Tukar 1 Unit Arm Autogate Dengan Model Autogate Lain
Kami menyediakan servis membaiki arm autogate untuk pelbagai jenis jenama dan model yang digunakan di rumah anda. Sama ada model autogate baru atau model autogate lama, pasukan kami berpengalaman untuk mengenalpasti punca kerosakan dengan cepat dan memberikan penyelesaian yang sesuai. Dalam banyak kes, tidak semestinya keseluruhan sistem autogate perlu ditukar. Jika hanya satu arm autogate yang rosak, kami boleh gantikan bahagian tersebut sahaja supaya sistem boleh berfungsi semula seperti biasa. Cara ini lebih menjimatkan kos dan pelanggan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu besar.
Bagi model autogate yang sudah lama dan sukar mendapatkan spare parts autogate di pasaran, kami biasanya akan cadangkan penggunaan model yang lebih tahan lama dan sesuai dengan kebanyakan jenis pagar. Antara pilihan yang sering menjadi cadangan ialah Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate dan juga Tronica® 929 Arm Autogate. Model ini terkenal dengan ketahanan, kekuatan serta prestasi yang stabil untuk kegunaan jangka masa panjang. Ia juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis pagar rumah seperti pagar swing gate yang biasa digunakan di kebanyakan rumah di Malaysia.
Selain itu, kami juga menyediakan stok spare parts autogate yang mencukupi supaya proses pembaikan boleh dilakukan dengan lebih cepat. Customer hanya perlu menukar bahagian yang rosak tanpa perlu menukar keseluruhan sistem. Sama ada perlu menggantikan satu unit arm autogate atau kedua-duanya sekali, kami akan pastikan kerja dilakukan dengan teliti, kemas dan selamat. Dengan cara ini, autogate anda boleh kembali berfungsi dengan lancar dan pelanggan dapat menikmati servis yang pantas, jimat dan berbaloi tanpa perlu risau tentang kos yang terlalu tinggi.

OAE Arm Tukar Dengan Tronica® Arm Autogate
Kami menerima panggilan daripada seorang customer di Jalan SM2B, Taman Sri Manja, BT 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya yang bertanya sama ada kami boleh gantikan arm autogate sebelah sahaja. Sebelum ini mereka sudah hubungi autogate installer asal yang pasang autogate tersebut, tetapi installer itu tidak dapat membantu kerana mereka sudah tidak menggunakan jenama autogate yang lama. Spare parts untuk arm autogate yang dipasang dahulu juga sudah tiada dalam stok mereka. Jadi pilihan yang mereka bagi kepada customer hanyalah tukar full set autogate system yang baru. Masalahnya, customer sebenarnya tidak mahu tukar keseluruhan sistem lagi kerana kebanyakan autogate parts dan autogate components yang lain masih berfungsi dengan baik. Malah, autogate remote receiver dan autogate remote control autogate mereka pun baru sahaja ditukar sebelum ini.
Nasib baik customer hubungi kami kerana memang itu antara servis yang kami selalu buat. Kami ada stok spare parts arm autogate, jadi kalau customer hanya mahu tukar satu side arm autogate sahaja pun tiada masalah. Untuk model yang customer gunakan iaitu OAE 333A arm autogate, sebenarnya kami masih ada spare parts. Namun selepas kami terangkan beberapa pilihan, customer akhirnya memilih untuk tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate kerana model ini kuat, tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Customer pun kata selepas ini kalau ada apa-apa masalah autogate, terus panggil kami sahaja kerana lebih senang dan tak perlu fikir untuk tukar keseluruhan sistem lagi.

Baiki Arm Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate
Kami menyediakan pelbagai autogate spare parts untuk banyak jenama autogate yang biasa digunakan di rumah-rumah sekitar Malaysia. Antara jenama yang kami selalu buat servis ialah Tronica®, KRON autogate, FBM, OAE 333A autogate, DNOR 712 autogate, DNOR 212, E8, Victor, MAG dan banyak lagi model lain. Semua spare parts autogate yang kami gunakan adalah baru dan original, bukan barang terpakai. Dengan adanya stok spare parts ini, kerja membaiki autogate boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Dalam banyak kes, customer hanya perlu tukar bahagian yang rosak sahaja tanpa perlu tukar keseluruhan sistem autogate.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate seperti autogate am repair, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard,pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System serta termasuk tukar roda autogate dan bearing pagar. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






