Spare Parts Autogate Tersedia – Penyelesaian Pantas Bila Autogate Rosak

Spare Parts Autogate Tersedia – Penyelesaian Pantas Bila Autogate Rosak

Autogate sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan rumah di Malaysia. Dengan hanya menekan remote control autogate, pagar autogate boleh dibuka dan ditutup secara automatik tanpa perlu turun dari kereta. Ia bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada pemilik rumah.

Tetapi apabila autogate rosak, keadaan boleh jadi sangat menyusahkan. Ada yang tak boleh keluar rumah untuk pergi kerja, ada yang terpaksa buka pagar secara manual setiap hari, malah ada juga kes autogate tersangkut separuh jalan dan langsung tak boleh digunakan.

Ramai yang terus fikir penyelesaiannya ialah tukar satu set autogate yang baru. Sebenarnya, dalam kebanyakan kes perkara itu tidak perlu. Selalunya hanya satu komponen sahaja yang mengalami kerosakan dan boleh diganti.

Sebab itulah spare parts autogate tersedia memainkan peranan yang sangat penting. Bila technician mempunyai stok spare parts autogate yang lengkap, proses repair autogate menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih menjimatkan.

Kenapa Spare Parts Autogate Sangat Penting?

Ramai orang hanya fikir tentang harga semasa memasang autogate. Tetapi mereka jarang bertanya sama ada installer atau technician mempunyai stok spare parts apabila berlaku kerosakan pada masa akan datang.

Hakikatnya, perkara ini sangat penting kerana ia menentukan berapa cepat autogate anda boleh digunakan semula.

Apabila technician mempunyai spare parts yang lengkap, kebanyakan masalah boleh diselesaikan dalam satu lawatan sahaja tanpa perlu datang berkali-kali.

Reliable Autogate Services Puchong
Reliable Autogate Services Puchong

1. Tak Perlu Tukar Satu Set Autogate Baru

Ini adalah salah satu salah faham yang paling biasa. Ramai customer menyangka apabila autogate rosak, mereka perlu menggantikan keseluruhan sistem autogate. Hakikatnya, autogate mempunyai banyak komponen yang bekerja bersama-sama.

Contohnya:

  • Arm autogate
  • Main board autogate
  • Battery autogate
  • AC to DC transformer autogate
  • Receiver autogate
  • Remote autogate
  • Gear dan motor autogate
  • Roda autogate
  • Bracket dan aksesori lain

Selalunya hanya satu daripada komponen ini yang rosak. Kalau technician mempunyai spare parts autogate, mereka hanya akan menukar bahagian tersebut. Bahagian lain yang masih elok tidak perlu diganti. Cara ini jauh lebih menjimatkan berbanding membeli satu set autogate yang baru.

2. Repair Autogate Jadi Lebih Cepat

Bayangkan technician datang ke rumah anda. Mereka periksa autogate dan berjaya mengenal pasti masalah. Tetapi malangnya mereka tidak membawa spare parts. Jadi mereka perlu keluar mencari barang terlebih dahulu. Selepas itu, mereka perlu datang semula untuk membuat pemasangan.

Ini bermaksud anda perlu menunggu sekali lagi. Kadang-kadang mengambil masa beberapa hari.

Ada juga yang terpaksa tunggu seminggu atau lebih jika spare parts perlu ditempah daripada suppler autogate. Kalau technician memang sudah membawa spare parts yang diperlukan, semuanya menjadi lebih mudah.

Selepas pemeriksaan selesai, bahagian yang rosak boleh terus ditukar. Kerja repair autogate juga boleh disiapkan pada hari yang sama. Ini lebih menjimatkan masa dan mengurangkan kesulitan kepada pemilik rumah.

3. Kurangkan Kos Repair Autogate

Salah satu kelebihan utama apabila spare parts tersedia ialah kos baiki autogate menjadi lebih berpatutan. Daripada menukar keseluruhan sistem autogate, customer hanya perlu membayar untuk komponen yang rosak.

Sebagai contoh:

Battery autogate kong?

  • Tukar battery sahaja.

Transformer rosak?

  • Tukar transformer sahaja.

Remote autogate tidak berfungsi?

  • Gantikan remote atau receiver jika perlu.

Board autogate rosak?

  • Tukar board tanpa perlu tukar keseluruhan sistem.

