Masalah Autogate Tak Boleh Buka atau Tutup? Mungkin Control Panel Rosak!

Masalah Autogate Tak Boleh Buka atau Tutup? Mungkin Control Panel Rosak!

Sekiranya autogate rumah anda tiba-tiba tak nak buka atau tutup, sama ada guna remote control atau suis dalam rumah, besar kemungkinan masalah datang daripada control panel autogate. Ini antara komponen paling penting dalam sistem autogate sebab dia yang kawal semua fungsi buka dan tutup pintu. Bila control panel rosak, autogate terus tak boleh berfungsi dengan betul. Dalam keadaan macam ni, jangan tunggu lama sangat, sebab kalau dibiarkan boleh jadi makin teruk. Terus saja hubungi kami di 012-405 8791, dan team profesional kami akan datang buat pemeriksaan serta baiki terus di tempat anda.

Ramai pelanggan kami alami masalah sama autogate langsung tak bergerak atau buka separuh jalan saja. Bila kami periksa, kebanyakan punca datang daripada autogate control panel terbakar, short circuit atau rosak akibat petir. Kadang-kadang, wiring autogate pun dah haus atau longgar. Sebab tu kami selalu bawa siap semua spare parts autogate, termasuk control panel untuk pelbagai model dan jenama, supaya tak perlu tunggu lama nak ganti. Bila sampai rumah customer, kami boleh terus tukar dan pastikan sistem autogate berfungsi semula macam biasa, cepat dan mudah.

Kami tahu betapa pentingnya autogate dalam kehidupan harian bukan saja untuk keselesaan, tapi juga keselamatan rumah dan keluarga. Jadi, bila autogate rosak, memang rasa tak selesa dan risau. Dengan pengalaman dan kepakaran team kami, anda tak perlu risau lagi. Kami bukan saja baiki, tapi juga akan periksa keseluruhan sistem autogate supaya tiada masalah berulang. Lepas servis, autogate anda akan berfungsi semula dengan lancar, dan anda boleh guna balik tanpa risau apa-apa.

Dnor Autogate Repair Klang
Dnor Autogate Repair Klang

Kes Dnor 712 Autogate Terbakar – Kami Ganti Dengan Control Panel Baru & Selesaikan Masalah!

Baru-baru ni kami dapat panggilan daripada seorang customer di Klang yang ada masalah dengan Dnor 712 autogate. Katanya autogate rumah dia langsung tak boleh buka. Sebelum tu, dia dah minta tolong kawannya cuba betulkan. Kawan dia periksa dan dapati pcb board autogate dah rosak, jadi dia pun ambil masa dua hari nak cari spare part autogate motherboard baru. Tapi bila dah pasang dan cuba tekan remote untuk test, tiba-tiba board autogate tu terbakar! Masa tu lah customer buat keputusan untuk cari pakar autogate area Klang, dan akhirnya hubungi kami di EE Automation.

Bila kami sampai, kami terus buat pemeriksaan penuh dan sahkan yang autogate control panel memang terbakar sebab ada sambungan wayar transformer yang salah. Kami terus tukarkan dengan S3 autogate control panel baru yang lebih tahan dan berkualiti tinggi. Masa test balik sistem autogate tu, kami perasan pula remote autogate kadang berfungsi, kadang tak. Bila diperiksa, rupanya receiver remote pun dah rosak. Kami terus ganti dengan 433MHz remote receiver baru dan lepas semua siap dipasang, autogate Dnor 712 customer berfungsi dengan sempurna semula.

Customer pun lega sebab tak perlu tukar satu set autogate baru, sebab sistem Dnor 712 dia masih boleh digunakan lagi buat masa ni. Cuma dia cakap kalau nanti autogate tu rosak lagi, dia akan terus upgrade ke Tronica® Arm Autogate System yang lebih kuat dan tahan lama. Kami pun nasihatkan supaya selalu servis dan jaga wiring autogate supaya tak berlaku masalah sama lagi. Sekarang semuanya dah okay, autogate buka tutup dengan lancar!

Repair Autogate Motherboard Klang

Syarikat Autogate Terbaik – Technician Pengalaman Dan Spare Parts Tersedia

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Klang dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, baiki autogate remote, baiki autogate tak boleh buka, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali. Kami boleh selesaikan apa jua masalah autogate anda.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation