Swing OAE Arm Autogate Rosak Akibat Baik Selepas Dilanggar

Swing OAE Arm Autogate Rosak Akibat Baik Selepas Dilanggar

Adakah anda terlanggar pintu pagar dan menyebabkan autogate mengalami kerosakan? Jangan risau, kami di EE Automation bersedia membantu anda! Kerosakan yang sering berlaku akibat terlanggar pintu pagar termasuk autogate yang tidak boleh menutup sepenuhnya, arm autogate yang patah, atau bracket autogate yang tercabut. Dalam sesetengah kes yang lebih teruk, keseluruhan pintu pagar boleh jatuh, menyebabkan gangguan besar pada sistem autogate anda.

Apabila masalah sebegini berlaku, penting untuk segera mendapatkan perkhidmatan pembaikan untuk memastikan sistem autogate anda kembali berfungsi seperti biasa. Kami menyediakan pelbagai jenis spare parts autogate, termasuk autogate arm yang berkualiti tinggi dan autogate bracket untuk menggantikan komponen yang rosak. Dengan stok alat ganti yang lengkap dan teknologi terkini, kami dapat memastikan autogate anda beroperasi dengan lancar dan selamat selepas pembaikan.

Jangan tunggu lagi! Segera hubungi kami untuk pemeriksaan dan penyelesaian cepat bagi kerosakan yang berlaku pada autogate anda. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri autogate, kami akan memberikan perkhidmatan pembaikan yang cekap dan berkualiti tinggi. Pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan baik dan memastikan keselamatan serta keselesaan anda terjaga. Hubungi EE Automation sekarang untuk pembaikan dan penggantian komponen yang rosak!

Repair Swing Autogate Cheras
Repair Swing Autogate Cheras

Kami Gantikan Dengan Tronica®898 Stainless Steel Arm Autogate Untuk Sebelah Kiri

Salah satunya customer daripada Jalan Selasih Taman Cheras, dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta, menyebabkan arm autogate bengkok dan hampir patah. Nasib baik hanya autogate arm sebelah kiri sahaja yang bermasalah dan customer asalnya menggunakan OAE 333a arm autogate. Ini merupakan customer lama yang kami pernah gantikan swing autogate board dan oae autogate control board. Sekarang ada masalah dengan arm autogate oae pula.

Untuk masalah oae arm autogate tersebut kami tak boleh repair, akan tukar satu batang arm autogate, bajet customer tidak terlalu tinggi dan oae 333a arm autogate baru original di spare parts agak tinggi. Kami tawarkan arm autogate dengan harga bajet tetapi ianya merupana heavy duty arm autogate. Kami syorkan Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate dan berikan harga. Apabila customer setuju, hari itu juga kami datang lakukan swing arm autogate replacement sebelah kiri, dari oae arm autogate ke Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate. Sekarang swing autogate berfungsi semula seperti biasa.

Stainless Steel Arm Autogate Cheras
Stainless Steel Arm Autogate Cheras

Servis Autogate Terbaik Berdekatan Anda

Cuma selepas ini atau dinasihatkan semua customer, walaupun anda terlambat, ingin cepat tak lama pun tunggu autogate terbuka penuh, tengok keadaan semasa mengundurkan kereta, jangan main undur sahaja, nanti terlanggar autogate lagi susah, kalau tak rosak tak apa, kalau rosak kenalah servis baiki autogate tersebut. Begitu juga yang nak masuk ke dalam rumah, pastikan autogate buka penuh dahulu dan berhati-hati masuk lebih-lebih untuk pintu pagar kecil, jangan sampai terlanggar autogate arm yang berada di bahagian bawah.

Adalah penting baginya untuk mencari autogate repair expert yang boleh menyediakan perkhidmatan autogate yang berkesan dan menjalankan pembaikan arm auto gate yang diperlukan. Mencari syarikat autogate yang terkenal berdekatan akan memastikan masalah autogate dapat diselesaikan dengan berkesan dan mencegah masalah pada masa depan. Kami mempunyai pelbagai jenama autogate arm seperti Tronica® Arm Autogate KRON, FBM, OAE, Dnor, E8, Cougar, Millie’s dan banyak lagi.

Bukan sahaja arm autogate, kami juga specialist in sliding autogate dan ada model sliding autogate terbaik iaitu Tronica® 1500S Sliding Autogate dan Tronica 2000S Sliding Autogate.

Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Cheras dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan Tronica® autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp juga atau https://www.youtube.com/@Eeautomation