Spare Parts Autogate Tersedia – Boleh Baiki Autogate Lama
Spare parts autogate ni sebenarnya sangat penting untuk jangka masa panjang. Bila kita pasang autogate, memang bukan sekadar fikir masa baru pasang sahaja, tapi kena fikir juga apa jadi kalau satu hari nanti autogate rosak. Sebab itu, untuk sesiapa yang nak buat pemasangan autogate baru, pastikan sistem autogate yang dipilih tu jenis autogate spare parts mudah nak cari. Jangan pilih autogate yang cantik atau murah sahaja, tapi bila rosak nanti, alat ganti susah nak dapat dan terpaksa tunggu lama.
Selain tu, penting juga untuk pastikan installer autogate yang pasang sistem tersebut memang ada simpan spare parts untuk model autogate yang mereka cadangkan. Bila ada masalah, dan autogate parts memang dah tersedia, kerja baiki boleh terus dibuat tanpa buang masa. Tak perlu tunggu berminggu-minggu, tak perlu tahan gate tak boleh buka tutup. Tukar parts yang rosak, test sikit, siap dan autogate boleh guna semula macam biasa.
Masalah biasanya jadi bila autogate rosak tapi spare parts tak ada langsung. Bila dah macam ni, kerja baiki jadi susah dan lambat. Takkan setiap kali autogate bermasalah kita nak tukar sistem baru pula, memang membazir. Jadi kalau installer asal tak dapat bantu atau tak ada spare parts, anda boleh terus hubungi EE Automation di 012-405 8791. Kami akan cuba bantu cari punca masalah dan cadangkan penyelesaian terbaik supaya autogate anda boleh berfungsi semula dengan cepat dan selamat.

Dnor Autogate Spare Parts Kami Masih Ada Walaupun Sudah Lama Pasang
Kami sentiasa cuba berikan after sales support yang terbaik untuk semua customer. Salah satu untuk customer kami di USJ Subang Jaya yang kami pernah pasang dnor autogate 712 dalam 8 tahun lepas. Dnor arm autogate sebelah kiri bergerak sedikit dan berhenti. Dari apa yang beritahu, pada mulanya customer risau tak dapat hubungi kami sebab sudah lama, tetapi dengan hanya satu panggil sahaja, customer dapat deal dengan kami untuk buat appoointment. Walaupun sudah lama, kami masih menggunakan no tel yang sama dan syarikat autogate masih stabil dari dulu singgah sekarang.
Selepas lakukan pemeriksaan dnor 712 arm autogate motor bermasalah dan customer minta kami ganti dengan dnor arm autogate baru dan original. Kami masih menyimpan dnor 712 arm autogate spare parts dan part dnor autogate lain juga.
Customer ada juga beritahu kami kepada ada beberapa kenalannya yang pakai dnor autogate selalu cepat bermasalah tapi customer punya yang kami pasang dnor autogate untuknya tak pernah ada masalah dalam jangka masa yang lama. Jawapannya, tengok siapa autogate installer tersebut, dnor autogate original baru ke yang mereka pakai dan betul ke cara pasang dnor autogate tersebut.

Kami Boleh Baiki Hampir Semua Model Dan Jenama Autogate
Sekiranya anda tengah cari servis autogate yang boleh dipercayai, terus je hubungi EE Automation di 012-405 8791. Dalam sehari, banyak lokasi kami boleh cover dari pasang Tronica® arm autogate baru di Lembah Klang, sampai baiki autogate rosak di seluruh Klang Valley. Dengan team yang berpengalaman, peralatan yang lengkap, dan stok spare parts untuk pelbagai jenama seperti Tronica®, Kron, FBM, OAE arm auto gate system, Dnor swing/folding autogate dan banyak lagi, kerja kami memang cepat dan berkesan. Tak kira masalah besar atau kecil, kami sentiasa sedia untuk bantu.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation




