Autogate USJ – Tukar Sebelah Tronica® 929 Arm Autogate dan Bateri

Autogate USJ – Tukar Sebelah Tronica® 929 Arm Autogate dan Bateri

Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Ini adalah servis autogate hari sabtu lepas dimana customer ini adalah customer yang kami pasang autogate untuk beberapa tahun dahulu. Sejak 2019 kami lakukan pemasangan autogate untuk customer di Jalan Usj Heights 2/1C, Usj Heights, Subang Jaya, ini kali pertama customer hubungi kami dan ada masalah dengan sebelah kiri swing arm autogate buka separuh jalan, arm tak boleh buka penuh dan berhenti. Walaupun sudah lama customer masih simpan contact number autogate kami dan kami masih guna nombor autogate servis yang sama.

Sebelum datang kami akan terangkan pada customer, jika sebelah arm autogate rosak biasanya arm autogate itu telah rosak tapi kami akan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk pastikan betul-betul masalah autogate yang berlaku. Jika betul auto gate arm motor itu rosak, kami akan tukar 1 unit arm autogate baru dan kami hantarkan beberapa catalog autogate, pilihan customer adalah Tronica® 929 Arm Autogate.

Kami datang pada hari yang ditetap iaitu hari sabtu dimana customer hanya free pada hari itu. Ramai juga customer tanya boleh ke servis autogate hari sabtu? Autogate services on saturday? Boleh, kami boleh datang rumah anda pada hari sabtu tapi kena dapatkan appointment autogate cepat, takut nanti slot penuh.

Berbalik kepada customer tadi, setelah periksa kami sahkan yang arm autogate lama telah rosak, customer pun ada tengok sendiri kami buat apa. Jadi kami terus gantikan dengan Tronica® 929 Arm Autogate untuk sebelah kiri yang rosak, lagi satu bahagian autogate tambahan yang customer minta kami tukar iaitu backup battery autogate, katanya sudah lama dan autogate battery dah kong. Semua autogate parts yang diperlukan telah kami gantikan pada masa itu juga.

Tronica 929 Arm Autogate USJ
Tronica 929 Arm Autogate USJ

Servis Autogate Profesional Dengan Spare Parts Lengkap

Kami sangat tekankan servis selepas jualan. Sebab itu team kami sentiasa cuba respon dengan cepat dan bantu customer secepat mungkin. Tak kira sama ada autogate itu dipasang oleh kami atau kontraktor lain sebelum ini, kami tetap boleh datang periksa dan baiki masalah autogate tersebut.

Bila team EE Automation datang ke rumah customer, kami biasanya datang dengan persediaan lengkap termasuk spare parts sekali. Ini penting supaya kebanyakan masalah autogate boleh terus diselesaikan pada masa yang sama tanpa perlu tunggu lama. Team kami juga sudah berpengalaman dalam baiki pelbagai jenis masalah autogate, jadi kerja boleh dibuat dengan lebih cepat dan kemas. Kalau autogate rumah anda sedang bermasalah, jangan tunggu sampai jadi lebih teruk. Hubungi sahaja kami untuk buat temujanji, team kami sedia membantu supaya autogate anda boleh digunakan semula seperti biasa.

Tukar Bateri Autogate Subang Jaya
Tukar Bateri Autogate Subang Jaya

Autogate Rosak? Kami Sedia Baiki Pelbagai Jenis Jenama Autogate

Di EE Automation, kami sangat menitikberatkan kualiti setiap sistem autogate yang kami gunakan. Sebab itu kami hanya memilih produk autogate yang tahan lasak, berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Antara jenama autogate yang biasa kami gunakan termasuk Tronica®, KRON Autogate, FBM, OAE Autogate, Mexigate, DNOR 712, DNOR 212, DNOR 212K, E8, Victor, MAG, Digicraft dan banyak lagi. Untuk semua jenama ini, kami juga sentiasa menyimpan spare parts autogate supaya lebih mudah untuk melakukan pembaikan jika berlaku masalah. Bila ada spare parts, kebanyakan kerosakan autogate sebenarnya boleh dibaiki dengan hanya menukar bahagian yang rosak sahaja. Jadi customer tak perlu tukar keseluruhan sistem autogate yang baru setiap kali ada masalah. Ini lebih jimat kos dan lebih cepat untuk selesaikan masalah.

Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai servis baiki autogate untuk membantu customer yang menghadapi masalah autogate di rumah. Antara servis yang kami buat termasuk autogate general repair, tukar bateri autogate, autogate bunyi, autogate pelahan, repair remote autogate, suis autogate tak boleh guna, baiki motherboard autogate, tukar roda autogate, tukar bearing pagar, welding bracket autogate tercabut, pasang semula penyambung autogate, dan juga pemasangan autogate baru dengan jenama yang berkualiti seperti Tronica® Autogate System. EE Automation sudah hampir 30 tahun beroperasi dalam industri autogate, jadi kami memang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis masalah autogate. Kami juga mempunyai bengkel dan showroom sendiri di sekitar Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Jika anda ingin datang berjumpa atau buat pemeriksaan autogate, boleh hubungi kami dahulu untuk buat temujanji. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi atau WhatsApp Sam di 012-405 8791, dan untuk lihat lebih banyak info serta video berkaitan autogate, boleh juga lawati channel YouTube EE Automation.