Underground Autogate Lama Asyik Rosak? Ketahui Pilihan Lebih Berbaloi
Apabila customer hubungi kami dengan masalah underground swing autogate system, perkara pertama yang kami akan buat ialah bertanya dengan lebih detail tentang masalah yang dihadapi. Selalunya soalan kami, adakah kedua-dua belah underground autogate tak boleh buka atau cuma sebelah sahaja yang tak berfungsi. Ada juga kes di mana autogate boleh buka tapi hanya separuh jalan sahaja sebelum berhenti. Kami juga akan tanya berapa lama sistem itu sudah digunakan, sebab biasanya underground autogate yang sudah belasan tahun dipakai memang akan mula alami kerosakan serius. Untuk lebih jelas, kami akan minta customer hantar gambar supaya kami boleh lihat keadaan sistem autogate tersebut sebelum datang buat pemeriksaan.
Dari pengalaman kami, kalau masalah hanya berlaku pada satu side sahaja kemungkinan underground autogate gearbox motor telah rosak, ditambah pula sistem underground autogate itu sudah lama digunakan dan keadaannya agak teruk, kami tidak akan syorkan untuk baiki. Sebabnya, walaupun baiki sekarang, kemungkinan besar dalam masa terdekat akan rosak semula. Kadang-kadang bila satu bahagian dibaiki, bahagian lain pula akan mula bermasalah. Ini membuatkan kos baiki jadi tinggi tapi hasilnya tidak bertahan lama. Sebab itu kami selalu terangkan pada customer supaya mereka boleh buat keputusan yang bijak sama ada nak teruskan baiki atau tukar baru.
Untuk penggantian sistem yang lebih berbaloi, kami syorkan guna Tronica® Arm Autogate System sebagai alternatif terbaik menggantikan underground autogate lama. Sistem swing arm ini lebih tahan lasak, lebih mudah dijaga, spare part pun senang didapati. Yang paling penting, anda tak perlu risau tentang masalah air masuk seperti underground system sebab Tronica® Arm Autogate direka untuk tahan cuaca hujan atau panas. Jadi, kalau anda sedang alami masalah yang sama dengan underground autogate di rumah anda, jangan buang duit dengan baiki berkali-kali. Terus hubungi kami di 012–405 8791 untuk dapatkan nasihat dan pilihan autogate baru yang sesuai untuk anda.

Keputusan Pasang Tronica®-828 Stainless Steel Swing Arm Autogate System
Lagi sekali kami datang ke rumah customer ini di Puchong Jaya dimana customer pengguna Powergate Underground Swing Autogate System, sebelum ini kami pernah tukar underground auto gate mini dc motor sebelah kanan, tak lama pun, dalam beberapa bulan lepas. Dan kali ini customer hubungi kami semula dimana underground autogate dua-dua belah tak boleh buka. Kami datang lakukan pemeriksaan dan ada dua underground autogate parts yang rosak, iaitu underground autogate control panel dan underground autogate gearbox sebelah kiri pula rosak. Kali pertama customer hubungi kami lagi, kami sudah syorkan pasang autogate baru dan sudah terangkan pada customer tetapi customer memilih untuk baiki underground autogate tersebut terlebih dahulu. Sekarang apa bila rosak lagi, barulah minta kami pasang autogate baru.
Pemasangan autogate baru menggunakan Tronica®-828 Stainless Steel Swing Arm Autogate System. Masa itu juga kami boleh lakukan kerana semua autogate spare parts termasuk Tronica® autogate set baru kami bawa bersama.

Ramai Yang Sudah Tidak Menggunakan Underground Autogate System
Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, X Gate, DC Max, BCM, Gatium, Elock, DC Max, Am Gate, Home access. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica® Swing Arm Autogate System.
Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Ampang dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan Tronica® autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Hubungi 012 – 405 8791 dan https://www.youtube.com/@Eeautomation






