Stok Arm Autogate Spare Parts Tersedia – Boleh Tukar Arm Sahaja
Sekiranya kontraktor autogate lama dah tak aktif atau susah nak dihubungi, memang boleh buat kita rasa buntu. Lagi-lagi sekarang banyak bisnes kecil tak dapat bertahan lama, jadi bila autogate rosak, tak tahu nak cari siapa yang boleh dipercayai. Tapi jangan risau, kami masih aktif dan dah hampir 30 tahun dalam bidang ni. Sepanjang pengalaman kami, macam-macam jenis masalah autogate dah kami jumpa dan selesaikan, jadi anda boleh rasa lebih yakin bila serahkan pada kami.
Kami juga sentiasa pastikan stok spare parts mencukupi untuk pelbagai jenama autogate yang biasa digunakan di Malaysia. Contohnya macam masalah arm patah, motor tak berfungsi, board rosak atau roda pagar autogate haus, semua ni sebenarnya boleh dibaiki tanpa perlu tukar satu set baru. Kami akan check dulu punca sebenar masalah dan hanya tukar bahagian yang perlu sahaja. Cara ni bukan saja jimat kos, tapi juga lebih cepat siap tanpa perlu tunggu lama.
Ramai customer kami rasa lega bila tahu masih ada option untuk repair autogate, bukan terus kena tukar baru. Kami percaya, kalau benda masih boleh baiki, tak perlu membazir duit. Dengan pengalaman dan stok spare parts autogate yang sentiasa ready, kami boleh bantu selesaikan masalah autogate anda dengan lebih mudah. Kalau anda nak tanya apa-apa atau nak dapatkan anggaran kos baiki autogate, boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791. Kami sentiasa sedia untuk bantu.

Tukar 1 Unit OAE 333A Arm Autogate Dengan Tronica® Arm
Salah satu customer daripada Jalan PJU3/18H, Tropicana Indah Resort Homes , 47410 Petaling Jaya memerlukan servis baiki autogate arm sebelah kanan tidak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, pertama original autogate installer dulu memang sudah hilang, call tak dapat. Kedua customer call kontraktor autogate PJ tapi mereka tak datang lagi, terus cakap tak ada spare parts untuk arm autogate yang customer gunakan dan tak boleh tukar satu batang autogate arm dan minta customer untuk pasang autogate set baru. Ketiga, customer hubungi kami EE Automation, kami beritahu akan datang lakukan arm autogate troubleshooting dengan bersama autogate spare parts.
Asalnya customer menggunakan OAE 333A Arm Autogate, kami masih ada oae arm autogate tersebut tiada masalah untuk tukar autogate arm oae. Dan juga syorkan jenama autogate kami sendiri Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate harga autogate arm kami lebih rendah tetapi kualitinya lebih baik.
Customer buat keputusan untuk dapatkan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Jadi kami gantikan dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate untuk sebelah kanan. Nanti jika sebelah kiri pula rosak, akan hubungi kami untuk dapatkan arm autogate replacement.

Arm Autogate Specialist – Pasang Dan Baiki
Cepat dan berkesan servis autogate yang ditawarkan EE Automation. Cari sahaja auto gate near me untuk pasang dan baiki autogate anda. Kami sediakan membantu memberi penyelesaian untuk segala masalah autogate yang anda hadapi. Dengan team autogate specialist dan auto gate spare parts yang kami bawa, servis autogate terbaik sentiasa diberikan.
Kami menyediakan pelbagai autogate spare parts untuk banyak jenama autogate yang biasa digunakan di rumah-rumah sekitar Malaysia. Antara jenama yang kami selalu buat servis ialah Tronica®, KRON autogate, FBM, OAE 333A autogate, DNOR 712 autogate, DNOR 212, E8, Victor, MAG dan banyak lagi model lain. Semua spare parts autogate yang kami gunakan adalah baru dan original, bukan barang terpakai. Dengan adanya stok spare parts ini, kerja membaiki autogate boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Dalam banyak kes, customer hanya perlu tukar bahagian yang rosak sahaja tanpa perlu tukar keseluruhan sistem autogate.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate seperti autogate am repair, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard,pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System serta termasuk tukar roda autogate dan bearing pagar. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation





