Autogate Bermasalah? Dapatkan Servis Autogate Dipercayai & Cepat
Autogate anda tiba-tiba buat hal dan anda sedang cari syarikat autogate yang boleh dipercayai? Anda memang berada di tempat yang betul. Bila autogate rosak, ia bukan saja menyusahkan, tapi boleh ganggu urusan harian seperti nak keluar kerja, hantar anak sekolah atau terima tetamu. Perkara paling penting bila masalah berlaku adalah jangan panik. Setiap kerosakan biasanya ada punca, sama ada dari sistem, motor, wiring atau alat kawalan jauh. Yang penting, biar orang yang betul periksa supaya masalah tak jadi lebih teruk.
Langkah pertama selalunya adalah buat pemeriksaan atau troubleshooting untuk kenal pasti apa sebenarnya punca autogate bermasalah. Ada kes berpunca daripada pemasangan lama yang kurang kemas, ada juga sebab komponen sudah haus atau rosak selepas lama digunakan. Kalau masih boleh hubungi pemasang asal, itu satu kelebihan. Tapi kalau installer asal dah tak aktif atau susah dihubungi, jangan risau. Anda masih boleh cari syarikat autogate lain yang berpengalaman dan boleh beri servis yang jelas serta jujur. Pilihlah syarikat yang ada rekod kerja yang baik dan benar-benar faham sistem autogate.
EE Automation adalah antara pilihan yang sesuai jika anda perlukan servis autogate yang boleh diharap. Kami berpengalaman dalam membaiki dan menyelenggara pelbagai jenis autogate, serta cekap mengenal pasti masalah dengan cepat. Kami juga menyediakan spare parts autogate yang ready stock, jadi kebanyakan pembaikan boleh dibuat tanpa perlu tunggu lama. Harga servis kami berpatutan dan kami sentiasa utamakan kepuasan customer. Matlamat kami mudah, nak pastikan autogate anda berfungsi dengan baik semula supaya anda boleh guna dengan tenang dan selamat setiap hari.

2 Kali Servis Autogate Kami Diperlukan – Kali Tukar Motherboard Autogate
Service autogate kami diperlukan lagi di Jalan Up 3/2, Depuncak Ukay, Ukay Perdana, Ulu Kelang 68000 Ampang Selangor. Pertama dulu dalam 4 tahun lepas kami pernah menggantikan 2 unit arm autogate menggunakan FBM arm autogate. Sekarang customer hubungi kami semula dimana autogate tak boleh buka. Ingat lagi dulu customer tidak dapat cari original autogate installer, kami yang anda bantu, kiranya kami yang jaga autogate customer sekarang. Setelah set appointment, kami datang lakukan pemeriksaan.
setelah diperiksa kami dapati autogate control panel telah terbakar, mungkin disebabkan kilat. Customer juga minta kami gantikan bateri autogate baru, sebelum ini beberapa kali tiada elektrik kerana kerja-kerja pembaikan tiang elektrik dilakukan. Jadi autogate berfungsi menggunakan autogate backup battery, mungkin sekarang sudah kong. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, kami gantikan S3 swing autogate control board dan bateri autogate baru.

Kontraktor Autogate Dipercayai – Pasang Dan Baiki Autogate
Di EE Automation, kami berusaha yang terbaik untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk pelbagai jenama keperluan autogate. Kami di sini untuk menjadikan pengalaman autogate anda sebaik dan sebolehnya boleh dipercayai. Tanpa mengira jenama sistem autogate arm swing anda, sama ada ia Tronica, Dnor, KRON Autogate, OAE autogate, FBM Autogate, Jit-Arm, DC Moto Autogate, Jackpro Autoagte, E8 Autogate, RDS Autogate, Celmar, FAAC Auto Gate, Bennica Autogate, DEA Autogate, atau yang lain, kepakaran kami merangkumi kedua-dua perkhidmatan pemasangan dan pembaikan autogate.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation






