Masalah Arm Autogate Lemah Dan Tak Jalan?
Pernah tak alami situasi tekan remote autogate, tapi yang bergerak cuma sebelah je? Sebelah lagi kaku macam tak ada apa-apa berlaku. Kalau gate rumah jenis kecil, memang terus jadi masalah besar sebab ruang nak keluar kereta sempit. Nak tak nak, terpaksa turun kereta, buka manual pagar manual terlebih dahulu, kadang-kadang sampai kena cabut arm autogate yang rosak tu. Masa inilah rasa streess, lagi-lagi kalau tengah rushing nak hantar anak ke sekolah atau nak ke tempat kerja. Masalah ni nampak kecil, tapi cukup menyusahkan dan memang kerap berlaku di rumah-rumah customer.
Berdasarkan pengalaman kami, punca paling biasa ialah arm autogate yang dah lemah atau rosak. Ada yang motor dalam arm dah tak kuat, ada juga yang arm autogate gear haus atau komponen dalaman lain yang rosak. Tapi kami tak terus buat kesimpulan. Setiap kali servis, kami akan buat pemeriksaan dulu untuk kenal pasti punca sebenar. Dengan cara ni, kami boleh elakkan tersalah baiki dan pelanggan pun tak perlu keluarkan kos yang tak perlu. Kadang-kadang bukan arm, tapi masalah wiring, bateri atau setting control panel je.
Untuk mudahkan pelanggan, kami memang standby arm autogate spare parts untuk pelbagai jenama popular seperti Tronica®, Kron, Dnor 712, Dnor 212, OAE 333a dan beberapa jenama lain. Jadi kalau arm autogate memang dah rosak, kami boleh terus tukar di tempat anda tanpa perlu tunggu hari lain. Kalau model asal dah tak ada dalam pasaran pun tak jadi masalah. Kami boleh tukarkan kepada jenama lain yang serasi, contohnya satu side guna Kron dan satu side lagi masih guna Dnor yang masih elok. Control panel, transformer dan bateri biasanya masih boleh guna seperti biasa. Yang penting, autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan anda tak perlu lagi buka gate secara manual. Nak servis cepat, mudah dan jimat? Terus hubungi kami di 012-405 8791.

Tukar Arm Autogate – Dnor 712 Arm Autogate Spare Parts Tersedia
Banyak baru-baru ini kami lakukan servis baiki dnor autogate arm dan salah satunya di Putra Perdana Puchong ini menggunakan dnor autogate system tapi ada masalah sebelah tak boleh buka, untuk keluarkan kereta kami ajar untuk buka manual terlebih dahulu sebab customer urgent ambil anak sekolah. Kemudian kami datang lakukan pemeriksaan dnor autogate dan seperti dijangka sebelah dnor arm autogate tak berfungsi dan autogate parts yang lain masih okay.
Perkara pertama customer hubungi kami, terus tanya jika kami boleh baiki dan masih ada spare parts untuk dnor 712 arm autogate. Mestilah kami ada dan setelah lakukan pemeriksaan,kami dapati dnor 712 arm autogate motor rosak dan ada gear dalaman yang pecah. Dengan dnor 712 autogate spare parts yang kami, boleh terus gantikan dnor 712 arm autogate tersebut. Customer happy autogate nya masih dapat dibaiki tanpa menggantikan keseluruhan sistem.

Baiki Dan Tukar Arm Autogate
Masalah arm autogate boleh dikatakan berat juga, autogate arm yang bagus boleh tahan sehingga lebih 10 tahun. Sekiranya hanya sebelah sahaja arm autogate yang rosak, boleh diganti sebelah, tidak perlu ganti sistem autogate baru, tukar semua baru. Lebih-lebih lagi ada guna famous autogate brand, spare parts arm autogate mudah dapat dipasaran jadi boleh guna arm autogate yang sama. Tapi jika spare parts autogate arm anda tiada dipasaran, boleh sahaja ganti sebelah arm, tapi berlainan design dan model arm autogate tersebut. Sepanjang dalam industri autogate ini macam-macam jenama autogate kami telah kendalikan dan yang paling bagus adalah Tronica® Arm Autogate Systemn
Kami mempunyai auto gate spare parts untuk semua autogate model. Kami adalah autogate repair specialist dan auto gate repair expert, semua spareparts autogate kami, jadi anda tak perlu tunggu lama. Sekali kami datang, kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai. Pelbagai servis autogate yang kami tawarkan.
Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Puchong dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate tak boleh buka, baiki motherboard autogate, baiki autogate remote , folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali. Kami boleh selesaikan apa jua masalah autogate anda. Jika perlukan pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate serta Tronica 929 Arm Autogate System kepada anda yang mencari sistem autogate baru. Untuk lebih info hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 dan https://www.youtube.com/@Eeautomation






