Baiki Dnor 712 Autogate Rosak Akibat Kilat Di Subang Jaya

Baiki Dnor 712 Autogate Rosak Akibat Kilat Di Subang Jaya

Anda mungkin telah perasan bahawa sejak beberapa minggu kebelakangan ini, setiap petang hujan lebat disertai dengan kilat yang sangat kuat. Kilat ini boleh merosakan peralatan elektrik termasuk autogate. Kami telah menerima banyak permintaan untuk servis autogate yang tidak berfungsi, yang disebabkan oleh kilat yang berlaku di Lembah Klang. Apabila autogate terkena kilat, kebiasaannya komponen yang rosak termasuklah control panel autogate, transformer autogate, remote receiver, atau lebih teruk lagi, kesemua komponen tersebut boleh rosak sekaligus. Dalam beberapa kes yang lebih serius, kami mendapati terdapat kesan terbakar pada komponen autogate yang disebabkan oleh kilat tersebut.

Apabila customer menghubungi kami dan memberitahu bahawa autogate mereka rosak selepas terkena kilat atau hujan lebat, perkara pertama yang kami akan tanyakan adalah sama ada berlaku trip atau blackout di kawasan rumah mereka. Kami juga akan meminta mereka untuk memeriksa MCB (Miniature Circuit Breaker), DB (Distribution Board), atau kotak elektrik atau kotak agihan utama untuk memastikan semua suis berada dalam keadaan “on” atau terangkat ke atas. Dalam banyak kes, masalah autogate yang tidak berfungsi ini sebenarnya disebabkan oleh gangguan pada sistem elektrik rumah yang kemungkinan disebabkan kilat itu tadi. Oleh itu, kami akan meminta customer untuk cuba melakukan reset autogate terlebih dahulu dengan cara mematikan bekalan elektrik rumah selama 15 minit sebelum menghidupkannya semula.

Dalam kebanyakan kes, autogate akan berfungsi semula selepas proses reset dilakukan dan ini menunjukkan bahawa autogate tersebut tidak rosak, sebaliknya ia hanya perlu diset semula. Kami percaya bahawa dengan memberi panduan ini kepada customer, ia dapat membantu mengurangkan keperluan untuk panggilan servis yang tidak perlu. Namun, sekiranya selepas reset masih tiada perubahan dan autogate tidak berfungsi, barulah kami akan menghantar pasukan teknikal kami untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut dan mencari penyelesaian yang tepat. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan servis yang terbaik dan jujur kepada pelanggan, kerana kepuasan dan keselamatan mereka adalah keutamaan kami.

Repair Dnor Autogate Cannot Open Putra Height
Repair Dnor Autogate Cannot Open Putra Height

Dnor Autogate Board Dan Transformer Rosak Terbakar

Kami banyak servis baiki autogate tak boleh buka disebabkan Kilat di area Subang Jaya, salah satunya customer di Putea Height ini dimana dnor 712 autogate tak boleh buka selepas hujan lebat dan customer beritahu kami masa itu terus hubungi original autogate installer Subang Jaya tapi mereka tak boleh datang, katanya outstation dan minta tunggu sehingga minggu depan tapi customer tak boleh tunggu, autogate tak berfungsi, susah untuk keluar masuk lebih-lebih lagi sekarang musim hujan. Yang syorkan kami adalah jiran customer, minggu lepas kami datang tolong jirannya betulkan autogate tanpa kami datang iaitu dengan minta tutup rumah punya elektrik dan selepas itu autogate berfungsi semula.

Customer baru kami ini juga telah tutup elektrik rumah tetapi autogate masih tidak berfungsi. Hari itu kami datang lakukan pemeriksaan dan dapati autogate control panel dan autogate transformer telah terbakar yang berkemungkinan besar berpunca daripada kilat. Dengan persetujuan customer, kami gantikan dengan kron auto gate control panel dan kron autogate transformer yang berkualiti tinggi. Semuanya dapat diselesaikan kurang daripada 1jam dan customer boleh menggunakan oae swing autogate nya seperti biasa.

Dnor 712 Autogate Repair Putra Height
Dnor 712 Autogate Repair Putra Height

Servis Autogate Cepat Dan Berkesan

Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate dengan semua auto gate spare parts yang kami ada untuk semua jenis dan jenama autogate. Kami juga menawarkan pemasangan autogate baru untuk jenama autogate terbaik KRON Autogate System Yang penting kami adalah reputable autogate company, yang boleh dipercayai. Kami buat long term business, jauh sekali nak buat penipuan. Semu autogate spare parts kami baru dan original, kami tak akan guna barang secondhand melainkan dengan persetujuan customer. Untuk lebih info, cepat hubungi team EE Automation.

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Subang Jaya dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate remote, baiki autogate tak boleh buka, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, pasang autogate baru dengan KRON 929 Arm Autogate System, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali.

Hubungi kami harini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp terus atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation untuk tengok kerja kami.

EE Automation Ialah Syarikat Autogate Yang Bereputasi

EE Automation mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki autogate ZKRON autogate, FBM, Dnor 212 vs 712 Autogate, Dnor Turbo 880 Autogate, OAE 333a Autogate, E8 Autogate, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate slidng G-force, Celmer sliding autogate, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi.

Jika anda memerlukan servis pasang autogate baru berhampiran anda, EE Automation sentiasa sedia untuk datang membantu.

Anda boleh menghubungi En Sam di talian 012 – 405 8791 atau whatsapp https://wa.me/60124058791

Kami akan memastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat. Sila kunjungi bilik pameran autogate kami jika anda ingin memasang smart autogate terkini seperti ZKRON Autogate System, FBM Autogate, Valet Autogate. Kron Autogate dan Dnor Autogate.

EE Automation & Technology Sdn Bhd:
Hubungi: 03- 8062 5891? 03 – 8052 1200
WhatsApp: https://wa.me/60124058791
Showroom: 33, Jalan Puteri 1/8, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.