Baiki Beberapa Kerosakan Beninca Sliding Autogate Untuk Kilang

Baiki Beberapa Kerosakan Beninca Sliding Autogate Untuk Kilang

Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Minggu lepas, ada satu job autogate untuk kilang di Kota Kemuning. Maaflah baru update pasal kilang, busy sikit arrange customer untuk pasang dan baiki autogate. Ceritanya kilang ini adalah customer yang kami pasang Beninca YK Sliding Autogate System. Kami pernah pasang Beninca autogate serta lakukan sliding auto gate wheel replacement untuk dua kilang, satu di Jalan Anggerik Mokara Kota Kemuning dan satu di Taman Perusahaan Berjaya Shah Alam. Yang ada masalah sekarang kilang di Kota Kemuning itu.

Dari apa yang kilang ini beritahu pada awalnya, ada lori langgar pagar autogate sliding tersebut menyebabkan sliding autogate motor alignment sudah lari. Sudah beberapa hari jadi cuma person incharge outstation iaitu Mr Kent, kena tunggu beliau balik dulu dan sepanjang itu hanya guna pagar manual.

Pada hari Mr Kent sudah ada dan set appointment dengan kami. Sebelum itu kami sediakan spare parts autogate lain seperti sliding autogate board, sliding autogate remote receiver, sliding autogate remote control, sliding autogate capacitor serta sliding autogate gear rack. Kami lakukan pemeriksaan, untuk masalah alignment, kami perlu readjust autogate motor dan lakukan gear rack adjustment. Ada lagi masalah autogate lain dimana kami dapati sliding autogate board telah terbakar dan autogate remote receiver pun bermasalah, kami syak mungkin kena kilat dan kilang tak perasan sebab sudah unlock motor autogate untuk buka pagar manual. Kami tunjukkan pada Mr Kent dan berikan penyelesaian.

Pertama kami betulkan kedudukkan sliding autogate motor kemudian tukar sliding auto gate board baru serta sliding auto gate remote receiver. Semuanya dilakukan pada waktu yang sama dan masalah autogate Beninca selesaikan, kilang pun dapat beroperasi semula seperti biasa.

Service Repair Autogate Factory Shah Alam
Service Repair Autogate Factory Shah Alam

Spare Parts Beninca Sliding Autogate Tersedia

Kami rasa puas apabila melihat customer gembira masalah autogate dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Sebab itu pentingnya technician yang berpengalaman, berkemahiran dan penting juga spare parts autogate tersedia.

Anda pernah dengar Beninca Autogate? Beninca sliding autogate system memang terkenal sebagai salah satu motor autogate terbaik dari Itali. Di Malaysia, kami bukan saja jadi Beninca autogate supplier, tapi juga installer, repair service, dan jual Beninca autogate accessories. Ada banyak model yang kami sediakan seperti Beninca Bull 5, Beninca Bull 8, Beninca Bull 15, Beninca Bull 20, Beninca YK series motor, Beninca Bison 415v dan untuk swing atau folding autogate pula ada Beninca Bob 3024 arm autogate system. Kalau ada model lain yang anda nak tapi tak tersenarai, kami pun boleh usahakan.

Sama ada anda nak pasang autogate baru atau repair autogate Beninca lama, pasukan kami sedia bantu. Kami ada pengalaman pasang & baiki pelbagai model Beninca, termasuk kerja-kerja wiring, setting remote, dan ganti spare part original. Hubungi kami di 012–405 8791 untuk sebarang pertanyaan atau nak booking slot pemasangan. Kami pastikan anda dapat servis cepat, kemas, dan berbaloi untuk jangka panjang.

Beninca Sliding Autogate Services Shah Alam
Beninca Sliding Autogate Services Shah Alam

Pusat Servis Autogate Yang Diiktiraf – Servis Pasang Dan Baiki

Kami dengan bangganya merupakan pusat servis autogate rasmi yang diiktiraf untuk semua jenama utama autogate. Pasukan autogate pakar kami adalah khusus untuk servis membaiki autogate, menawarkan perkhidmatan segera seperti membaiki autogate motor, membaiki autogate remote, membaiki autogate pcb board, membaiki roda autogate, welding autogate serta penggantian gate bearing. Matlamat kami adalah memastikan autogate anda berfungsi dengan baik. Hasil pengalaman dan kemahiran teknikal yang kami miliki, kami menawarkan perkhidmatan membaiki autogate yang terbaik yang pesaing kami tidak mampu tanding.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate seperti autogate am repair, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard, pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System serta termasuk tukar roda autogate dan bearing pagar. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami. Pastikan ada hubungi kami dahulu untuk dapatkan appointment supaya kami sudah bersedia untuk tunjukkan pada anda produk autogate kami. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012 – 405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation