Autogate Kilang Di Semenyih – Gantikan Sliding Auto Gate Motor, Roda & Trek
Mengendalikan autogate kilang adalah kepakaran kami sama ada untuk autogate installation for factory, baiki autogate kilang, factory auto gate roller replacement ataupun industrial auto gate track replacement. Kebanyakan industrial gate, pintu pagar kilang memang besar dan berat serta jenis yang double, jadi hanya mereka yang berpengalaman boleh lakukannya. Hubungi kami di 012 – 405 8791 untuk dapatkan sebut harga untuk kendalikan autogate kilang anda dan temu janji.
Walau apa juga keadaan, team kami akan sentiasa mencari jalan untuk selesaikan tugasan dengan baik seperti yang dijanjikan. Untuk menyelesaikan apa-apa tugasan, kerjasama adalah sangat penting, itu yang dipraktikan team kami. Tak semua gate & autogate kontraktor boleh handle pintu pagar industri, kilang yang besar dan panjang. Hanya mereka yang berpengalaman serta pakar autogate yang berani sahaja boleh buat job ini.
Ada sebuah kilang di Semenyih yang menghubungi kami untuk selesaikan masalah autogate nya dimana sliding autogate motor sudah tidak berfungsi dan apabila tolak tarik pagar manual, pintu pagar menjadi terlalu berat. Oleh itu ,customer minta kami untuk yang, pertama pasang sliding autogate motor baru dengan upgrade sliding autogate motor, ke motor autogate yang lebih besar. Kedua, menggantikan roda sliding autogate yang sudah berkarat serta bearing dalam telah pecah dan yang ketiga menggantikan sliding autogate track. Kami akui ini semua bukan kerja yang mudah, lebih-lebih lagi pintu pagar autogate kilang tersebut besar dan berat, tetapi team kami akan lakukannya.
Pasukan Kami Berjaya Menjadikan Autogate Kilang Ini Berfungsi Semula Dengan Lebih Lancar
Tenaga kerja yang banyak diperlukan. Kami mulakan dengan memasang sliding autogate track yang baru, sliding gate tersebut perlu diangkat untuk memasang besi angle disepanjang rail. Seterusnya, menggantikan industrial sliding auto gate rollers, kami menggunakan roda autogate saiz yang sama seperti yang asal. Sekarang sliding gate tersebut boleh ditolak dan ditarik dengan satu tangan sahaja. Kemudian kami lakukan pemasangan sliding autogate motor yang lebih besar dari sebelum ini iaitu KRON 3000 Sliding Autogate System yang boleh merupakan heavy duty sliding autogate series. Setelah semuanya selesai, kami lakukan testing dan sliding auto gate kilang ini bergerak dengan sangat lancar.
Daripada apa yang customer beritahu kami, ada beberapa syarikat autogate yang dihubungi sebelum ini, tetapi kesemuanya tak boleh lakukan, mereka hanya boleh pasang autogate motor sahaja, untuk gantikan roda dan track kilang mereka tak boleh buat. Tiada pengalaman dan tiada man power. EE Automation satu-satunya yang boleh dan berjaya selesaikan semua masalah autogate kilangnya.
Pilihan Autogate Teratas – 30 Tahun Pengalaman
Dengan 30 tahun industri autogate kami tengah pasang dan baiki beribu unit autogate, sama ada untuk autogate kilang ataupun autogate rumah. Pelbagai masalah telah kami hadap dan selesaikan, ini menjadikan kami lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Kami sentiasa berikan yang terbaik.
Kami gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Tidak kira jenama auto gates sliding system yang anda gunakan seperti G-force, KRON, FBM, Celmar, FAAC Auto Gate, FAAC Autogate, DEA Autogate sama ada untuk pemasangan dan baiki, kami boleh lakukannya dengan cemerlang. Untuk lebih info hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 batau oleh ke website kami www.eeautogate.com.my dan https://www.youtube.com/@Eeautomation
Perlukan Servis Baiki Atau Pasang Autogate Kilang?
Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini
Langkah 1: Tangkap gambar dan video (Ambil beberapa gambar dan video gate penuh serta kiri kanan gate)
Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 (Hantarkan gambar dan nyatakan masalah yang anda hadapi)
Langkah 3: Tetapkan temujanji (Selepas mengkaji masalag autogate anda, kami akan tetapkan temu janji)
Langkah 4: Baiki Autogate (Kami akan baiki autogate yang diperlukan dirumah anda)
Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.