliding autogate motor baru.

Repair Gate Track Klang
Repair Gate Track Klang

Pakar Autogate Kilang/ Perindustrian Di Lembah Klang

Mengendalikan autogate kilang adalah kepakaran kami sama ada untuk autogate installation for factory, baiki autogate kilang, factory auto gate roller replacement ataupun industrial auto gate track replacement. Kebanyakan industrial gate, pintu pagar kilang memang besar dan berat serta jenis yang double, jadi hanya mereka yang berpengalaman boleh lakukannya. Hubungi kami di 012 – 405 8791 untuk dapatkan sebut harga untuk kendalikan autogate kilang anda dan temu janji. Pelbagai masalah telah kami hadap dan selesaikan, ini menjadikan kami lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Kami sentiasa berikan yang terbaik.

Kami gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Tidak kira jenama auto gates sliding system yang anda gunakan seperti G-force, KRON, FBM, Celmar, FAAC Auto Gate, FAAC Autogate, DEA Autogate sama ada untuk pemasangan dan baiki, kami boleh lakukannya dengan cemerlang. Untuk lebih info hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 dan https://www.youtube.com/@Eeautomation