Autogate UEP Subang – Sebelah Swing Arm Autogate Tak Berfungsi

Sebelah Swing Arm Autogate Tak Berfungsi

Selamat pagi, Good morning, 你好! Kami memang hampir setiap hari buat kerja servis, baiki dan tukar arm autogate yang rosak. Sama ada rosak sebelah atau kedua-dua arm autogate, kami boleh bantu. Dalam banyak kes, tak perlu tukar satu sistem autogate penuh pun cukup tukar arm autogate sahaja. Komponen lain seperti autogate control board, autogate transformer dan remote autogate masih boleh digunakan semula, jadi lebih jimat kos untuk anda. Biasanya arm autogate yang dah lama digunakan memang akan mula lemah atau rosak, itu perkara biasa.

Selain faktor usia, antara punca paling kerap arm autogate rosak ialah kena langgar. Selalu jadi bila kereta terundur tanpa perasan, terus terkena pada arm sampai bengkok atau patah. Bila jadi macam ni, bukan setakat arm autogate rosak, ada kes sampai keseluruhan pagar jatuh. Lagi-lagi kalau pagar jenis kecil atau ruang sempit, memang kena extra berhati-hati masa nak masuk dan keluar kereta.

Kalau autogate anda ada masalah, jangan risau. Kami di EE Automation sedia bantu check dan bagi penyelesaian yang paling sesuai dengan keadaan autogate anda. Kami akan cadangkan sama ada perlu repair atau tukar bahagian tertentu sahaja supaya anda tak perlu keluarkan kos yang tinggi. Yang penting, autogate kembali berfungsi dengan lancar dan selamat digunakan setiap hari

Swing Arm Autogate Repair Subang
Swing Arm Autogate Repair Subang

Lepas Kena Langgar Arm Autogate Buka Separuh Jalan

Ini adalah customer kami daripada UEP Subang Jaya yang kami pasang full set fbm autogate dalam 5 tahun lepas dan sekarang ada masalah autogate arm sebelah kiri buka separuh jalan dan berhenti. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas arm autogate ini kena langgar, tapi selepas itu masih berfungsi cuma ada arm autogate bunyi kuat dan sekarang langsung tidak berfungsi. Customer terus hubungi kami minta kami ajar cara untuk release arm autogate supaya boleh buka pagar manual terlebih dahulu sebab ada pergi ke Negeri Sembilan ada kenduri. Dulu pun kami pernah ajar, tapi customer terlupa. Tunggu customer balik rumahnya baru kami datang lakukan pemeriksaan.

Hari ini kami datang lakukan pemeriksaan dan sahkan yang autogate arm sebelah kanan itu motornya telah rosak , ada arm autogate gear telah pecah serta bahagian depan arm autogate pun tercabut. Untuk gantikan arm autogate tersebut kami syorkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate, harga arm autogate tronica lebih berpatutan dan berkualiti memandangkan customer mencari autogate arm yang kena dengan bajetnya. Customer beritahu, dia mempercayai kami, autogate sebelum ini guna tak pernah ada masalah, cuma rosak akibat terlanggar. Walaupun sudah pasang lama, customer dapat hubungi kami.

Tronica Arm Autogate Stainless Steel Subang
Tronica Arm Autogate Stainless Steel Subang

Servis Autogate Yang Dipercayai – EE Autogate

Kami boleh gantikan arm autogate lama anda dengan jenama lain yang sesuai. Contoh, kalau sebelah kanan rosak, boleh tukar dengan Tronica® autogate arm, manakala sebelah kiri yang masih okay terus guna balik arm asal. Tapi kalau anda rasa kurang selesa guna arm autogate berlainan jenama, boleh juga tukar kedua-duanya sekali supaya nampak lebih seimbang dan seragam. Pilihan semua di tangan anda kami akan sesuaikan ikut bajet dan keselesaan anda.

Kami sentiasa bersedia sekiranya ada customer yang kami pasang autogate untuk mereka dulu atau pernah baiki autogate untuk mereka yang hubungi kami memerlukan autogate repair service. Semua customer lama kami, tidak pernah gagal hubungi kami kerana kami adalah syarikat autogate stabil sejak dari 1996 lagi. Kami menggunakan contract number yang sama dari dulu sehinggalah sekarang.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate seperti autogate am repair, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard,pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System serta termasuk tukar roda autogate dan bearing pagar. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation

Tronica adalah jenama autogate terbaik di Malaysia, banyak rumah-rumah dan kilang-kilang yang menggunakan Tronica®. Untuk folding/ swing gate design kami syorkan Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Untuk sliding gate design kami ada, Tronica®-1500 Sliding Gate Opener, Tronica® 2000 AC Sliding Autogate untuk sliding gate besar dari dari 3000kg sliding autogate hingga ke 6000kg sliding autogate.