Autogate Tak Boleh Buka – Ada Cicak Mati Pada Motherboard Autogate

Autogate Tak Boleh Buka – Ada Cicak Mati Pada Motherboard Autogate

Masalah pada autogate control panel memang antara isu paling kerap berlaku pada sistem pagar automatik. Kadang-kadang ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal. Tiba-tiba sahaja autogate tak boleh buka, autogate tak boleh tutup atau bergerak separuh jalan. Antara punca biasa termasuk autogate board terkena kilat, elektrik trip, power surge, atau wiring yang sudah lama dan longgar. Bila bekalan elektrik tak stabil, komponen dalam PCB board atau IC board boleh rosak dan terus menjejaskan keseluruhan sistem autogate.

Selain faktor elektrik, keadaan sekeliling pun boleh jadi punca kerosakan. Ramai tak sangka serangga seperti cicak, semut dan lipas boleh masuk ke dalam kotak panel autogate dan menyebabkan litar pintas. Memang banyak kes bila buka cover autogate, nampak cicak mati melekat belakang control panel. Habuk yang terkumpul lama dalam kotak panel pun boleh ganggu prestasi board dan menyebabkan autogate jadi tak stabil atau selalu meragam.

Kalau autogate anda dah mula tunjuk tanda-tanda pelik atau terus tak berfungsi, jangan tunggu sampai rosak lebih teruk. Lagi cepat periksa, lagi mudah dan jimat kos untuk baiki. Kami sedia buat pemeriksaan dan kenal pasti punca masalah dengan cepat. Pelbagai jenis autogate motherboard dan IC board kami sediakan, ikut model dan jenis autogate anda. Harga autogate board pun berpatutan dan stok sentiasa ada, begitu juga autogate parts yang lain seperti autogate remote, autogate remote receiverm autogate transformer, autogate arm serta bahagian autogate yang lain. Kami bantu pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar, selamat dan tahan lama.

Repair Autogate Board Kepong
Repair Autogate Board Kepong

Kami Datang Troubleshooting dan Terus Tukar Motherboard Autogate Yang Rosak

Pada waktu malam kami dihubungi customer di Kepong yang ada masalah autogate tak boleh buka tiba-tiba. Dari apa yang customer beritahu, dia tidak dapat mencari original autogate installer, itu yang hubungi kami dengan mencari “autogate repair near me”. Masalah autogate tak boleh buka biasanya disebabkan autogate control board. Customer beritahu sebelum ini beberapa tahun lepas pernah menggantikan autogate motherboard. Kami set appointment untuk datang lakukan pemeriksaan.

Keesokkan hariannya, kami datang lakukan autogate checking, memang ada nampak kesan terbakar pada autogate control board, apabila kami periksa belakang board tersebut, terdapat cicak mati dan ada beberapa ekor cicak yang mati dalam kotak autogate tersebut, itu yang punca autogate board terbakar. Jadi kami telah gantikan autogate control panel yang baru, apabila tekan remote autogate untuk test autogate, kena tekan banyak kali remote baru boleh buka dan kena dekat dengan kotak autogate baru remote autogate boleh digunakan. Setelah kami periksa, autogate remote receiver juga telah rosak. Semua proses kami tunjuk pada customer supaya tiada salah faham dan ustomer setuju untuk kami gantikan autogate remote set ( 1 receiver & 3pcs remote control) yang baru. Sekarang autogate swing customer berfungsi semula dengan baik

Tukar Motherboard Autogate Kepong
Tukar Motherboard Autogate Kepong

Pakar Servis Baiki Autogate Untuk Anda

Sekiranya nak autogate tahan lama dan tak selalu rosak, memang penting pilih team yang betul-betul mahir dan berpengalaman. Di EE Autogate, kami fokus pada servis yang cepat, kemas dan berkesan supaya pelanggan tak perlu tunggu lama. Semua spare parts autogateyang kami guna adalah baru dan tulen, jadi lebih tahan dan kurang risiko rosak berulang. Kami biasa baiki pelbagai jenis masalah seperti autogate arm rosak, swing arm autogate, folding arm autogate, tukar roda autogate, baiki remote, repair control panel dan motherboard. Selain itu, kami juga buat pemasangan sistem autogate baru termasuk jenama Tronica® Autogate System yang memang terkenal dengan kualiti dan ketahanan.

EE Automation yang sudah hampir 30 tahun dalam industri, kami ada pengalaman luas dan rekod kerja yang terbukti. Operasi kami meliputi kawasan Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami ada bengkel dan showroom sendiri untuk pelanggan yang nak tengok produk atau bincang lebih lanjut, tapi lawatan adalah melalui temujanji sahaja untuk pastikan servis lebih teratur. Kalau autogate anda bermasalah atau nak pasang sistem baru, boleh terus hubungi Sam di 012-405 8791 atau 03-8062 5891, dan juga boleh WhatsApp untuk respon lebih cepat. Untuk lebih info dan video berkaitan servis kami, boleh lawati saluran YouTube rasmi di https://www.youtube.com/@Eeautomation