Dengan cara ini, pelanggan boleh menjimatkan banyak kos.

4. Kurang Masa Menunggu

Tiada siapa suka menunggu lama apabila autogate rosak. Lebih-lebih lagi jika pagar autogate langsung tidak boleh dibuka atau ditutup. Jika installer tidak mempunyai stok spare parts autogate, mereka biasanya perlu:

  • Datang buat pemeriksaan.
  • Cari spare parts.
  • Buat tempahan dari supplier autogate jika barang tiada.
  • Datang semula untuk pemasangan spare parts autogate tersebut.
  • Proses ini boleh mengambil masa beberapa hari.

Tetapi jika spare parts sentiasa tersedia, kerja pembaikan boleh dilakukan dengan lebih cepat.

Autogate Spare Parts Ready Puchong
Autogate Spare Parts Ready Puchong

Tanda-Tanda Autogate Anda Mungkin Perlu Diservis Baiki

Kadang-kadang autogate masih boleh bergerak tetapi sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan.

Antara simptom yang biasa berlaku ialah:

  • Autogate tidak boleh buka atau tutup.
  • Autogate bergerak perlahan.
  • Bunyi motor menjadi lebih kuat daripada biasa.
  • Remote autogate tidak memberi sebarang tindak balas.
  • Salah satu arm tidak bergerak.
  • Autogate berhenti separuh jalan.
  • Lampu pada board berkelip tetapi motor tidak bergerak.
  • Battery autogate cepat habis.
  • Auto Gate sangkut ketika membuka atau menutup.

Jika anda mengalami salah satu simptom di atas, jangan tunggu sehingga kerosakan menjadi lebih serius. Lebih cepat pemeriksaan dibuat, lebih mudah dan lebih murah kos repair autogate.

Jenama Spare Parts Autogate Yang Kami Sediakan

Di EE Automation, kami menyediakan pelbagai jenis spare parts autogate untuk jenama yang biasa digunakan di Malaysia.

Antaranya termasuk Tronica, KRON, FBM, DNOR, OAE, DCMOTO, DEA, Beninca, FAAC, BFT, CAME, Nice, V2, Victor, Celmar, Comex, MAG, Valet, G-Force, Centurion, Fadini, Proteco, Aprimatic, Gibidi, King Gates, SOMMER, Roger Technology, Ditec, TAU, Good 1, Letron, Li-Gate, CEI, CPT, Techno, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Doormax, Aprigate, Powergates, Supermax, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, EPL, BCM, Gatium, Elock, Wheels.

Ini memudahkan technician kami membuat pembaikan autogate dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu stok sampai.

Kenapa Pilih EE Automation?

Di EE Automation, kami faham bahawa customer mahukan penyelesaian yang cepat apabila autogate rosak. Sebab itu kami sentiasa memastikan stok spare parts autogate sentiasa mencukupi.

Berbeza dengan sesetengah kontraktor yang hanya datang membuat pemeriksaan dan kemudian keluar mencari barang, technician kami akan membawa pelbagai spare parts yang biasa digunakan semasa datang ke rumah customer.

Jika kerosakan hanya melibatkan komponen tertentu, kami akan terus menggantikannya on the spot di lokasi, kadang tak smapai sejam pun masa yang diambil untuk satu servis baiki autogate. Pendekatan ini membantu mengurangkan masa menunggu dan mengelakkan customer daripada perlu membuat temujanji berulang kali.

Kami juga membantu customer membuat pemeriksaan sistem autogate, mengenal pasti punca kerosakan dan memberi cadangan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan autogate anda.

Matlamat kami bukan sekadar membaiki autogate, tetapi memastikan sistem autogate anda boleh digunakan semula dengan selamat dan tahan lebih lama.

Perlukan Servis Baiki Autogate?

Jika autogate rumah anda mengalami masalah, jangan tunggu sehingga kerosakan menjadi lebih teruk. Hubungi EE Automation untuk mendapatkan servis repair autogate, pemeriksaan kerosakan dan penggantian spare parts autogate yang berkualiti.

Kami juga menyediakan pemasangan autogate baru dengan jenama autogate terbaik, salah satunya Tronica® Autogate System.

EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tapi pastikan anda hubungi kami untuk dapatkan temu janji dulu, supaya kami sedia untuk melayani anda. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012 – 405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation