Autogate Bangi – Sebelah Pagar Autogate Tak Boleh Tutup
Good day! Selamat sejahtera, 您好, Vanakkam! Sebelah pagar autogate tak boleh tutup, boleh tolong ke? Itu yang diberitahu customer daripada Bangi ini apabila beliau menghubungi kami. Dalam tengahari customer hubungi kami dimana ada masalah dengan arm autogate sebelah kanan tak boleh tutup, jadi seperti biasa kami minta hantarkan gambar arm autogate terlebih dahulu dan customer menggunakan Italianor arm autogate.
Biasanya apabila sebelah autogate sebelah tak jalan, kemungkin besar autogate arm itu rosak. Kami akan datang lakukan autogate pemeriksaan terlebih dahulu, jika betul arm autogate itu rosak, kami akan tukar 1 batang arm autogate yang baru.
Cumanya autogate arm yang customer ini gunakan, memang tiada spare parts dipasaran, boleh kalau nak tukar satu unit arm autogate tetapi guna model autogate yang lain. Kami syorkan guna Tronica® 929 Arm Autogate atau Tronica® 727 Arm Autogate, kedua-dua arm autogate ini heavy duty autogate arm, kami share kan catalog dan berikan harga arm autogate tersebut. Kami juga beritahu yang different model arm autogate, after tukar mungkin nanti speed tak sama, tak synchronize.
Pilihan customer adalah Tronica® 929 Arm Autogate, customer lebih tertarik dengan designnya, walaupun harga Tronica 929 lebih tinggi. Customer setuju nak kami buat dan minta kami secepat mungkin. Itu yang selepas customer Seri Kembangan untuk tukar folding arm autogate Tronica, customer ini memang dah buat appointment sehari sebelum. Barulah kami ke Kajang.

Arm Autogate Spare Parts Ada – Jangan Risau
Macam mana dengan spare parts arm autogate, cukup ke? Technician kami memang sentiasa bawa autogate spare parts seperti autogate arm, autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver serta spare parts autogate lain setiap hari semasa melakukan service autogate. Jadi jika ada customer last confirm last minit, kami boleh datang terus dan jika ada bahagian autogate yang perlu digantikan, kami boleh terus lakukannya.
Berbalik pada customer Bangi tadi, apabila sampai dirumah customer, kami terus lakukan pemeriksaan dan sahkan yang swing arm autogate sebelah kanan telah rosak. Seperti yang dibincangkan, kami tukar 1 unit arm autogate motor lama yang rosak dengan Tronica® 929 Arm Autogate. Walaupun tak sama model dengan yang asalnya, lancar sahaja swing autogate tersebut bergerak dan customer berpuas hati dengan servis autogate kami cepat dan harga berpatutan. Customer kata nanti jika autogate arm sebelah kanan pula rosak, kami hubungi kami semula.
Terima kasih kepada customer yang mempercayai kami untuk urusan autogate mereka. Kami cuba sebaik mungkin untuk selesaikan semua masalah autogate anda.


Servis Autogate Yang Dipercayai – EE Autogate
Kami boleh gantikan arm autogate lama anda dengan jenama lain yang sesuai. Contoh, kalau sebelah kanan rosak, boleh tukar dengan Tronica® autogate arm, manakala sebelah kiri yang masih okay terus guna balik arm asal. Tapi kalau anda rasa kurang selesa guna arm autogate berlainan jenama, boleh juga tukar kedua-duanya sekali supaya nampak lebih seimbang dan seragam. Pilihan semua di tangan anda kami akan sesuaikan ikut bajet dan keselesaan anda.
Di EE Automation, kami sangat menitikberatkan kualiti setiap sistem autogate yang kami gunakan. Sebab itu kami hanya memilih produk autogate yang tahan lasak, berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Antara jenama autogate yang biasa kami gunakan termasuk Tronica®, KRON Autogate, FBM, OAE Autogate, Mexigate, DNOR 712, DNOR 212, DNOR 212K, E8, Victor, MAG, Digicraft dan banyak lagi. Untuk semua jenama ini, kami juga sentiasa menyimpan spare parts autogate supaya lebih mudah untuk melakukan pembaikan jika berlaku masalah. Bila ada spare parts, kebanyakan kerosakan autogate sebenarnya boleh dibaiki dengan hanya menukar bahagian yang rosak sahaja. Jadi customer tak perlu tukar keseluruhan sistem autogate yang baru setiap kali ada masalah. Ini lebih jimat kos dan lebih cepat untuk selesaikan masalah.
Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai servis baiki autogate untuk membantu customer yang menghadapi masalah autogate di rumah. Antara servis yang kami buat termasuk autogate general repair, tukar bateri autogate, autogate bunyi, autogate pelahan, repair remote autogate, suis autogate tak boleh guna, baiki motherboard autogate, tukar roda autogate, tukar bearing pagar, welding bracket autogate tercabut, pasang semula penyambung autogate, dan juga pemasangan autogate baru dengan jenama yang berkualiti seperti Tronica® Autogate System. EE Automation sudah hampir 30 tahun beroperasi dalam industri autogate, jadi kami memang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis masalah autogate. Kami juga mempunyai bengkel dan showroom sendiri di sekitar Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Jika anda ingin datang berjumpa atau buat pemeriksaan autogate, boleh hubungi kami dahulu untuk buat temujanji. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi atau WhatsApp Sam di 012 – 405 8791, dan untuk lihat lebih banyak info serta video berkaitan autogate, boleh juga lawati channel YouTube EE Automation.






