Lama Dulu Guna Underground Autogate – Baru Sekarang Guna Tronica® Arm Autogate

Lama Dulu Guna Underground Autogate – Baru Sekarang Guna Tronica® Arm Autogate

Selamat pagi, Good morning, 你好! Sekarang ni ramai customer yang buat keputusan untuk terus tukar sistem autogate baru daripada asyik membaiki underground autogate lama. Bila fikir balik, memang lebih berbaloi sebab kos untuk baiki underground system ni kadang-kadang boleh jadi lebih mahal dari pasang baru. Lagi-lagi bila motor underground tu jenis yang lama, spare parts susah nak dapat dan harganya pula makin naik. Contohnya, hari ni tukar motor DC, tapi lusa tiba-tiba gearbox pula rosak. Dah jadi dua kali keluar duit, sedangkan kita pun tak tahu berapa lama sistem tu boleh bertahan lagi. Jadi, ramai yang dah tak nak ambil risiko dan terus pilih pasang autogate baru.

Kebanyakan pelanggan yang dulu pakai underground autogate jenama lama macam Comex, SE1, MAG, Good 1, Ranger, Techno, Elock, DKC, CPT, Victor, dan banyak lagi jenama lama-lama tu, sekarang ni semua dah mula tukar ke sistem autogate swing arm yang lebih moden. Sistem lama underground ni memang nampak kemas sebab tersembunyi, tapi dari segi maintenance memang agak susah. Bila rosak kena korek balik, masuk kos upah korek, kos spare part, lepas tu belum tentu boleh tahan lama lagi. Itu yang ramai dah serik dan mula cari solusi yang lebih praktikal, mudah diselenggara dan jangka hayat lebih panjang.

Sebab tu kami cadangkan untuk guna Tronica® Arm Autogate System, antara model yang paling ramai customer kami guna sekarang sebagai ganti sistem lama. Sistem ni senang pasang, senang baiki dan spare part pun sentiasa ada. Kalau rosak pun, technician boleh terus tukar arm tanpa perlu korek-korek tanah macam underground system. Dari segi prestasi pun power – buka tutup lancar dan sesuai untuk cuaca panas atau hujan. Ramai pelanggan yang dah guna sistem ni berpuas hati sebab tak perlu fikir panjang kalau ada rosak kecil, boleh terus baiki tanpa pening kepala.

Swing Autogate INstallation Cheras
Swing Autogate INstallation Cheras

Sudah 15 Tahun Guna Comex Underground Autogate – Tiba Masa Pasang Autogate Baru

Sudah hampir 15 tahun customer di Jalan SP 6/9, Taman Segar Perdana, Batu 9 Cheras, 43200 Selangor ini menggunakan Powergates underground swing autogate yang kami pasang. Cumanya sekarang sudah mula ada masalah underground autogate sebelah kiri tak boleh tutup dan apabila kami lakukan pemeriksaan, powergates underground autogate gearbox telah rosak. Customer beritahu kami, dia tidak sengaja terlanggar pintu pagar, mungkin itu yang punca ada components autogate gearbox telah pecah.

Kami berikan customer dua penyelesaian untuk customer buat perbandingan mana satu yang lebih berbaloi. Pertama ingin terus membaiki sistem underground autogate lama atau dapatkan penyelesaian berpanjangan dengan sistem autogate arm baru. Dua-dua ini kami berikan harga dan kami boleh terus lakukannya. Customer masuk rumah berbincang dengan isterinya dan keluar dengan keputusan untuk pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Kata customer dia tidak mahu terus membaiki sistem autogate lama, lagipun banyak rumah jiran-jiran tidak menggunakan underground autogate lagi, mereka telah pasang auutogate baru menggunakan swing autogate arm.

Install Tronica Autogate Cheras
Install Tronica Autogate Cheras

Jenama Autogate Terkenal Di Klang Valley

Kepada customer yang inginkan pemasangan autogate baru kami akan syorkan Tronica®Autogate System kerana autogate motor yang tahan lasak dan semua komponen berkualiti tinggi. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia.

Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Cheras dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan kron autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 atau https://www.youtube.com/@Eeautomation