Servis Baiki Sliding Autogate Lama – Autogate Tak Jalan Guna Remote

Servis Baiki Sliding Autogate Lama – Autogate Tak Jalan Guna Remote

Selamat pagi, Good morning, 你好! Apabila berlaku masalah autogate, selalunya perkara pertama yang customer akan buat ialah cari semula installer autogate yang pasang sistem tersebut dari awal. Sebab itulah hubungan jangka panjang sangat penting dalam servis autogate. Kami bangga kerana ramai customer lama, termasuk yang autogate mereka dipasang lebih 10 tahun lepas, masih hubungi kami bila perlukan servis atau pembaikan. Masalah yang biasa kami terima pula macam autogate tak boleh buka, autogate tersekat (stuck), remote tak berfungsi, atau autogate bergerak perlahan dan berbunyi pelik.

Untuk kes autogate tak boleh buka guna remote control, biasanya kami akan guide customer buat pemeriksaan ringkas dulu. Pertama sekali, kami akan tanya sama ada bateri remote masih ada atau tidak, dan minta tukar bateri baru sebagai langkah awal. Lepas itu, kami akan tanya sama ada autogate boleh dibuka menggunakan switch dalam rumah. Jika guna switch autogate boleh buka dengan elok, dan bateri remote sudah ditukar, selalunya masalah berpunca daripada autogate remote receiver yang rosak atau bermasalah.

Walau apa pun puncanya, kami tetap akan datang ke lokasi untuk buat pemeriksaan penuh. Kami tak sekadar datang tengok masalah saja, tapi siap bawa sekali autogate spare parts yang biasa diperlukan supaya kerja pembaikan boleh dibuat dengan cepat. Matlamat kami mudah, nak pastikan autogate customer boleh berfungsi semula dengan lancar dan selamat, tanpa buang masa tunggu lama. Sebab itu ramai customer lama masih percaya dan cari kami bila ada masalah autogate, walaupun selepas bertahun-tahun digunakan.

Sliding Autogate Remote Repair Shah Alam
Sliding Autogate Remote Repair Shah Alam

Guna Remote Autogate Bermacam Jenis Punca Receiver Cepat Rosak

Servis autogate kami diperlukan di Lorong Sri Cahaya 4, Jalan Sri Cahaya, Kg Melayu Subang, 40150 Shah Alam dimana autogate tidak boleh dibuka menggunakan autogate remote control tetapi guna suis autogate rumah boleh. Ini adalah customer kami yang kami ada pasang Gforce sliding autogate 6 tahun lepas dan ini kali pertama customer hubungi kami untuk masalah autogate. Kami minta untuk customer gantikan bateri remote autogate terlebih dahulu sebab sudah lama dan kami ajar cara untuk gantikannya. Walaupun sudah tukar autogate remote battery, tetap sama, autogate tak boleh buka menggunakan remote. Jadi kami datang lakukan pemeriksaan.

Kami datang pada hari yang sama dan setelah diperiksa, kami dapati customer menggunakan banyak remote autogate campur-campur, yang customer sudah buat duplicate remote autogate diluar dan remote autogate asal dari kami juga customer tidak pasti ada dimana. Daripada pengalaman kami, guna remote autogate berlainan jenis, berlainan kilang dan patern tak sama, boleh menjadi penyebab autogate remote receiver cepat rosak. Kami nasihatkan pada customer untuk tidak duplicate kunci remote autogate diluar, tolong dapatkan original dari kami.

Dengan autogate spare parts yang kami bawa, kami terus gantikan autogate remote set, dengan 1 receiver dan 3pcs remote autogate yang baru Remote autogate berfungsi semula untuk buka tutup pagar autogate.

Gforce Sliding Autogate Services Kg Melayu Subang
Gforce Sliding Autogate Services Kg Melayu Subang

Kami Akan Pastikan Autogate Anda Kembali Dikeadaan Berfungsi

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami di 012 – 405 8791 dan dapatkan servis autogate cepat, mudah dan berkesan. Kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dikeadaan asal, malah lebih lancar. Kami pakar dalam apa jua masalah autogate dan berikan penyelesai terbaik. Hanya cari autogate repair near me, kami berada seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Begitu juga dengan pemasangan autogate baru, kami syorkan Tronica® Autogate System.

Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki autogate Tronica®, KRON, FBM, Dnor 212, Dnor 712, Dnor Turbo 880, OAE 333a, E8, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate G force, Pintu autogate Celmer, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi.

EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation