We Fix Swing Auto Gate Bearing Damaged
Kami menawarkan servis pemasangan dan penggantian bearing untuk swing dan folding autogate. Ramai yang tak tahu, bearing ni memainkan peranan penting untuk pastikan pintu pagar buka dan tutup dengan lancar. Bila bearing haus atau rosak, autogate boleh jadi berat, berbunyi kuat, atau tak boleh tutup rapat. Kami ada pelbagai jenis dan saiz bearing yang sesuai dengan pelbagai jenis pintu pagar dari yang kecil sampai ke yang besar. Proses nak tukar bearing ni bukan senang sebab perlukan kepakaran, pengalaman dan peralatan lengkap, sebab tu tak semua installer atau repairer boleh buat kerja ni dengan betul. Tapi jangan risau, kami memang ada team yang berpengalaman dan cukup lengkap untuk bantu anda.
Sekiranya anda perasan pintu pagar tak tutup rapat, bergerak senget, atau ada bunyi pelik setiap kali buka dan tutup, itu tanda bearing dah mula rosak. Kadang-kadang kita tak ambil kisah sebab masih boleh guna, tapi kalau dibiarkan, ia boleh menyebabkan pintu jadi berat dan rosak lebih teruk. Malah, ada kes pintu boleh jatuh dari engsel bila bearing tercabut ini sangat bahaya terutamanya kalau ada kanak-kanak atau kereta berhampiran. Jadi bila nampak tanda-tanda macam ni, lebih baik terus panggil kami untuk periksa dan baiki sebelum jadi lebih parah.
Team kami akan datang buat pemeriksaan penuh, kenal pasti punca sebenar masalah dan cadangkan penyelesaian terbaik. Kami akan tunjukkan pada anda bahagian bearing yang rosak dan jelaskan apa yang perlu diganti. Dengan pengalaman kami dalam servis autogate bearing replacement, kami boleh pastikan pintu pagar anda kembali berfungsi lancar, senyap dan selamat digunakan. Tak kisah jenis autogate apa pun swing, folding, atau sliding kami sedia membantu supaya pintu pagar rumah anda kembali seperti sedia kala!

Supply And Replace 2 Units Gate Bearing
Servis auto gate bearing replacement kami diperlukan di Bukit Jelutong. Dari apa yang customer beritahu, pintu pagar autogate sebelah kanan jatuh dan customer perasan dibahagian penyambung bearing sudah tercabut. Itu yang customer mencari autogate contractor KL yang boleh fix gate bearing tersebut, dalam beberapa kontraktor autogate yang customer hubungi, hanya kami yang sediakan bearing autogate replacement. Yang lain tak buat tukar auto gate bearing, mereka tiada pengalaman dan peralatan. Seperti biasa kami akan minta customer hantarkan gambar gate penuh untuk kami tengok keadaan dan berikan harga untuk supply and replace 2 units gate bearing.
Kami menggantikan auto gate bearing untuk pagar sebelah kanan atas dan bawah. Keluarkan kedua-dua bearing autogate lama bermasalah dan welding/ pasang bearing gate baru. Sepanjang proses pintu pagar perlu dipegang, terdapat 2 technician yang pegang pagar dan seorang technician keluarkan dan pasang bearing gate tersebut. Kemudian kena pastikan level kedua-dua belah pagar adalah sama.

Best Autogate Solution By EE Automation
Tidak semua auto gate company in klang valley boleh repair autogate dan gate (bearing, roda, hinges, trek) dan jika panggil tukang besi mereka tidak tahu mengenai autogate anda. Sebabnya selepas bearing gate diganti, kemungkinan autogate motor perlu di adjust semula alignment dan levelnya, kena pastikan semuanya sama. Lebih baik panggil kontraktor yang tahu kesemua, yang menawarkan one stop autogate solution seperti EE Automation.
Cara yang efektif untuk cara baiki autogate dan betul kami gunakan untuk menyelesaikan masalah gate dan elakkan ia berulang kembali, kami hanya menggunakan high quality auto gate bearing wheels dimana ia merupakan buatan Malaysia. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.
Kami adalah pakar dalam bidang autogate dan berkomitmen untuk memberikan penyelesaian yang lengkap untuk semua masalah berkaitan autogate. Customer kami tidak perlu bimbang lagi kerana dengan kami, semua masalah autogate mereka akan diselesaikan dalam satu masa. Kami tawarkan penyelesaian autogate yang cukup termasuk pasang Tronica® autogate, baiki autogate control panel, autogate remote control repair, autogate arm repair, auto gate motor repair, gate bearing replacement, auto gate roller replacement, gate track replacement dan autogate welding services. Hubungi kami harini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp juga dan boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






