Baiki Autogate Tak Boleh Buka Selepas Kilat Di Damansara

Baiki Autogate Tak Boleh Buka Selepas Kilat Di Damansara

Lagi sekali kami kerumah customer di Damansara Jaya. Pertama kami pergi dalam beberapa bulan masa itu customer hubungi kami untuk masalah swing arm autogate jam, jadi kami gantikan dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Jadi yang sebelah kanan guna Tronica® arm autogate kami dan yang sebelah kiri mengunakan swing autogate arm jenama asal. Semalam customer hubungi kami semula untuk masalah kedua-dua sebelah autogate tak boleh buka, customer suspect kena kilat sebab ada kilat kuat, satu rumah trip. Pagi itu bila nak buka autogate dah tak boleh. Itu yang customer terus hubungi kami untuk diagnosis masalah autogate yang dihadapinya.

Selalunya bila autogate kena kilat boleh merosakkan beberapa autogate komponen, jadi sebelum kerumah customer kami akan pastikan autogate spare parts seperti autogate board, autogate transformer, autogate transformer, battery autogate dan arm autogate dibawa bersama.

Setelah lakukan pemeriksaan, ada beberapa 2 komponen dalam kotak autogate itu rosak, pertama motherboard autogate dan kedua ac to dc autogate transformer dimana kedua-dua ada kesan terbakar, mungkin kena kilat. Masa buka kotak autogate itu pun kami ada nampak ada cicak dan sebelah kotak autogate ada semut hitam. Kami tunjuk pada customer dan minta dia bersihkan kawasan kotak autogate tersebut, risau autogate motherboard boleh rosak lagi akibat serangga.

Jadi sekarang kami gantikan swing autogate board baru, 12v autogate transformer dan customer juga minta kam tukar backup battery autogate. Dengan autogate parts yang kami bawa, boleh terus tukar dan masalah autogate pun selesai.

Swing Autogate Services Damansara
Swing Autogate Services Damansara

Punca Kerosakkan Pada Motherboard Autogate

Untuk pengetahuan anda, selain kilat, keadaan sekeliling pun boleh jadi punca kerosakan pada autogate. Ramai tak sangka serangga seperti cicak, semut dan lipas boleh masuk ke dalam kotak autogate motherboard dan menyebabkan litar pintas. Memang banyak kes bila buka cover autogate, nampak cicak mati melekat belakang control panel. Sarang semut yang terkumpul lama dalam kotak panel juga boleh ganggu prestasi board dan menyebabkan autogate jadi tak stabil atau selalu meragam.

Masalah pada autogate control panel memang antara isu paling kerap berlaku pada sistem pagar automatik. Kadang-kadang ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal. Tiba-tiba sahaja autogate tak boleh buka, autogate tak boleh tutup atau bergerak separuh jalan. Antara punca biasa termasuk autogate board terkena kilat, elektrik trip, power surge, atau wiring yang sudah lama dan longgar. Bila bekalan elektrik tak stabil, komponen dalam PCB board atau IC board boleh rosak dan terus menjejaskan keseluruhan sistem autogate.

Kalau autogate anda dah mula tunjuk tanda-tanda pelik atau terus tak berfungsi, jangan tunggu sampai rosak lebih teruk. Lagi cepat periksa, lagi mudah dan jimat kos untuk baiki. Kami sedia buat pemeriksaan dan kenal pasti punca masalah dengan cepat. Pelbagai jenis autogate motherboard dan IC board kami sediakan, ikut model dan jenis autogate anda. Harga autogate board pun berpatutan dan stok sentiasa ada, begitu juga autogate parts yang lain seperti autogate remote, autogate remote receiverm autogate transformer, autogate arm serta bahagian autogate yang lain. Kami bantu pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar, selamat dan tahan lama.

Repair Motherboard Autogate Damansara
Repair Motherboard Autogate Damansara

Pakar Servis Baiki Autogate Untuk Anda

Sekiranya nak autogate tahan lama dan tak selalu rosak, memang penting pilih team yang betul-betul mahir dan berpengalaman. Di EE Autogate, kami fokus pada servis yang cepat, kemas dan berkesan supaya customer tak perlu tunggu lama. Semua spare parts autogateyang kami guna adalah baru dan tulen, jadi lebih tahan dan kurang risiko rosak berulang. Kami biasa baiki pelbagai jenis masalah seperti autogate arm rosak, swing arm autogate, folding arm autogate, tukar roda autogate, baiki remote, repair control panel dan motherboard. Selain itu, kami juga buat pemasangan sistem autogate baru termasuk jenama Tronica® Autogate System yang memang terkenal dengan kualiti dan ketahanan.

EE Automation yang sudah hampir 30 tahun dalam industri, kami ada pengalaman luas dan rekod kerja yang terbukti. Operasi kami meliputi kawasan Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami ada bengkel dan showroom sendiri untuk pelanggan yang nak tengok produk atau bincang lebih lanjut, tapi lawatan adalah melalui temujanji sahaja untuk pastikan servis lebih teratur. Kalau autogate anda bermasalah atau nak pasang sistem baru, boleh terus hubungi Sam di 012-405 8791 atau 03-8062 5891, dan juga boleh WhatsApp untuk respon lebih cepat. Untuk lebih info dan video berkaitan servis kami, boleh lawati saluran YouTube rasmi di https://www.youtube.com/@Eeautomation