Nak Autogate Baru Yang Lebih Tahan Lama?
Biasalah kalau sistem autogate lama mula tunjuk tanda-tanda nak rosak — kejap boleh buka, kejap sangkut, remote tak function, atau gate tiba-tiba tak gerak langsung. Bila benda ni jadi terlalu kerap, ia memang boleh kacau rutin harian. Nak keluar hantar anak sekolah, pergi kerja, atau balik malam pun boleh tergendala. Kalau anda dah alami situasi macam ni, itu tanda jelas dah tiba masa untuk tukar ke sistem autogate baru yang lebih stabil dan boleh dipercayai, macam Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System yang memang tahan lasak dan berkualiti tinggi.
Ramai juga pelanggan kami yang datang sebab dah serik dengan autogate lama — ada yang banyak kali repair tapi masih bermasalah, ada juga yang tak dapat bantuan dari installer lama bila dah rosak. Sebab tu penting untuk cari syarikat autogate yang dipercayai dan berpengalaman, bukan sekadar pasang je lepas tu lesap. Kalau anda tengah survey atau nak lihat sendiri produk sebelum buat keputusan, boleh datang ke showroom kami. Tapi pastikan hubungi kami dulu untuk set appointment supaya kami boleh layan anda dengan sebaiknya dan beri penerangan penuh.
Dekat showroom, anda boleh pegang sendiri dan tengok dengan lebih dekat autogate yang kami tawarkan – termasuk motor, arm, control board, remote dan semua komponen penting. Kami hanya guna parts yang berkualiti tinggi dan terbukti tahan lama, sebab kami tahu autogate ni bukan pakai setahun dua je. Lagi satu, kalau syarikat tu ada showroom sendiri dan dah lama dalam industri, itu tanda mereka serius dalam bisnes ni dan anda tak perlu risau pasal servis lepas jualan. Kami akan sentiasa ada kalau anda perlukan bantuan, sama ada untuk pemasangan baru atau servis baik pulih.
Tukar Autogate Lama Yang Sering Rosak ke Tronica® Stainless Steel Autogate
Baru-baru ini, kami dihubungi oleh seorang customer dari Taman Meluri, Cheras yang pada mulanya hanya ingin baiki bracket autogate yang patah. Bila kami minta gambar untuk lihat keadaan sebenar, rupa-rupanya bukan bracket saja yang rosak — arm autogate pun dah patah, tapi customer tak perasan. Bila kami maklumkan tentang kerosakan tu, kami cadangkan untuk tukar satu batang arm sahaja, tapi selepas berbincang, customer buat keputusan nak tukar terus satu set autogate baru. Katanya sistem lama tu dah banyak kali rosak dan dah tak puas hati – sampai pemasang asal pun tak nak bertanggungjawab bila dipanggil semula.
Customer kemudian datang ke showroom kami untuk tengok sendiri model Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System yang kami cadangkan. Dia sangat tertarik bila nampak banyak model autogate dan spare parts yang kami ada – semua lengkap, tersusun dan berkualiti tinggi. Ini buat dia lebih yakin untuk terus buat bayaran dan set appointment pemasangan. Kami datang ikut tarikh yang dijanjikan, pasang dengan teliti, dan buat semua testing. Bila customer dah puas hati dengan hasil kerja dan sistem baru berfungsi dengan baik, barulah kami beralih ke customer seterusnya. Kepuasan pelanggan sentiasa jadi keutamaan kami.
Pasang & Baiki Autogate dengan Cepat, Mudah dan Terbaik!
Kalau autogate anda dah mula buat hal atau rosak tiba-tiba, jangan tunggu sampai makin teruk. Kami sedia bantu anda dengan servis repair dan pemasangan autogate di kawasan Cheras dan seluruh Lembah Klang. Juruteknik kami memang berpengalaman dan tahu cara repair autogate dengan cepat dan berkesan, tak ambil masa lama pun. Untuk pemasangan baru pula, kami guna cara pasang autogate yang betul dan kemas, bukan main pasang saja. Kami memang sangat recommend guna Tronica® Arm Autogate System, model terbaik 2025 yang tahan lama dan datang dengan promosi siap pasang. Memang berbaloi!
Kami sediakan pelbagai servis autogate – dari pasang dan baiki arm autogate, ganti remote control, adjust lengan autogate, tukar bateri, sampai ke kerja welding dan baiki trek untuk sliding gate. Tak kira jenis gate rumah atau gate kilang, kami ada penyelesaiannya. Yang penting, anda cuma perlu angkat telefon, WhatsApp kami di 012–405 8791 atau klik terus link ni: https://wa.me/60124058791
EE Automation Ialah Syarikat Autogate Yang Bereputasi
EE Automation mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki autogate ZKRON, FBM, Dnor 212, Dnor 712, Dnor Turbo 880, OAE 333a, E8, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate G force, Pintu autogate Celmer, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi.
Kami akan memastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat. Sila kunjungi bilik pameran autogate kami jika anda ingin memasang smart autogate terkini seperti Tronica® Autogate System, FBM Autogate, Valet Autogate. Kron Autogate dan Dnor Autogate.
EE Automation & Technology Sdn Bhd:
Hubungi: 03- 8062 5891// 03 – 8052 1200
WhatsApp: https://wa.me/60124058791
Showroom: 33, Jalan Puteri 1/8, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.