Sliding Autogate Lebih Rumit? Serahkan Pada Kami Yang Berpengalaman
Ramai orang tak tahu, sistem sliding autogate sebenarnya lebih kompleks daripada arm autogate system, terutama dari segi pemasangan dan kerja-kerja baik pulih. Motor sliding kena selaras dengan berat dan panjang pintu, laluan sliding mesti rata dan tepat, dan wiring kena kemas serta tahan cuaca. Kalau salah pasang atau salah setting, boleh cepat rosak atau tak tahan lama. Sebab tu hanya technician yang betul-betul berpengalaman je boleh buat kerja ni dengan baik, lagi-lagi kalau sistem tu datang dari jenama antarabangsa yang canggih seperti DEA Gulliver, Valet Technology, atau FAAC Autogate.
Sistem sliding autogate ni selalu digunakan untuk pintu pagar industri dan kilang yang besar, panjang, dan berat. Cabaran dia lagi tinggi berbanding autogate rumah biasa sebab kena pastikan motor cukup kuat, sistem lancar, dan paling penting tahan lasak untuk operasi harian yang kerap. Di EE Automation, kami memang pakar dalam pemasangan dan pembaikan sliding autogate untuk kegunaan industri dan komersial. Kami ada pengalaman luas dan dah banyak bantu pasang autogate di kilang-kilang sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, termasuk pintu pagar yang bersaiz besar dan beroperasi sepanjang masa.
Sekiranya anda pemilik kilang, gudang atau premis industri yang perlukan autogate baru atau nak servis sistem sedia ada, kami sedia bantu. Kami akan datang buat pemeriksaan, beri nasihat ikut keperluan sebenar dan terus bawa alat ganti yang sesuai. Tak perlu risau soal masa atau kualiti, kerana kami memang fokus untuk beri servis cepat dan hasil kerja yang tahan lama. Hubungi kami di 012-405 8791 untuk info lanjut atau terus WhatsApp kami. Biar kami bantu pastikan pintu autogate anda sentiasa berfungsi dengan lancar.

Kontraktor Sebelum Ini Tidak Dapat Selesaikan Masalah DEA Sliding Autogate
Baru-baru ni kami terima panggilan daripada sebuah pejabat bank di Kuala Lumpur yang guna sistem DEA Gulliver Sliding Autogate, tapi autogate mereka langsung tak berfungsi. Customer cerita sebelum tu mereka dah panggil seorang kontraktor autogate dari KL untuk periksa. Mula-mula kontraktor tu tukar capacitor DEA sliding autogate, tapi tak pasti apa yang dia buat, tiba-tiba PCB board original DEA terbakar. Bila ditanya, dia kata nak datang semula esok bawa kawannya yang lebih pakar. Tapi malangnya dah dua hari berlalu, bayang pun tak nampak dan panggilan pun tak dijawab. Disebabkan autogate penting untuk keselamatan dan operasi harian, customer tak boleh tunggu lagi dan mula cari pakar baiki DEA sliding autogate akhirnya jumpa kami di EE Automation.
Kami terus datang buat pemeriksaan penuh dan sahkan memang sambungan kabel sebelum ni salah, sebab tu control board terbakar. Kami bawa siap-siap DEA Gulliver control board yang baru dan capacitor yang sesuai, jadi bila dah tahu puncanya, kami boleh terus tukar dan baiki sistem tu tanpa buang masa. Dalam masa kurang dari satu jam, autogate bank tu dah boleh digunakan semula macam biasa. Customer pun lega sebab semuanya berjalan lancar dan tak perlu tunggu berhari-hari lagi. Inilah pentingnya pilih technician yang betul-betul faham dan ada pengalaman dengan sistem autogate antarabangsa macam DEA supaya tak tambah masalah, tapi selesaikan terus.

DEA Autogate Specialist – Bekal, Pasang dan Baiki
Kami pakar membaiki DEA Sliding Autogate System dan mempunyai dea autogate spare parts untuk semua model. Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. Tronica autogate system juga adalah salah satu jenama autogate terbaik di Malaysia.
Sama ada sistem autogate untuk rumah atau kilang, kami di sini untuk membantu, tidak kira jenis sistem autogate yang anda miliki. Kami menawarkan servis autogate seperti baiki sliding autogate, baiki autogate untuk kilang, baiki autogate tak boleh buka, baikiautogate remote control, baiki autogate control panel atau pasang swing/ folding/ sliding autogate. Selain itu, kami sentiasa membawa bekalan bahagian alat ganti autogate yang penting dalam van servis kami, memastikan bantuan segera apabila anda memerlukannya. Hubungi Encik Sam 012 – 405 8791 dan https://www.youtube.com/@Eeautomation sekarang untuk keperluan membaiki autogate anda.

Syarikat Autogate Bereputasi – EE Automation
EE Automation mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki Tronica, autogate ZKRON autogate, FBM autogate, Dnor 212 autogate Dnor 712 autogate , Dnor Turbo 880 autogate, OAE 333a autogate, E8 autogate, DCMoto GFM 925, Legate, Jackpro autogate, Radion, AGT, DEA, Valet, Beninca autogate, BFT, Mag, Celmer, Gfroce dan banyak lagi.
Jika anda memerlukan servis pasang autogate baru berhampiran anda, EE Automation sentiasa sedia untuk datang membantu.





