Gantikan Underground Autogate Lama – Jenama Tronica® Autogate Sesuai
Kami telah banyak menjalankan pemasangan sistem autogate, terutamanya dari jenis underground swing autogate system ke Tronica® 929 Arm Autogate System. Pengalaman kami dalam industri ini membolehkan kami melihat sendiri bagaimana customer semakin sedar bahawa membaiki sistem autogate lama bukanlah pilihan yang paling berbaloi, terutamanya dari segi kos dan ketahanan. Walaupun proses baiki mungkin dapat menyelesaikan masalah sementara, namun kos yang terlibat sering kali lebih tinggi berbanding dengan membeli sistem baru yang lebih moden dan lebih tahan lama.
Di samping itu, ketahanan sistem autogate lama juga sering menjadi isu utama. Walaupun telah dibaiki, kebanyakan sistem autogate lama underground cenderung mengalami masalah berulang disebabkan oleh penggunaan komponen yang sudah usang. Sebaliknya, sistem seperti Tronica 929 Arm Autogate System menawarkan ketahanan yang lebih baik, prestasi yang lebih stabil, dan pengurangan keperluan penyelenggaraan. Dengan menggunakan sistem yang lebih baru, customer dapat menikmati kemudahan dan keselamatan yang lebih baik tanpa perlu risau tentang masalah yang berulang.
Tronica® Autogate Tahan Lama Dan Tahan Lasak
Seperti customer di Kota Damansara yang sebelum ini menggunakan Victor underground swing autogate system sudah lama juga jadi sekarang untuk pemasangan autogate baru customer mencari swing arm autogate system yang tahan lasak dan tahan lama sama seperti underground autogate yang digunakan sebelum ini. Yang diyakini customer adalah Tronica 929 Arm Autogate System kami sebabnya beberapa kenalan dan jiran juga menggunakan autogate heavy duty series iaitu Tronica®.
Tronica® 929 Arm Autogate Package
- Tronica® Heavy Duty Swing Arm x 2
- Autogate Control Board
- Transformer
- Backup Battery
- PVC Box
- Remote Control x 3
Kami mulakan pemasangan Tronica 929 Arm Autogate System. Kami dapati wiring push button ada masalah. Wiring autogate ini sudah lama, cable yang dipakai pun 1.5mm, bayangkan sudah belasan tahun cable berapa didalam tanah, lama-lama kulit wayar rosak akibat serangga didalam tanah. Sekiranya customer ingin gunakan switch autogate dalam rumah, perlu lakukan wiring autogate push button yang baru. Atau gunakan autogate remote kami untuk buka tutup tronica swing autogate system.
Naik Taraf Underground Autogate Anda Hari Ini
Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Bolehlah fikirkan untuk pasang autogate rumah baru sekiranya sistem autogate lama anda sudah lebih belasan tahun terutama untuk underground swing autogate system untuk comex, SE1, dkc, powergates, good 1, dc gate, ranger, ran-ger, Li gates, cpt, aprigate, cei, victor, door mex, mag, supermax, letron, snontec, am gate, DC Max, Xgate, wheels, chubb, door guard , 100 super A, DC gate, radeon, radion, epl, bcm, gatium, baxter, elock dan techno. Sekiranya selalu rosak, kami tidak begitu syorkan untuk baiki underground autogate lama lagi, memang tak berbaloi dari segi kos dan barang tersebut. Apa guna baiki sistem autogate lama sebab nanti ia akan tetap rosak semula dalam tempoh yang singkat. Ini yang kami terangkan kepada semua customer yang menggunakan underground autogate system.
Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Damansara dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan kron autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 dan https://www.youtube.com/@Eeautomation