Underground Autogate Adalah Sistem Autogate Pertama Digunakan
Selamat pagi, Good morning, 你好! Di OUG, memang banyak rumah teres yang guna sistem autogate bawah tanah, underground swing autogate daripada kami. Perjalanan kami bermula sejak tahun 2005 bila customer pertama pilih underground autogate system untuk rumah mereka. Sejak itu, kami dah pasang dan baiki macam-macam jenama autogate seperti Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Good 1, Powergates, Door Mex, X Gate, Supermax, Letron, Li Gate, Home Access, Am Gate, DC Max dan banyak lagi di seluruh Lembah Klang. Dengan pengalaman lebih 10–20 tahun, kami dah biasa handle pelbagai masalah dari kerosakan kecil sampai tukar sistem baru.
Underground autogate memang terkenal dengan ketahanan dia. Sistem ini tersembunyi di bawah tanah, jadi nampak lebih kemas dan tak ganggu design pagar. Sampai sekarang pun masih ada customer lama kami yang guna sistem underground autogate yang dipasang lebih 10 tahun dan belasan tahun lepas dan masih berfungsi dengan baik. Kalau buat maintenance secara berkala dan pastikan saliran air elok, sistem ini memang boleh tahan lama dan jarang ada masalah besar.
Walaupun begitu, ada juga customer yang pilih untuk tukar kepada sistem swing arm autogate sebab faktor kos baiki underground autogate yang tinggi dan tidak berbaloi, kemudahan servis dan lakukan renovation. Antara model yang jadi pilihan ialah Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica®-929 Arm Autogate System. Model ini sesuai untuk kebanyakan rumah teres dan lebih mudah untuk kerja penyelenggaraan pada masa akan datang. Apa pun pilihan anda, kami akan bantu cadangkan sistem yang paling sesuai ikut bajet dan keadaan rumah supaya autogate tahan lama dan berfungsi dengan lancar.

Sekarang Tukar Ke Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System
Sudah hampir 12 tahun customer di Jalan Hujan Emas 9, Taman OUG ini menggunakan Good 1 underground swing autogate yang kami pasang. Cumanya sekarang sudah mula ada masalah underground autogate sebelah kiri tak boleh tutup dan apabila kami lakukan pemeriksaan, Good 1 underground autogate gearbox telah rosak. Customer beritahu kami, anak customer tidak sengaja terlanggar pintu pagar, mungkin itu yang punca ada components autogate gearbox telah pecah.
Kami berikan customer dua penyelesaian untuk customer buat perbandingan mana satu yang lebih berbaloi. Pertama ingin terus membaiki sistem underground autogate lama atau dapatkan penyelesaian berpanjangan dengan sistem autogate arm baru. Dua-dua ini kami berikan harga dan kami boleh terus lakukannya. Customer masuk rumah berbincang dengan isterinya dan keluar dengan keputusan untuk pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Kata customer dia tidak mahu terus membaiki sistem autogate lama, lagipun banyak rumah jiran-jiran tidak menggunakan underground autogate lagi, mereka telah pasang auutogate baru menggunakan swing autogate arm.

Tronica® Adalah Salah Satu Jenama Autogate Terbaik 2026
Salah satu pilihan terbaik untuk autogate yang tahan lasak dan dapat diandalkan adalah Tronica® Arm Autogate System. Sistem autogate ini termasuk dalam kategori heavy-duty autogate arm, yang bermaksud ia direka untuk menangani tugas berat dan dapat beroperasi secara lancar dalam jangka masa yang panjang.
Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di OUG dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan Tronica® autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate.
Jika anda memerlukan perkhidmatan pemasangan atau pembaikan autogate berhampiran anda, EE Automation sentiasa sedia membantu. Kunjungi showroom kami di Bandar Puteri Puchong, Selangor untuk melihat demo produk dan meneroka rangkaian sistem autogate lengkap kami. Kami menawarkan pelbagai jenis sistem autogate termasuk sliding, swing, folding, heavy duty dan industri autogate motor, daripada jenama yang dipercayai untuk memenuhi setiap keperluan rumah atau perniagaan. Hubungi kami di 03-8052 1200 atau WhatsApp di https://wa.me/60124058791 hari ini untuk membuat temujanji atau dapatkan sebut harga percuma. Atau oleh ke youtube kami dan https://www.youtube.com/@Eeautomation






