We Fix Arm Autogate Motor And Gate Bearing In Seri Kembangan

We Fix Arm Autogate Motor And Gate Bearing In Seri Kembangan

Kami boleh bantu baiki apa saja masalah autogate yang anda hadapi sama ada motor autogate rosak, PCB board bermasalah, remote control tak berfungsi, roda autogate jump off track, bearing gate longgar, pintu pagar tercabut atau bracket autogate patah. Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam bidang autogate, kami memang dah biasa jumpa pelbagai jenis kerosakan, kecil atau besar. Pengalaman inilah yang menjadikan kami lebih cekap dan tahu cara terbaik untuk selesaikan masalah autogate anda dengan cepat dan kemas.

Selalunya bila kami datang buat kerja pemasangan atau servis autogate, akan ada beberapa benda tambahan yang customer nak kami betulkan sekali contohnya nak tukar roda autogate, ganti bearing pagar atau hinge yang dah longgar. Tak ada masalah, sebab kami memang datang lengkap dengan spare parts autogate, jadi semua boleh siap dalam satu lawatan saja. Anda tak perlu tunggu hari lain atau cari kedai lain, kami boleh terus buat on the spot. Senang, cepat, dan jimat masa.

Kalau nak dibandingkan, ramai kontraktor lain cuma tahu baiki autogate motor sahaja, tapi bila melibatkan roda, trek, atau sistem mekanikal pagar, mereka mungkin tak ada kemahiran atau peralatan yang sesuai. Akhirnya anda terpaksa panggil kontraktor lain untuk selesaikan, dan itu dah tentu kos tambahan lagi. Tapi dengan EE Automation, anda tak perlu pening kepala semua jenis masalah berkaitan autogate kami boleh uruskan terus. Satu team, satu panggilan, semua masalah selesai!

Autogate Arm Repair Seri Kembangan
Autogate Arm Repair Seri Kembangan

Replace Tronica®828 Arm Autogate And Bearings For Right Side Gate

Servis baiki autogate motor kami diperlukan di Seri Kembangan dimana sebelah kiri swing autogate arm tidak berfungsi dan customer perlukan penggantian satu arm autogate yang tidak berfungsi akibat dilanggar dan ini adalah customer lama yang kami pasang swing autogate dalam 2019, sudah agak lama. Untuk gantikan sebelah arm autogate, kami menggunakan Tronica®-828 Stainless Arm Autogate yang sama seperti customer gunakan, walaupun sudah lama

Setibanya dirumah customer, kami perasan yang bearing pagar sebelah kiri bermasalah dan customer juga tahu mengenainya. Dari apa yang customer beritahu, dia menunggu kontraktor pagar hampir seminggu tak datang-datang, sampaikan autogate arm pun rosak. Kami tawarkan untuk lakukan swing gate bearing replacement, customer tidak sangka kami juga boleh lakukannya. Jangan biarkan masalah gate bearing berterusan, pintu pagar boleh jatuh.

Jadi dengan auto gate spare parts yang kami bawa, kami mulakan dengan replace bearing auto gate swing 2 unit untuk sebelah kiri atas dan bawah. Kemudian kami teruskan, dengan tukarkan Tronica®-828 Stainless Arm Autogate Baru.

Swing Auto Gate Repair Seri Kembangan
Swing Auto Gate Repair Seri Kembangan

One Stop Auto Gate Solution – Gate And Autogate

Dengan kami masalah auto gate motor dan auto gate bearing juga selesai.Untuk menggantikan gate bearing, memerlukan tenaga kerja yang mencukupi, mempunyai kepakaran dalam welding dan kena pastikan pintu pagar sama level. Setelah itu lakukan testing supaya semuanya bergerak dan berfungsi dengan baik. Hanya mereka yang pengalaman dan pakar boleh lakukannya.

Kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica® Autogate customer akan segera hubungi kami.

Jika anda memerlukan perkhidmatan pemasangan atau pembaikan autogate berhampiran anda, EE Automation sentiasa sedia membantu. Kunjungi showroom kami di Bandar Puteri Puchong, Selangor untuk melihat demo produk dan meneroka rangkaian sistem autogate lengkap kami. Kami menawarkan pelbagai jenis sistem autogate termasuk sliding, swing, folding, heavy duty dan industri autogate motor, daripada jenama yang dipercayai untuk memenuhi setiap keperluan rumah atau perniagaan. Hubungi kami di 03-8052 1200 atau WhatsApp di https://wa.me/60124058791 hari ini untuk membuat temujanji atau dapatkan sebut harga percuma.