Fungsi Bateri Pada Sistem Autogate
Bateri autogate digunakan sebagai bekalan tenaga sandaran apabila bekalan tenaga utama, sumber elektrik untuk sistem autogate terputus. Apabila berlakunya pemadaman kuasa atau gangguan kuasa elektrik, sistem autogate secara automatik bertukar kepada bekalan kuasa bateri yang membolehkan autogate terus beroperasi. Walaupun tiada kuasa elektrik, autogate masih lagi boleh buka dan tutup dengan menggunakan kuasa daripada bateri.
Jenis bateri autogate yang paling biasa adalah bateri plumbum timah disaluti dengan voltan DC12V dan kapasiti 7ah. Spesifikasi ini merupakan standard yang sering digunakan untuk bateri autogate dimana memberikan bekalan tenaga yang sesuai untuk mengoperasikan motor pintu pagar dengan memberi kuasa kepada panel kawalan autogate semasa berlakunya kegagalan kuasa elektrik.
Berapa Lama Batteri Autogate Boleh Bertahan?
Berapa lama bateri autogate akan tahan sepanjang tiada elektrik? Bateri autogate ini direka untuk menyediakan tenaga yang mencukupi untuk memastikan sistem autogate berfungsi untuk jangka masa tertentu, bergantung kepada faktor-faktor seperti saiz pintu pagar, beratnya dan beraa kerap anda menggunakan autogate buka dan tutup. Kapasiti 7Ah adalah pilihan yang biasa, tetapi ia boleh berbeza bergantung kepada keperluan khusus sistem autogate dan cadangan pengilang.
Pastikan Bateri Autogate Diperiksa Secara Berkala
Penting untuk memastikan bateri autogate dijaga dan diperiksa secara berkala untuk pastikan ia dicas dan dalam keadaan baik untuk memastikan bekalan kuasa sandaran ada jika diperlukan. Mengikut panduan pengilang berkenaan penyelenggaraan bateri, pengecasan dan penggantikan akan membantu memaksimumkan jangka hayat dan prestasi bateri autogate.
Pilih Dan Cari Bateri Autogate Di Sumber Yang Tepat
Terdapat kemungkinan bahawa sesetengah bateri mengaku memiliki kapasiti 7Ah, tetapi mungkin tidak memenuhi spesifikasi tersebut secara sebenar. Oleh itu, adalah penting untuk berhati-hati dan memastikan anda membeli bateri autogate daripada sumber yang boleh dipercayai atau mengegar bateri autogate yang berlesen untuk mengelakkan daripada mendapatka produk bateri autogate palsu atau yang tidak memenuhi standard.
Kami menawarkan pelbagai jenis bateri autogate yang kini tersedia dalam stok kami. Jika anda memerlukan sebarang bateri autogate untuk dapatkan bateri autogate yang baru dan original hubungi kami di 012 – 405 8791 Pasukan kami dengan senang hati akan membantu anda dengan keperluan anda.
Pelbagai servis autogate yang kami tawarkan. Hubungi kami hari ini untuk info autogate percuma di 012 – 405 8791
Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini
Langkah 1: Hantarkan kepada kami gambar autogate anda serta masalah yang anda hadapi
Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Pasukan kami akan hubungi anda tetapkan temujanji untuk kami datang lakukan servis
Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.