Servis Autogate Profesional Dengan Spare Parts Lengkap

Servis Autogate Profesional Dengan Spare Parts Lengkap

Setiap autogate yang kami bekalkan dan pasang memang kami fikir untuk kegunaan jangka panjang. Kami tahu autogate bukan barang yang tukar setiap tahun, sebab itu kami pastikan semua spare parts autogate mudah dicari dan sentiasa ada stok. Walaupun autogate sudah digunakan bertahun-tahun, kami masih simpan dan sediakan spare parts yang sesuai supaya customer tak perlu risau kalau ada kerosakan. Bagi kami, kerja kami bukan sekadar pasang autogate sahaja, tapi memastikan autogate itu boleh digunakan dengan baik untuk masa yang lama.

Selain pemasangan, kami juga sangat tekankan servis selepas jualan. Ramai customer hubungi kami bila autogate tiba-tiba tak boleh buka atau tutup, terutamanya waktu nak keluar rumah atau balik kerja. Situasi macam ini memang boleh jadi sangat menyusahkan. Sebab itu team kami sentiasa cuba respon dengan cepat dan bantu customer secepat mungkin. Tak kira sama ada autogate itu dipasang oleh kami atau kontraktor lain sebelum ini, kami tetap boleh datang periksa dan baiki masalah autogate tersebut.

Bila team EE Automation datang ke rumah customer, kami biasanya datang dengan persediaan lengkap termasuk spare parts sekali. Ini penting supaya kebanyakan masalah autogate boleh terus diselesaikan pada masa yang sama tanpa perlu tunggu lama. Team kami juga sudah berpengalaman dalam baiki pelbagai jenis masalah autogate, jadi kerja boleh dibuat dengan lebih cepat dan kemas. Kalau autogate rumah anda sedang bermasalah, jangan tunggu sampai jadi lebih teruk. Hubungi sahaja kami untuk buat temujanji, team kami sedia membantu supaya autogate anda boleh digunakan semula seperti biasa.

Arm Autogate Repair Puchong
Arm Autogate Repair Puchong

Kontraktor Sebelum Guna Arm Autogate Tak Tahan Lama

Seperti kes di Jalan Nusaputra 4/2B dimana sebenarnya ini adalah customer yang kami pasang arm autogate folding dalam 2018 macam itu. Dari apa yang customer beritahu, dalam tahun lepas dia baru sahaja menggantikan dnor 212 arm autogate sebelah kiri yang dilakukan oleh kontraktor autogate Puchong yang lain, masa itu customer tidak dapat contact number kami sebab telefonnya hilang. Sekarang dnor 212 arm autogate sebelah kanan yang baru ditukar itu rosak, customer tidak berpuas hati. Itu yang cuba cari lagi dan akhirnya jumpa kami EE Automation.

Kami datang lakukan pemeriksaan, kami dapati memang dnor 212 arm autogate yang ditukar oleh kontraktor autogate sebelum ini rosak, kami syak mereka guna parts dalaman seperti arm autogate dc motor secondhand/ terpakai. Jadi sekarang untuk penyelesaian, kami gantikan dengan Tronica®-929 Arm Autogate baru dan original, akan tahan lama. Customer lega dapat cari dan gunakan servis autogate kami.

Autogate Specialist Puchong
Autogate Specialist Puchong

Autogate Rosak? Kami Sedia Baiki Pelbagai Jenis Jenama Autogate

Di EE Automation, kami sangat menitikberatkan kualiti setiap sistem autogate yang kami gunakan. Sebab itu kami hanya memilih produk autogate yang tahan lasak, berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Antara jenama autogate yang biasa kami gunakan termasuk Tronica®, KRON Autogate, OAE Autogate, Mexigate, DNOR 712, DNOR 212, DNOR 212K, E8, Victor, MAG, Digicraft dan banyak lagi. Untuk semua jenama ini, kami juga sentiasa menyimpan spare parts autogate supaya lebih mudah untuk melakukan pembaikan jika berlaku masalah. Bila ada spare parts, kebanyakan kerosakan autogate sebenarnya boleh dibaiki dengan hanya menukar bahagian yang rosak sahaja. Jadi pelanggan tak perlu tukar keseluruhan sistem autogate yang baru setiap kali ada masalah. Ini lebih jimat kos dan lebih cepat untuk selesaikan masalah.

Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai servis baiki autogate untuk membantu pelanggan yang menghadapi masalah autogate di rumah. Antara servis yang kami buat termasuk autogate general repair, tukar bateri autogate, repair remote autogate, baiki motherboard autogate, tukar roda autogate, tukar bearing pagar dan juga pemasangan autogate baru dengan jenama yang berkualiti seperti Tronica® Autogate System. EE Automation sudah hampir 30 tahun beroperasi dalam industri autogate, jadi kami memang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis masalah autogate. Kami juga mempunyai bengkel dan showroom sendiri di sekitar Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Jika anda ingin datang berjumpa atau buat pemeriksaan autogate, boleh hubungi kami dahulu untuk buat temujanji kerana kami hanya menerima pelanggan berdasarkan appointment sahaja. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi atau WhatsApp Sam di 012-405 8791, dan untuk lihat lebih banyak info serta video berkaitan autogate, boleh juga lawati channel YouTube EE Automation.