Servis Baiki Remote Autogate On The Spot Di Klang Valley

Servis Baiki Remote Autogate On The Spot Di Klang Valley

Apabila autogate tiba-tiba tak berfungsi, perkara pertama yang kebanyakan orang akan buat ialah hubungi pemasang asal autogate. Terutama kalau autogate tu baru dipasang setahun dua logik juga sebab kita rasa mereka yang paling tahu sistem tu. Tapi malangnya, ramai customer kami mengadu yang installer asal dah tak dapat dihubungi, dah tukar nombor, atau langsung tak balas mesej. Jangan panik kalau jadi macam ni. Anda boleh terus hubungi EE Automation. Kami memang selalu bantu customer yang hadapi situasi macam ni, dan team kami memang ada pengalaman baiki pelbagai jenis dan jenama autogate.

Kami tahu betapa risaunya bila autogate tak boleh buka, terutamanya bila anda nak keluar rumah awal pagi atau balik lewat malam. Bila autogate remote tak berfungsi, memang rasa macam terkandas. Sebab tu pentingnya dapatkan servis dari pakar autogate yang betul-betul tahu cara nak kesan punca kerosakan. Bila anda hubungi kami, team kami akan datang lengkap dengan pelbagai jenis spare parts jadi kalau kami dah tahu masalahnya, kami boleh terus baiki on-the-spot tanpa buang masa. Kami akan buat autogate diagnosis dulu untuk pastikan betul-betul apa yang rosak, bukan main tukar je semua benda.

Sekiranya anda ada masalah autogate remote tak boleh buka gate, jangan tunggu sampai masalah jadi makin teruk. Hubungi Mr. Sam di 012 – 405 8791 dan kami akan cuba datang pada hari yang sama untuk periksa dan baiki. Kami faham keselesaan dan keselamatan rumah anda bergantung pada sistem autogate yang berfungsi dengan baik. Jadi misi kami adalah untuk bantu autogate anda beroperasi semula macam biasa secepat mungkin. Tak perlu risau, anda boleh harapkan kami untuk servis yang cepat, mesra dan berpengalaman!

433MHz Remote Set Autogate – 1 Receiver & 3pcs Remote Baru

Customer dari Bangi ada masalah tak boleh buka autogate guna remote, tapi masih boleh guna suis tekan dari dalam rumah. Macam biasa, langkah pertama yang customer buat adalah tukar bateri remote autogate, tapi sayangnya masih tak berfungsi. Ini tandanya bukan sebab bateri, tapi kemungkinan masalah pada bahagian lain seperti autogate remote receiver atau sistem control autogate itu sendiri. Bila jadi macam ni, memang kena panggil pakar untuk semak betul-betul supaya tak tersalah tukar parts.

Team kami datang ke rumah customer bawa semua spare parts yang mungkin diperlukan. Selepas buat pemeriksaan dan uji satu-satu, kami dapati punca sebenar adalah receiver 330MHz yang dah rosak. Jenis ni lama sikit, walaupun autogate tu sendiri masih agak baru. Kami cadangkan tukar ke receiver baru 433MHz yang lebih moden dan boleh buka dari jarak jauh. Kami juga explain pada customer yang remote lama tak boleh guna lagi sebab frekuensi dah lain. Lepas customer setuju dengan harga dan parts, kami terus buat pemasangan. Sekarang autogate dah boleh buka tutup guna remote baru, dan boleh control dari jauh dengan lebih mudah.

Baiki Dnor Autogate Remote Bangi
Baiki Dnor Autogate Remote Bangi

Hubungi Kami Untuk Keperluan Autogate Anda

Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu. Kami di EE Automation hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro dan banyak lagi.

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Setiawangsa dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate remote, baiki autogate tak boleh buka, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, pasang autogate baru dengan KRON 929 Arm Autogate System, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali. Hubungi kami harini di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp https://wa.me/60124058791 atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation